Thursday, August 25, 2011

Azmil Mustafa Cuba Diseret Ke Mahkamah.

HALAMAN HIBURAN


PETALING JAYA: Bekas pelakon popular yang kini bertukar menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa (gambar) cuba diseret ke mahkamah, apabila pada Rabu semalam tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah yang diadakannya di sebuah masjid di Subang baru-baru ini.

"Semuanya sudah selesai. Saya sudah beri keterangan seperti yang diminta. Tiga, empat jam juga saya di sana.

"Sekarang ini kita cuma tunggu keputusan polis sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Azmil berkata, dia telah ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling pagi ini setelah dihubungi pihak polis untuk memberi keterangan berhubung ceramahnya di Masjid An Nur, Kampung melayu Subang, minggu lalu. Pihak polis telah menghubungi Azmil pada Isnin selepas Bilal Masjid An Nur, Mohd Sani Nasib membuat laporan polis terhadap Azmil berhubung kandungan ceramahnya itu.

Beliau dituduh menghina orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga sistem pemerintahan sekarang. Dia bagaimanapun tidak dapat hadir memberi keterangan pada hari tersebut kerana berada di Kedah. Bagaimanapun, bekas pelakon filem "Ali Setan" itu berkata, beliau akan terus menyampaikan ceramah di masjid-masjid sekiranya dijemput.

"Setiap malam saya dijemput memberi ceramah dan saya akan terus memberi ceramah di masjid-masjid seperti biasa," katanya.

Sebelum itu, penulis veteran, Haji Subky Latif menyifatkan bekas pelakon, Azmil Mustafa bercakap betul betapa yang mutlak ditakuti ialah Allah, bukan raja.

"Kalau takut pada raja itu sama takut pada Allah, ia menyamakan Allah dengan makhluk," kata Haji Subky.

Bagi beliau, kes ini sama seperti rakyat takutkan Fir'aun kerana menyangka Fir'aun itu tuhan. Bagi beliau, "Raja wajar dihormati dan dimuliakan, tapi bukan ditakuti. Kalau ini yang dimaksudkan oleh Azmil, dia telah menyampaikan satu nasihat yang baik."

Sehubungan itu, Subky berkata, kalau ada kelemahan dalam penyampaian dia boleh ditegur, tetapi bukan diletakkan dia di kandang orang salah. Baru-baru Azmil didakwa memberikan tazkirah di sebuah masjid dan didakwa menghina orang melayu dan raja-raja.

Tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, dikatakan mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, sebelum ini. Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya Allah. Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu.

Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu. (IH)

1 comment:

otaklunyai said...

Senang je kalau nak tau keputusannya... kalau keterangan yg diberi tidak memihak kepada amno laknat pasti akan dihukum walaupun keterangan itu berdasarkan Syariat Allah... kalau memihak kepada amno laknat maka akan selamatlah beliau didunia dan akan dipaksa menjadi geng subahat kumpulan yg sesat lagi menyesatkan itu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails