Sunday, May 27, 2012

S'pura, Rakyat Mula Sokong Pembangkang?

PERDANA MENTERI SINGAPURA, Lee Hsien Loong (kiri) berjabat tangan dengan seorang penyokong pada satu perhimpunan politik di daerah Hougang, Khamis lalu. 

PAP tewas pilihan raya kecil Hougang   

SINGAPURA - Pengundi Singapura sekali lagi mengetepikan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan kecil kerusi Daerah Hougang semalam. 

Beberapa pegawai pilihan raya berkata, calon Parti Pekerja, Png Eng Huat mendapat 62 peratus daripada keseluruhan 62,000 undi sekali gus mengekalkan penguasaan parti pembangkang tersebut di Hougang.Calon PAP, Desmond Choo pula memperoleh cuma 38 peratus undi pada pilihan raya tersebut. 

Pilihan raya berkenaan diadakan oleh Pemerintah Singapura selepas kepimpinan Parti Pekerja menyingkirkan wakil rakyat mereka, Yaw Shin Leong kerana enggan memberi penerangan berhubung dakwaan beliau menjalinkan hubungan sulit. 

 Choo tewas kepada Shin Leong semasa pilihan raya umum pada Mei tahun lalu. Prestasi PAP dalam pilihan raya berkenaan adalah yang terburuk sejak Singapura memperoleh kemerdekaan pada 1965. 

Parti pemerintah berkenaan kini menguasai 81 daripada 87 kerusi di Parlimen manakala baki enam kerusi lagi diduduki oleh Parti Pekerja. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Rakyat sudah mahu kepada perubahan dan mula sokong pembangkang sama seperti Malaysia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails