Monday, October 17, 2011

Apa Sebenar Ancam Aqidah? PAS Tak Sertai Himpun?


Kl, 18 Okt 11: PAS akan membuat pendirian rasmi sama ada menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam, Sabtu ini yang diadakan, antara lain untuk menyatukan umat Islam dalam satu saf bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu mencegah murtad.

Penganjur sebelum ini berkata ia akan merupakan “permuafakatan akbar” seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman (gambar) berkata, PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membuat pendirian sama ada menyertai himpunan itu ataupun sebaliknya.

“Setakat ini PAS Selangor belum membuat pendirian sama ada menyertai ataupun tidak, kami akan mengumumkan pendirian (kemungkinan Rabu ini) sebaik sahaja PAS pusat mengambil pendirian pada mesyuarat khas yang diadakan esok,” kata Dr Rani ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Kata beliau, buat masa sekarang tidak timbul soal PAS Selangor keluar daripada perhimpunan itu sebab “kami belum masuk lagi, tetapi ini bergantung pada hasil mesyuarat esok.”

“Pendirian kami masih statik... belum masuk (menyertai perhimpunan), jadi tak timbul isu PAS mengambil pendirian keluar,” kata beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru ini berkata mesyuarat esok, yang akan dihadiri beberapa pemimpin kanan parti, akan mengambil pendirian dengan melihat matlamat penganjuran perhimpunan. Katanya, PAS tidak mahu satu perhimpunan diadakan untuk memecahbelahkan keharmonian kaum dan mencetuskan kacau-bilau.

“PAS Selangor mahu mematuhi titah Sultan Selangor (baru-baru ini) yang menggesa agar keharmonian kaum dipertahankan dan dijaga,” kata Dr Rani sambil menambah bahawa “ada pihak-pihak tertentu dalam masyarakat mahu melaga-lagakan persefahaman yang wujud antara masyarakat Islam dan kaum bukan Muslim di negara ini.”

Pihak penganjur menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan julung kali diadakan untuk membincangkan isu murtad, bermula pukul 2 petang di Stadium Shah Alam.

Perhimpunan itu juga bertujuan..

  • mahu menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media,
  • mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011,
  • memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik,
  • menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini,
  • menzahirkan kekuatan akidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi
  • dan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam
  • serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Dr Rani berkata PAS Selangor hanya akan menyokong Himpunan Sejuta Umat itu jika ia diadakan dengan tujuan tidak melaga-lagakan penganut agama lain. Kata beliau, perhimpunan sedemikian hanya akan menutup masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh Muslim negara ini.

“Kita ada banyak masalah besar yang lain untuk ditangani bersama... soal keadilan, rasuah, salah guna kuasa. Pada dasarnya PAS menyokong apa juga usaha untuk memperkukuhkan akidah Muslim.

“Bagaimanapun kita harus memfokus ke atas soal ancaman sebenar ke atas akidah seperti perkauman, sekularisme dan materliasme dan perlu mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran ini,” katanya lagi.

Sementara sebelum itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh (pula dengan) undang-undang sedemikian. (IH)

Lihat.. Lwn Hudud Sokong A/Murtad.. Ego UMNO? -N/Aziz

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

3 comments:

sinmaid said...

Dah agak dah! Pusing keliling gelanggang hanya kerana nak jaga hati juak gereja. Bukankah LGE penaung masalah Damansara?

Anonymous said...

panas plak aku dengan pas selangor ni. tukar je la pimpinan2 yang dok kat pas selangor tu. sebagai penyokong pas aku bengang dengan statement pas selangor.akidah no satu, rasuah, keadilan, dan benda lain no 2.islam adalah tuan.orang lain kena terima tu.kita berkuasa.tapi dalam kita berkuasa kita jaga kebajikan agama lain yang dalam kekuasaan kita.kita tak zalim.bukan kita kena denga cakap orang2 kafir dengan alasan keharmonian umat beragama.itu bulshit.dah terang2 golongan2 kafir tidak akan senang dengan islam selamanya.nak denga lagi cakap diorang? bulshit la.bodoh ke ape? diorang tak fikir ke bila tak pegi dah tentu2 la masyarakat awam biasa akan berfikir bahwa pas tidak tegas dalam hal2 akidah.bila orang awam fikir camtu ape lagi ada pada pas?pas itu pejuang islam. bila hal2 yang berkaitan dengan islam orang sudah tidak percaya pas tinggal apa lagi yang ada pada pas? tolonglah pas selangor janganlah buat benda bodoh camtu.

wargaemas said...

Malu dan kesal aku jadi penyokong PAS berpuluh tahun. Tak sangka PAS jadi macam ni.

Menyesal tak sudah tengok pemimpin agama yang dayus dan mengharapkan sedikit habuan dunia.

Aku tarik balik sokongan serta merta. Maaflah saudara dalam PAS, aku tak mahu dikaitkan di depan Allah nanti bersubahat menghancurkan akidah umat.

Lihat ni wahai sahabat dalam PAS. DAP terang lagi bersuluh nak "murtadkan" orang Islam. Takkan nak buat dakk jer.

Patutlah nampak usaha berterusan untuk menekan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan secara teratur dan sistematik di Selangor dalam isu gejala murtad orang Islam yang dilakukan oleh DUMC. Kalau melihat daripada senarai ahli penyokong murtad seperti di bawah, tidak kurang daripada 3 orang YB-YB adalah dari ADUN Selangor.

Apakah Umat Islam Selangor sudah buta mata dan telinga sudah menjadi pekak. Tidak nampakkah hala tuju yang mahu dibawa oleh Pakatan Haram Selangor. Ubahlah di dalam PRU13 kalau kita tidak mahu anak cucu kita menjadi mangsa murtad YB-YB berkenaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails