Wednesday, February 24, 2010

PAS Akui Berlaku Silap Di T'ganu Dalam PRU Lalu.



MALAYSIAKINI melaporkan, PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu, kata setiausaha agungnya. Menyifatkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu “luar daripada etika dan norma politik biasa”, Datuk Mustafa Ali yakin penguasaan BN sukar dikekalkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat).

“Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terenggnu.

Mustafa diminta mengulas kegagalan PAS di negeri itu dalam dua pilihan raya umum berturut-turut ketika beliau memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti. Kekalahan PAS negeri itu dalam keadaan Pakatan Rakyat menang besar pada Mac 2008 membentuk persepsi berhubung kewibawaan pemimpinnya daripada negeri itu, yang kebetulan memegang banyak kedudukan strategik dalam parti.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mustafa berkata, berdasarkan perubahan sokongan dan pertambahan pengundi secara 'biasa', mustahil BN dapat merampas negeri itu daripada penguasaan PAS. Mustafa berkata, pada tahun tersebut, pertambahan jumlah pengundi terbanyak berlaku di Terengganu sehingga 15 peratus berbanding negeri jirannya Kelantan - yang juga dikuasai PAS - dengan hanya 4 peratus.

“Tumpuannya pada 2004 itu, Terengganu mesti dijatuhkan walau apa halangan sekali pun. Tumpuan pun tidak dibuat di Kelantan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun melihat perkembangan semasa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mustafa berpendapat:

“Tetapi sekarang ini mereka kena tumpu pada banyak negeri. Jadi kita lebih yakin hadapi pilihan raya yang akan datang dengan lebih baik.”

Mustafa juga berkata, pengurusan pilihan raya seperti urusan pendaftaran yang dijalan di pejabat pos - yang didakwa banyak kelemahan - tidak boleh lagi dilakukan pada masa depan. Katanya, suasana politik di Kelantan tidak boleh dibandingkan dengan negeri jirannya itu kerana negeri itu telah diperintah hampir 20 tahun.

“Sebahagian besarnya sudah sebati dengan PAS. Walaupun kita jatuh pada (pilihan raya ) 1978 bila pulih, rakyat sokong balik,” kata Mustafa.

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu'. Ertinya PAS akui melakukan kesilapannya dalam PRU 12 menyebabkan Terengganu tidak dapat dirampas semula, di saat negeri-negeri lain boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Mustafa Ali gila kuasa. sanggup cakap apa saja....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails