Wednesday, August 24, 2011

Lebuhraya KB-KK, K/Negeri Buat Sendiri Ganti Pusat

Husam menyerahkan sumbangan Aidil Fitri kepada armalah di masjid Kamil Hassan
KOTA BHARU, 24 Ogos 11: Kerajaan Kelantan bersetuju mengambil alih pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai berikutan Kerajaan Persekutuan melengah-lengahkan pembinaan jambatan tersebut sebagaimana yang terkandung dalam RMK-9.

Dianggarkan sejumlah RM1.9 bilion kos pembinaan yang diperlukan berbanding peruntukkan asal RM2.3 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata bagaimanapun berkata pada RMK-10, peruntukkan itu telah ditarik balik.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan Aidilftiri kepada golongan armalah dan anak yatim di Masjid Kamil Hasan, dekat sini. Lebih 500 orang penerima juga turut membabitkan pelajar IPT, penghulu, guru-guru Pasti menerima sumbangan tersebut.

Menurutnya lagi, lebuh raya berkenaan begitu penting bagi kemudahan orang ramai sama ada dari segi ekonomi atau pulang berhari raya di kampung.

“Anak Kelantan diperantauan sentiasa berhadapan dengan kesesakan jalan raya khususnya dimusim cuti sekolah dan perayaan.

“Kerana itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan inisiatif baru untuk menjayakan pembinaan jalan raya berkenaan dengan cara pembukaan tander kepada swasta,”ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian untuk memajukan projek berkenaan. Setakat ini, katanya tiga syarikat yang telah mengemukakan permohonan mereka dengan menghantar cadangan untuk memajukannya. Sambungnya, kerajaan negeri masih memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebelum ini dilaporkan, laluan bertingkat melintas landasan kereta api di Pasir Mas kini siap sepenuhnya, sedangkan jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan jambatan Sultan Yahya Petra kedua bernilai RM150 juta belum pun mencapai 50 peratus dibina.

Rakyat Malaysia fikirlah sendiri, apa perlunya kerajaan Pusat begini, cukai rakyat secara nasional dikebas, termasuk royalti minyak, tetapi pengagihn projek didiskriminasikan! Tukar saja BN dengan Pakatan Rakyat, undilah PAS. (IH)

Libat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails