Wednesday, August 24, 2011

Menang Atau 'mati syahid' - Muammar Gaddafi


Rakyat Libya di Benghazi meraikan kejatuhan ibu pejabat Muammar Gaddafi, Bab Al-Aziziya di Tripoli hari ini. — Foto Reuters
Rakyat Libya menitiskan air mata ketika menyambut kejayaan pemberontak di Dataran Hijau, Tripoli semalam. Pemberontak menukar nama lokasi popular itu sebagai Dataran Pejuang. — Foto Reuters
Rakyat Libya menitiskan air mata ketika menyambut kejayaan pemberontak di Dataran Hijau, Tripoli semalam. Pemberontak menukar nama lokasi popular itu sebagai Dataran Pejuang. — Foto Reuters
TRIPOLI, 24 Ogos 11: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi hari ini berkata tindakan beliau menarik keluar anggota tentera dari ibu pejabat kerajaannya di Bab al-Aziziya hanya satu tindakan taktikal selepas premis itu diranap oleh serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Ketika bercakap menerusi stesen radio tempatan Tripoli, yang dilaporkan oleh TV Al-Orouba, Muammar bertekad untuk mengisytiharkan kemenangan menentang Nato.

“Kami menentang (musuh kami) dengan kekuatan kami... sama ada kami menang atau mati syahid. Insya-Allah,” kata Muammar, demikian menurut laporan Reuters.

Jurucakap Muammar, Moussa Ibrahim memberitahu TV Al-Orouba bahawa rejim pemimpin Libya itu boleh bertahan beberapa bulan lagi. Dipetik msnbc.com, Moussa berkata kira-kira 6,500 sukarelawan telah memasuki kawasan Tripoli sepanjang, “enam jam lalu” dan diletakkan di seluruh Tripoli.

Beliau mengugut untuk mengubah Libya sebagai “gunung merapi yang membakar dan api di kaki penceroboh.” Dalam pada itu, kumpulan pemberontak berkata seramai 400 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 2,000 lagi cedera dalam pertempuran menguasai Tripoli, demikian menurut TV Al Arabiya.

Pemberontak menyerang bangunan Bab al-Aziziya dalam sebahagian daripada usaha mereka menamatkan kepimpinan 42 tahun Muammar. Tripoli menjadi serangan pemberontak sejak Ahad lalu, sebahagian daripada kebangkitan rakyat negara itu yang bermula awal tahun ini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails