Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat Tidak Relevan -Kristian


KL, 19 Okt 11: Pemimpin-pemimpin Kristian menganggap perjuangan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Sabtu ini, yang mahu membincangkan isu khusus mengenai murtad, sebagai perhimpunan yang tidak relevan dan berharap kumpulan itu tidak akan memprovokasi ketegangan agama.

Pemimpin-pemimpin itu mengingatkan penganjur bahawa tindakan mereka boleh mencetuskan suasana tidak selesa antara komuniti berlainan agama, sekali gus merenggang hubungan masyarakat Muslim dan Kristian dan menjejaskan usaha diambil kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama bagi mempromosikan persefahaman dan keharmonian.

“Saya fikir ia (usaha) yang tidak perlu sebab setiap orang tahu bahawa tiada bukti kukuh mengenai kes murtad,” kata Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship Rev Dr Eu Hong Seng (gambar).

Eu menekankan Sultan Selangor sudah pun bertitah bahawa tiada bukti kukuh mengenai tuduhan murtad dalam insiden kontroversi membabitkan Gereja Methodist Damansara pada 3 Ogos lalu.

“Tiada bukti berkenaan kes murtad, tiada (persekitaran) untuk mengatakan bahawa ada orang yang menyasarkan mana-mana kumpulan tertentu.

“Kemungkinan hanya individu tertentu yang membuat keputusan mereka sendiri mengenai kepercayaan mereka, jadi anda memang tidak boleh mengawasi mereka. Jadi bagi saya, isu ini adalah tidak relevan,” kata Eu.

Eu juga bersetuju bahawa pihak berkuasa perlu berusaha untuk tidak menggalakkan perhimpunan seumpama kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian kaum. Setakat kelmarin, Himpun mendakwa pihaknya telah mendapat sokongan lebih 2,000 pertubuhan bukan kerajaan dan yakin dapat menghimpunkan lebih 100,000 peserta di Stadium Shah Alam.

Usaha itu turut mendapat sokongan Pemuda PAS tetapi malam tadi kepimpinan parti tiu membuat pendirian bahawa ia tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas alasan tidak melibatkan politik. Himpun dijangka akan mengeluarkan satu deklarasi menggesa kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Islamic Renaissance Front berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpun akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam. Dalam pada itu, Presiden Majlis Gereja Malaysia Rev Dr Thomas Phillips bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan meminta perhimpunan itu dibatalkan.

Ini kerana menurut beliau, setiap orang di negara ini ada hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun. Pun begitu beliau juga bersetuju bahawa tujuan perhimpunan itu tidak relevan atas alasan murtad bukan satu isu di Malaysia.

“Negara ini ada undang-undang secukupnya untuk mengawal kejadian murtad. Jadi, jika ada bukti menukar agama (Islam) berlaku, biar pihak berkuasa menguruskannya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sebaliknya menurut beliau, Sekretariat Himpun seharusnya mengambil pendekatan lebih membina dengan membawa kepada pemimpin-pemimpin Kristian untuk perbincangan daripada menghimpunkan ribuan orang sebagai tanda protes.

“Ia tidak akan menyelesaikan masalah. Di sini, kita memerlukan jambatan merapatkan jurang antara komuniti berlainan agama. Kita perlu menyelesaikan dan bergerak ke depan.

“Kita perlu bertanggungjawab atas kenyataan kita. Jika mereka berminat, mereka boleh bertemu dengan pelbagai kumpulan,” katanya.

Phillips yang juga Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao juga bersetuju bahawa perhimpunan itu boleh menimbulkan ketegangan di kalangan mereka berlainan kepercayaan.

“Kita ada masyarakat yang sihat, demoktratik di mana setiap orang ada perasaan untuk diluahkan, tetapi kita perlu berhati-hati dalam apa yang kita kata dan lakukan dan niat kita harus jelas,” katanya lagi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mengatakan, dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain. Beliau juga adalah Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kep(IH)

Sebelum ini...

Lihat sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

It doesn't matter if there's no prove on the existence of apostasy. I don't find it's relevant for football players to flock TVs and stadiums to support their team but that's my personal view. Similarly, this is about support and loyalty. We are showing that we love Islam and we would take a stand to fight for Islam (not physically). Even if apostasy doesn't exist, what do we have to lose by being careful and staying united?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails