Monday, February 28, 2011

Takziah PAS Kpd Erbakan, Mentor Gerakan Islam



KL 28 Feb 11:
PAS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah semalam.

"Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh-Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432H / 27 Februari 2011M

Kisah Presiden Indonesia dalam hutan (Darurat)?

1 comment:

Anonymous said...

Takziah buat pemimpin gerakan Islam yang paling kental dalam mengharungi liku liku perjuangan menegakkan Islam di Turki.
Dengan tekanan termasuk dipenjarakan Almarhum Mujahid Erbakan ini berjaya meyakinkan umat Islam Turki untuk kembali kepada Islam.
Semoga Erdogan dan puak barunya sedar bahawa pengorbanan besar Erbakan yang berjaya merubah dan membina semula kekuatan Islam yang dimusnahkan oleh musuh Islam Kamal Attaturk.
Alfatihah buat Erbakan dan pejuang Islam Turki yang pergi sebelumnya dulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails