Friday, March 04, 2011

Di London Pun Ramai Rakyat M'sia Bencikan BN



JASIN 4 Mac 11:
Di London pun ramai rupanya ramai rakyat Malaysia bencikan BN. Hal ini terbongkar apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan termasuk rakyat Malaysia yang berdemontrasi di London Selasa lalu. Demontrasi mendedahkan dakwaan salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Hishamuddin yakin tindakan itu didalangi parti pembangkang. "Kenapa sekarang? Ini semua kerana pilihan raya negeri yang menjelang tiba tidak lama lagi," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Mesra Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Dalam Negeri di Merlimau Point, di sini Khamis.

Hadir sama termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad. Beliau mengulas tindakan segelintir rakyat Malaysia berberapa warga asing yang menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di London kononnya untuk mendedahkan dakwaan salah guna kuasa terhadap Abdul Taib.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Bruno Manser Fund (BMF), di luar bangunan syarikat yang dikatakan dikuasai oleh keluarga Abdul Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah kota London. Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown iaitu Clare Rewcastle Brown dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Hishammuddin berkata, pihak berkuasa memantau kumpulan berkenaan yang dilihat cuba mengeksloitasi isu di luar selain mengelirukan rakyat. "Ketua Menteri (Sarawak) berdepan dengan serangan peribadi bertubi-tubi, setahu saya akan ada demonstrasi di Sarawak nanti. Ini semua didalangi pembangkang kerana merekalah yang akan mendapat hasil daripada apa yang berlaku ini," jelasnya.

Tambah beliau, "Saya sebenarnya tak sangka adanya pengkhianat-pengkhianat yang tergamak menggadaikan maruah bangsa di bumi asing, tapi polis telah bersia-sedia," tegasnya. (IH/Sumber mStar Online)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails