Sunday, January 30, 2011

RASMI: BN kekalkan kerusi DUN Tenang


KEMASKINI kEPUTUSAN RASMI:

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi menewaskan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang memperolehi 2,992 undi dengan majoriti 3,707 undi.


Sebelum itu....
LABIS, 30 Jan 11: Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang. Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.

“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,735 undi. Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi. Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi. (IH)

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

5 comments:

malaysian said...

Rsanya terlalu awal untuk merumuskan yg PAS kehinlangan 1000 undi melayu.
PRU 12 dengan PRK kali ini jauh beza dari segi peratusan yg keluar meggundi. Mungkin juga 1000 orang melayu yg nak undi PAS tapi tak berkesempatan... tak balik kampung, banjir, dsb.
Walau bagaimanapun itu tak penting....yg penting prk kali ini terus menyaksikan PR ditolak pengundi melayu Felda.
Awal2 lagi Malaysia insider dah siarkan temu bual dengan peneroka Felda. Bagi mereka harga hasil kelapa sawit dan getah yg begitu tinggi membuat mereka rasa tak perlu untuk membuat perubahan (mereka lupa macam pusingan roda, harga getah dan kelapa sawit boleh turun). Ulasan orang melayu Felda yg harga barang mahal bukan isu sebab harga barang sentiasa naik, itu adalan lumrah, maka mereka tak lihat kesalahan itu kepada pemerintah BN.
Walaupun bunyinya agak kasar tapi hakikatnya sebahagian besar masyarakat felda bukan kaki masjid. Anak2 peneroka dah diasuh supaya cintakan hiburan dari meningkatkan ketakwaan....jadi usaha pas untuk mebawa message islam dilihat sebagai ancaman, justru tak heranlah program2 pas ditenang... di boo dan diejekan.
Budaya samseng dikalangan hardcore2umno juga memain peranan....mana2 kelurga peneroka yg cenderung kepada Pas akan di boikot, ugut dll,oleh kerana tak mahu bising2 undilah umno walaupun tak suka.
Ini menyebabkan walaupun beruk yg di calonkan umno..ia tetap menang.
...Ini lah yg melaysia insider kata sebagai kesimpulannya.....PAS is facing a brick wall...Felda folks will not change.

tungkaran hati.blogspot said...
This comment has been removed by the author.
tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Anonymous said...

Kempen PAS sebenarnya telah berjaya membuka mata ramai orang. Sebab itu Cina suka dengar ceramah PAS yang jelas.
Yang ak suka ceramah PAS adalah orang Melayu. Terutama kawasan Felda. Orang Melayu Felda memang ditakuk lama.
Sebagai contoh Hulu Selangor mereka sanggup sokong BN kerana dapat cek RM1ribu. Balance 49 ribu sampai sekarang tak dibayar. Itu tak penting kepada Makcik Felda. Janji bila ada program UMNO mereka dapat hadiah dan sekali sekala ada rombongan Cik Kiah makan angin termasuk ke Kelate nak bershopping.
Dan di Felda juga paling ramai orang Melayu penagih dadah. Paling ramai masalah keciciran sekolah walaupun Felda dah wujudkan asrama Felda di KL dan kawasan bandar lain nak bagi peluang lebih kepada anak-anak peneroka. tapi boleh bilang yang berjaya dari jutaan kaum Melayu perkampungan Felda ini.
Cikgu Mala kii digeruni oleh UMNO kerana imej yang dibawa amat positif dan berupaya menukar persepsi terhadap PAS.
Bagaimanapun, orang Melayu terutama makcik Felda masih ditakuk lama dan sampai mati pu tak mahu berubah.
Nak kenal mentaliti orang Felda masa piliharaya akan terpapar tahap pemikiran mereka sebenar.

Anonymous said...

Mentaliti kaum Melayu sebeanrnya tak banyak berubah.
Sebab itu bila Jepun menyerah kalah Orang Melayu tak mahu merdeka.
Yang nak merdeka Cina Bintang 3.
Orang Melayu terutama yang ada gelaran dok sibuk menunggu Orang Putih datang balik.
Begitu bodoh tahap mentaliti orang Melayu memanggil Inggeris datang jajah balik Tanah Melayu.
Tak hairan kalau lepas ini pun perkara sama kaan terus berulang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails