Monday, October 17, 2011

Hutang Negara Berjumlah RM437.2 Bilion

KL. 7 Okt 11: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar. (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

1 comment:

Anonymous said...

Mak Datuk!!!!!
52% KDNK????
Macam ni negara dah bengkrap?
berapa generasi baru hutang ni boleh dibayar balik?
Kalau amcam ni rating ekonomi dah jadi C- bukan lagi BBB+.
Sapa jugak yang naik ganti UMNO memang panas bontot.
Tapi tak apa jika undang2 OSA dipinda yang membolehkan kita melihat sapa yang dok buat keputusan menjahanamkan negara.
Paling tidak undang2 digubal supaya pesalah boleh dirampas harta mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails