Sunday, February 27, 2011

Presiden UMNO M'sia Sambung Lidah UMNO Mesir.

Apakah kata-kata PM M'sia ini mengikut telunjuk AS & Israel?

Temerloh 27 Feb 11
: Apa nak dihairankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya menyambung lidah UMNO Mesir yang sudah cabut lari takut kepada kezalimannya, berikutan “tuduhan liar” yang didakwa dilemparkan ke atas PAS Mesir. Kata seorang pemimpin PAS sewaktu ditemui oleh Weblog Ibnu Hasyim di sini semalam.

Menurutnya, "PAS Mesir adalah gerakan Islam bersama ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, apa lagi bila berhubung penglibatannya dalam politik pasca era Hosni Mubarak ini.. Sedangkan ucapan Presedin UMNO Malaysia adalah cuba mengekalkan kesinambungan rejim Hosni Mubarak, dengan UMNO atau parti asabiyah Mesirnya."

Sementara itu, menurut The Malaysian Insider, Timbalan Presiden PAS pula dilaporkan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menarik balik “tuduhan liar” itu.

“Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

“(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir,” kata Nasharudin Mat Isa dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya “mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme.”

“Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima beliau yang selari dengan demokrasi,” kata Najib dipetik laman web National Review Online.

Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema “penglibatan dan bukan penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir. Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

“Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwanul Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

“Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku,” katanya lagi.

Katanya, ia membuktikan Ikhwanul Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

“Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” katanya lagi.

Nasharudin memberitahu sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, katanya, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

“Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwanul Muslimin dan Yusuf segera.

“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang prokuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” kata Nasharudin.

Kata pemimpin itu di sini lagi, "Apakah UMNO Malaysia juga mahu ikut kejatuhan UMNO Mesir?"(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails