Sunday, February 27, 2011

Merlimau: PAS Perlu 4% Lagi Undi Melayu Unt Menang?

JASIN, 27 Feb 11: PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.

“Saya harus akui bahawa kita tidak mempunyai peluang untuk menang tapi kita yakin dengan strategi di sini kita boleh mendapatkan 61 peratus undi,” katanya pada sidang media Markas PAS di sini.

Halim berkata PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India. Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 6,935 orang (64.9 peratus), Cina 2,218 orang (20.8 peratus), India 1,510 orang (14.1 peratus) dan lain-lain 16 orang (0.2 peratus). (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails