Saturday, October 22, 2011

Tarik Balik Gantung Aziz Bari -T/Men Peng.Tinggi



KL, 22 Okt 11:
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berharap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyatakan demikian dalam SMS yang dihantar kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, pagi ini.

Ini, katanya kerana Dr Aziz belum disabit kesalahan.

Bagaimanapun, beliau berkata itu hanya pandangannya dan menghormati autonomi universiti.

Beliau antara lain menyebut telah membaca surat tunjuk sebab universiti kepada Dr Aziz dan mendapati kandungannya tidak sesuai.

Baginya, seksyen 15(1) yang digunakan UIA terhadap pakar undang-undang itu adalah tidak menggunakan pertimbangan yang baik, lagipun Dr Aziz tidak dipanggil sebelum surat tunjuk sebab itu dikeluarkan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh juga berharap pihak UIA tidak mengambil tindakan terhadap para mahasiswa yang mengadakan demonstrasi membantah penggantungan Dr Aziz selepas solat Jumaat, semalam di pekarangan masjid UIA. (IH/Harakahdaily)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

2 comments:

Anonymous said...

satu2nya menteri umno drp yg bepuluh2...akai dia kat kepala..hak lain aku tak tau

Anonymous said...

akai dia ni pakai akai ANUwar jugak....aritu kes kat UNISEL n KOLEJ INSANIAH xpulak perjuangkan...xhabis2 bersikap popularis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails