Tuesday, October 18, 2011

Jambatan Ke2 P.Pg, Siap Atau Tidak, Tetap X PR




MERCU TANDA BARU... Deretan tiang konkrit dibina bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bakal menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai merupakan jambatan sejauh 24 kilometer yang terpanjang di Asia Tenggara. Projek pembinaan jambatan itu bermula pada 2008 dan dijangka disiap pada 2013.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor mengadakan lawatan kerja ke tapak projek jambatan berkenaan di sini, Isnin. Jarak antara Jambatan Pulau Pinang dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah kira-kira lapan kilometer dimana ianya merupakan jambatan pertama di dunia menggunakan bahan dari getah bagi menghadapi menyerap gegaran gempa bumi.-Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Kemajuan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang mencapai 65 peratus dan dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada November 2013, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata melihat kepada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan projek itu, ia mungkin akan siap dua bulan daripada yang dijadual.

"Kemajuan pembinaan projek ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor keadaan cuaca dan sekiranya keadaan cuaca mengizinkan, saya yakin projek ini akan siap lebih awal kerana setakat ini kemajuan projek telah dua peratus mendahului jadual," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Isnin.

Terdahulu, Shaziman meminta syarikat yang mengambil bahagian dalam pembinaan projek itu melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan.

"Saya berasa terkilan apabila dimaklumkan bahawa untuk tahun ini, tidak ada penyertaan daripada pelajar universiti dalam pembinaan projek ini, kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar kejuruteraan menimba ilmu, khususnya dalam projek pembinaan yang bersaiz sebegini besar," katanya.

Shaziman berkata tahun lepas, penyertaan pelajar universiti dalam projek itu adalah lebih kurang 50 orang dan mereka dibayar elaun.

"Jambatan boleh dibina bila-bila masa sekiranya kita ada wang, tetapi pengetahuan itu penting dan saya mahu warga Malaysia menimba ilmu daripada projek pembinaan jambatan sebesar ini," katanya.

Projek pembinaan jambatan berharga kurang daripada RM4.5 bilion itu adalah usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.

Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 24 kilometer itu merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar. -BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jambatan ke2 Pulau Pinang, 65% siap, namun rakyat tetap berhak memilih pemimpin yang mereka mahu. Walaupun siap, rakyat tetap berhak memilih Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR & PAS, mereka boleh cuba pemimpin baru yang tidak rasuah dan bersih. Undilah (X) PR.. (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

2 comments:

Anonymous said...

aiyoooo....kesimpulan artikel ni mcm xbest pulak....pelik jugak ada yang terlalu taksub...btol ke smua pemimpin PR xde yang rasuah???pukul rata terus nampak...maksum ke mereka...biar jadi blogger yang celik..

Anonymous said...

Pulau Pinang tak perlukan jambatan.
Sepatutnya hanya rel bawah laut yang menghubungkan 5 km jarak Tanjung ke Bagan.
Kenapa buang duit buat jambatan 24 km hanya untuk hubungkan jarak 5 km?
Sebab nak buat projek bilion ringgit.
Dan yang kaya adalah cukong. Dan habislah tanah orang Melayu di Pulau Kera aka Pulau Aman.
Kemudian Pulau Pinang akan sesak sampai nak parking pun dah tak boleh.
Inilah perancangan Mahathir yang menjahamkan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails