Wednesday, August 24, 2011

Berhariraya Dalam Letusan Bom..

Beginilah suasana hari raya, Israel tetap menersukan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Ahad lalu walaupun rundingan kedua belah pihak hampir berjaya...
Dua rakyat Israel maut dan sepuluh cedera dalam satu serangan balas pejuang Palestin pada petang Sabtu sebagai balasan serangan berdarah tentera penjajah Israel ke atas Semenanjung Gaza sebelum ini..

KL 24 Ogos 11: Dalam keadaan perang dan pengeboman beginilah umat Islam Palestin menyambut puasa dan berhari raya. Namun Israel tetap menersukan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Ahad walaupun rundingan kedua belah pihak hampir berjaya.

Pada tengah hari Ahad lalu, tujuh rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak terdera selepas jet pejuang Israel menyerang tapak kepunyaan Polis di barat daya Gaza, lapor pegawai perubatan. Koresponden Pusat Info Palestin berkata bahawa pengeboman itu memusnahkan seluruh tapak itu, dan juga menyebabkan kerosakan ke atas kilang berdekatan.

Pusat latihan al-Naseer milik briget Salahuddin, sayap ketenteraan PRC juga dibom, walaubagaimanpun tiada laporan kecederaan diberikan. Penduduk tempatan memberitahu sumber PIC bahawa terdapat juga pengeboman berdekatan dengan sebuah sekolah di barat daya Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza di mana sebuah kereta penduduk awam dibom. Juga tiada kecederaan dilaporkan.

Jet pejuang Israel yang lain melancarkan sebuah peluru berpandu ke atas pejuang di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, tetapi pejuang berjaya berundur tanpa kecederaan. Sementara itu, sumber daripada rakyat Palestin berkata bahawa persetujuan awal telah dicapai untuk ketenangan di Semenanjung Gaza pada malam Ahad pukul 9, selepas usaha daripada pihak Mesir.

Sumber yang sama juga berkata bahawa paksi Palestin bersetuju untuk meneruskan perdamaian tetapi juga berkata mereka akan bertindak balas ke atas serangan Israel. 15 rakyat Palestin maut dan lebih 50 cedera dalam serangan Israel sejak petang Khamis.

Terbaru, sumber media Israel tetap menegaskan bahawa pemerintahan Israel akan menambah bajet kementerian pertahanannya, berdasarkan perkembangan terbaru di Gaza dan kawasan perbatasan Mesir. Akhbar Yediot Aharonot edisi Isnin menyebutkan, penambahan bajet kementerian akan ditambah menjadi satu bilion shekel (USD 280 juta) sesuai dengan cadangan jawatankuasa Brudit yang menyetujui penambahan bajet kementerian pertahanan Israel untuk 10 tahun ke hadapan, di samping 620 juta shekel (USD 173 juta) yang telah di masukkan ke akaun pihak keselamatan.

Projek utama mereka adalah untuk membangunkan tembok sempadan untuk memisahkan wilayah Palestin jajahan 1948 dengan Mesir, dijangkakan projek tesebut akan selesai pada akhir tahun 2012. Menurut akhbar itu lagi, penambahan kekuatan kepada pihak militan dan polis terfokus di wilayah Selatan Palestin, juga beberapa pos militan untuk menjaga sempadan dengan biaya sekitar puluhan juta shekel.

Bajet perbelanjan militan Israel untuk tahun ini mencapai sekitar 55.5 bilion shekel yang ditambah dengan mengurangkan bajet kementerian lain. Bagaimana keamanan akan tercapai dan hari raya akan selamat dari letusan bom? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails