Friday, July 02, 2010

'S/Keadilan' Digantung Kerana Felda Atau Pembangkang?


KL, Julai2 10: Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui permit Suara Keadilan, akhbar PKR yang tamat tempoh kelmarin, sehingga mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh pengurusan akhbar mingguan itu berhubung laporan mengenai Felda. Keputusan itu diambil oleh panel khas Kementerian Dalam Negeri semalam.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab Samad berkata permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat tempoh kelmarin akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan memuaskan diterima daripada pihak penerbitan akhbar itu.

“Bermula dari 1 Julai (semalam), permit penerbitan bagi Suara Keadilan tidak lagi sah dan dengan demikian, penerbitan tersebut tidak boleh dicetak atau diterbitkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan1984, tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura melainkan jika permit di bawah perengan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 6 telah diberikan oleh Menteri berkenaan akhbar itu.

"Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh kementerian ini,” katanya.

Zaitun menjelaskan, Panel Penilaian Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak, Kementerian Dalam Negeri telah bersidang semalam. Panel itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh penerbitan Suara Keadilan bertarikh 26 Jun yang diterima pada pukul 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini.

“Surat akan dihantar kepada pihak penerbitan Suara Keadilan untuk memaklumkan perkara ini. Maklumat mengenai perkara-perkara yang ditegur akan disertakan dan pihak penerbitan Suara Keadilan dikehendaki menjawab teguran-teguran berkenaan,” katanya.

Selain itu panel tersebut juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berkaitan artikel bertajuk “Felda Bankrap”.

Dalam pada itu, Dzulkarnain ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menguruskan bahan-bahan untuk edisi terbitan Isnin ini.

“Jadi, saya akan menghubungi kementerian untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini,” kata beliau.

“Ini macam kita punya cukai jalan kereta sudah tamat tempoh dan tidak diperbaharui... kita masih boleh memandu selagi tak kena tangkap, tapi kalau kena tangkap, masalahnya....

“Oleh itu, saya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri sebelum menentukan tindakan susulan,” kata beliau lagi. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Belum kes Felda pun sudah ada ura-ura nak digantung... Kerana Felda atau kerana milik pembangkang?

1 comment:

Anonymous said...

kerana pilihanraya dah dekat..

betapa bodohnya umno,rakyat yang ada otak akan berfikir sebab apa gantung akhbar pembangkang.masa megunti umno akan terima akibatnya...

semoga pakatan dapat memerintah negara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails