Saturday, October 22, 2011

Takziah, Tahniah & Sokong Prof Pelawat Unt. Aziz Bari.

KL, 22 Okt 11: Hari ini, weblog Ibnu Hasyim merakamkan ucapan takziah kepad Abdul Aziz yang telah dikenakan tindakan separa barbaric oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi pihak kerajaan Umno BN.

Juga mengucapkan mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.

Weblog Ibnu Hasyim juga menyokong Datuk Husam Musa, yang mencadangkan supaya Kelantan menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi beberapa buah IPT kerajaan negeri.

“Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS,” katanya kepada Harakahdaily.

“Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.

“Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran,” katanya.

Di samping merakamkan ucapan takziah dan tahniah kepada Dr Aziz katanya, kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini.

Katanya, Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan. (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

1 comment:

pemerhati akademik said...

salam...

buat apa bagi taraf prof pelawat kat prof yang hebat nie...bagi la calon PAS atau PKR kat mana2 DUN kelantan nanti...leh mantapkan lagi barisan PR..aritu vc unisel kna tekanan xnak pulak jemput ke kelantan!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails