Saturday, November 10, 2012

Semua Pemimpin PAS Perlu Isytihar Harta -I/H



KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Pusat yang mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini,  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

"Syabas, Pemuda! Kamu menjalankan tugas kamu dengan baik, demi pembangunan PAS dan menaikkan imej pembangkang." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim (gambar).

Sebelumnya, setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut. "Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Penganalisa politik Harakahdaily Li Fook Gao berkata sekiranya PAS dapat mewajibkan pengisytiharan harta pada semua calon PAS yang bertanding, Umno akan sangat tertekan dan gelombang PAS menggantikan Umno akan menjadi realiti.

“Maklumlah Umno suka hidup dalam keadaan tidak telus. PAS boleh melawannya dengan berkesan dengan ketelusan yang disarankan Islam, dan rakyat boleh menilai siapa yang lebih berwibawa, beramanah dan telus untuk dipilih sebagai wakil rakyat mereka,” kata Li kepada Harakahdaily.

“Ini satu langkah besar untuk PAS,” kata Li, sambil menegaskan langkah itu amat wajar dan selaras dengan keperluan rakyat Malaysia dan negara, yang kini amat memerlukan para pemimpin yang telus untuk memimpin.

Ia berbeza dengan pemimpin Umno yang berdolak-dalih dalam isu derma RM40 juta, mendapat projek kerajaan seperti NFC dan menerima komisyen secara diam-diam.

Menurut Weblog Ibnu Hasyim lagi, "Pada saya sudah sampai masanya sekarang, semua pemimpin-pemimpin PAS perlu isytihar harta masing-masing, dengan tidak peru berdolak-dalik lagi, telus seperti yang dilakukan oleh Mursyidul Am, Presiden PAS dan beberapa lagi.

"Al-hamdulillah!"  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails