Sunday, May 27, 2012

Tranformasi Najib Gagal -K/Selidik Merdeka Centre


Pua berkata Najib masih ada peluang untuk melaksanakan pembaharuan seluruh ke atas sistem pilihan raya negara. 
KUALA LUMPUR, 26 Mei - Kaji selidik terbaru Merdeka Centre telah membuktikan program transformasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kegagalan, mengikut kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua. Pua, yang juga Setiausaha Publisiti DAP, kegagalan program transformasi Najib itu jelas terutamanya yang melibatkan pilihan raya yang adil dan bersih.

“Hasil kajian Merdeka Centre itu membuktikan rakyat tidak menyokong penuh [dan] sebaliknya telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia walaupun Najib telah meletakkan ‘usaha penuh’ terhadap transformasi tersebut.

“Hasil kajian itu juga membuktikan keperluan untuk Bersih turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih,” kata Pua dalan satu kenyataan hari ini.

Pua turut menggesa Najib melaksanakan keseluruhan transformasinya dan bukan berdolak-dalih seolah-olah “bermain tarik tali.”

“Kami mendesak Perdana Menteri untuk melaksanakan pembaharuan dan politik yang sebenarnya.
“Rakyat tidak lagi mahu melihat beliau hanya melaksanakan pembaharuan yang dilihat seperti ‘bermain tarik-tali,’” tegas Pua lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan hanya 44 peratus daripada rakyat Malaysia “yakin” terhadap sistem pilihan raya di negara ini walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerap kali mengatakan sistem di negara ini adalah antara yang terbersih di dunia.

Hanya lima peratus daripada mereka percaya sistem pilihan raya tidak perlu dibersihkan sebelum pilihan raya, sementara 92 peratus merasakan daftar pengundi wajib dibersihkan.

“Sementara pembentukan Suruhanjaya Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya  pula dilihat lebih kepada untuk cubaan mengaburi mata rakyat,” kata Pua lagi.

Kajian berkenaan menunjukkan 34 peratus melihat PSC itu sebagai “ikhlas” dalam usaha menambahbaik sistem pilihan raya dan 43 peratus melihat ia hanyalah usaha Barisan Nasional (BN) cubaan mengalih perhatian masyarakat.

“Data yang dikutip sebelum Bersih 3.0 pada 28 April lalu menunjukkan program transformasi Najib gagal untuk meyakinkan rakyat negara ini,” tambah Pua.

Jelasnya lagi, Najib mempunyai peluang untuk melaksanakan akta baru bagi transformasi penuh yang dicadangnya dalam sidang Parlimen pada 11 Jun depan.

“Tanpa keinginan yang jitu daripada Najib, beliau gagal untuk mendapat sokongan rakyat walaupun memenangi pilihan raya umum ke-13 kerana memenanginya melalui sistem pilihan raya yang kotor,” tambahnya. (MI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails