Wednesday, February 02, 2011

Terbakar Dalam Air... Banjir Segamat

MUSNAH...rumah mangsa hangus dalam kebakaran di Kampung Paya Dalam, semalam. Gambar kecil Jofri yang sedih selepas kejadian itu
MUSNAH...rumah mangsa hangus dalam kebakaran di Kampung Paya Dalam, semalam. Gambar kecil Jofri yang sedih selepas kejadian itu

SEGAMAT, 2 Feb 11: Tidak cukup ditimpa musibah dengan rumah ditenggelami banjir sedalam 0.4 meter, kediaman seorang lelaki musnah dalam kebakaran Kampung Paya Dalam di sini, kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Kejadian malang itu menimpa Jofri Md Dol, 40, apabila rumahnya terbakar dipercayai berpunca daripada api lilin selepas bekalan elektrik ke kediamannya itu diputuskan atas faktor keselamatan.

Lebih tragik, jentera pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba tidak jauh dari rumah mangsa tidak dapat memberikan bantuan kerana tersekat air banjir menyebabkan rumah Jofri musnah.(Sumber myMetro)

1 comment:

Anonymous said...

Pastinya ada hikmah atas segala yang berlaku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails