Thursday, February 25, 2010

Mula Seminar Terbuka, Kemudian Tertutup. Mengapa?



Seminar mengenai M'sia di Washington DC 'tertutup'


SEBUAH seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) - secara menghairankan - berubah menjadi 'program tertutup'.

Seminar bertajuk 'Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia' itu membabitkan pegawai terkemuka kerajaan Malaysia, dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

Dalam pengumuman CSIS yang dikeluarkan minggu lalu, ia menyatakan bahawa seminar dua jam itu adalah program terbuka. Tetapi penganjurnya kemudian telah mengubah fikiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Aziz (foto) merupakan satu-satunya wakil Malaysia.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pengerusi penal penasihat SPRM, Datuk Abdul hamid Mohamad turut dijemput untuk berucap tetapi tidak hadir.

Sebaliknya, rombongan Nazri termasuk ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, bersama dengan timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Ahli parlimen yang hadir ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak), Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Datuk Jamaluddin Jarjis (Umno- Rompin), yang duta Malaysia ke Amerika. (Sumber: Malaysiakini/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails