Wednesday, May 30, 2012

Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?



TAHUKAH anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Islam?

Fesyen secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama perkara yang baru yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai. Berbeza pula dengan difinisi berfesyen iaitu menunjukkan atau mengikut sesuatu gaya dan trend terkini dalam cara berpakaian dan lain-lain.

Fesyen bukan hanya tertumpu kepada pakaian seperti baju atau tudung semata-mata, namun ia mempunyai skop yang amat luas seperti perhiasan, kosmetik. Pada hakikatnya fesyen berkonsepkan Islam sebenarnya mengandugi cara, gaya, panduan dan adab yang tersendiri, tanpa kita sedari Islam telah menggariskan beberapa cara berpakaian atau berfesyen.

Ia begitu indah untuk diikuti dan diteladani oleh penganutnya. Antaranya ialah memakai pakaian yang menutup aurat bagi perempuan dan lelaki berdasarkan had yang ditentukan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada orang yang memakaianya.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman..
  • supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), 
  • dan memelihara kehormatan mereka; 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya 
  • dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 
  • dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; 
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Apa yang dapat di fahami dari dalil di atas ialah sewajarnya..
  • seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.
  • Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.
  • Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang sebagai seorang Muslim.
Jadi sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita mematuhi cara yang ditetapkan. Rasulullah SAW  juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagimana ia  tidak melanggari batas syariah. Beliau menggalakkan umat Islam supaya memakai pakaian bewarna putih, namun ada juga  hadis-hadis lain menunjukkan Beliau juga memakai pelbagai warna.

Beliau juga memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom  yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain)

Beliau di dalam hayatnya juga pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Beliau pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir serta  memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka pada zaman tersebut juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas.

Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri. Memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan.” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma‘ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Tanpa disedari sebenarnya fesyen telah banyak mengubah manusia, apabila di perhatikan fesyen-fesyen masa kini terlalu berbeza dari asalnya. Jika pada zaman dahulu pakaian seperti baju Melayu, baju kurung serta baju kebaya di agung-agungkan kerana ia melambangkan kesopanan, tradisi, adat serta budaya  kepada pemakainya.

Tetapi setelah dunia melalui arus pemodenan dan berteknologi fesyen menjadi semakin tidak senonoh dan mengairahka serta provokatif. Perkara sebegini adalah amat bertentangan dengan syariat serta sedikit sebanyak boleh menjejaskan akidah ummat islam.

Biar papa asal bergaya adalah pepatah yang sesuai digunakan kepada mereka yang terlalu obses kepada gaya fesyen terkini, mereka sanggup  berhabis duit semata-mata untuk memuaskan hati dan kelihatan cantik di mata masyarakat.

Namun begitu ada juga yang sanggup mengikat perut dan berhutang sana-sini semata-mata untuk bergaya. Oleh kerana sikap segelintir masyarakat yang beranggapan  bahawa mereka yang tidak berfesyen adalah kolot dan ketinggalan zaman  menjadikan manusia lebih terdorong untuk berfesyen dan sanggup menjadi  hamba kepada fesyen, sehinggakan mengundang kepada pembaziran harta dan wang ringgit.

Justeru itu, kita seharusnya bijak untuk berfesyen supaya ia tidak melanggari batas-batas yang dibenarkan. Wallahu 'aklam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails