GAMBAR yang dirakamkan pada 16 Mei 2012 ini menunjukkan
seorang pekerja sosial mengedarkan kondom kepada seorang pekerja seks di
Kiev, Ukraine
"Para pelacur Kiev bersedia untuk Euro 2012," kata sebuah laman web seks Ukraine. Malah ada antara pelacur membaca sejarah 16 pasukan yang bertanding dan maklumat asas mengenai bola sepak.
Ukraine menukar industri pelacuran daripada jenayah kepada hanya kesalahan kecil pada tahun 2006. Denda yang dikenakan cuma antara AS$10 (RM32) hingga AS$25 (RM79). Tetapi, individu yang menjadi bapa ayam atau mengendalikan pusat pelacuran tetap boleh dikenakan hukuman melakukan jenayah.
Menurut Pakatan HIV/AIDS Antarabangsa, negara bekas Kesatuan Soviet itu mempunyai 52,000 hingga 83,000 orang pekerja seks. Seramai 11,000 pelacur beroperasi di Kiev. Beratus-ratus ribu peminat bola sepak dijangka hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang bermula 8 Jun ini di Warsaw, Poland dan berakhir di Kiev pada 1 Julai depan.
Kumpulan aktivis wanita Ukraine yang dikenali sebagai Femen memberi amaran Euro 2012 akan meningkatkan aktiviti pelancongan seks. Sementara itu, menurut pengendali organisasi hak pekerja seks Legalife, Olena Tsukerman, kebanyakan pelacur mungkin akan menaikkan kadar perkhidmatan, berikutan kebanjiran para peminat bola sepak yang kaya dari negara Eropah Barat. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
- Bagi negara yang memikirkan ekonomi sahaja, tidak kira halal haram, tentu berita ini disambut dengan gembira untuk negaranya. Pelacuran, arak dan judi adalah sesuatu yang membangunkan ekonomi negara, dan syarat bagi negara yang ingin menjadi maju, termasuk spesisnya seperti Malaysia. Pedulikan halal haram dan hari Akhirat!
- Bolehkah perkembangan dan permainan bola sepak dipisah dari pelacuran, arak dan judi? Bagi pemimpin-pemimpin yang tidak yakin dengan agama Islam tentu yakin perkara tersebut tidak mungkin terjadi.atau dilaksanakan. Yakin tidak boleh, walauun hari-hari mulut mereka memotivasi rakyat supaya'Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment