Friday, December 30, 2011

Tarian Tiang: Amaran MPAJ Tarik Semua Lesen

KL: 29 Dis 11: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Demikian Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini. (Lihat..Tarian Tiang Seksi Mula Menyerang M'sia..)

Sebelum itu, MPAJ mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Walaupun begitu, beliau menegaskan, “Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu,”

Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah. Laporan Kosmo! semalam mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.

Weblog Ibnu Hasyim mengalu-alukan kenyataan MPAJ tersebut. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

kegiataan maksiat di selangor mmg semakin berleluasa..mengapa mereka semakin berani?? tanyalah ronnie liu gangster yang menjaga semua kegiatan ni

Anonymous said...

bro.. bukan pasal ronnie liu tapi ini pasal rasuah.. ramai pekerja mpaj dan polis makan rasuah... sebab itu tak buat tindakan..

ala.. macam la tak biasa... walaupun bukan semua yg makan.. tapi ramai yang makan... aku harap SPRM siasat PEGAWAI-PEGAWAI MPAJ dan PEGAWAI POLIS yang berdekatan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails