Sunday, January 31, 2010

PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger..

CONTOHNYA, lihat blogger di bawah ini...

Saya Berhenti Blogging Berkuat Kuasa SERTA MERTA !!

Oleh edyesdotcom

Dengan keputusan jawatankuasa displin PAS yang sangat mengecewakan, dengan keputusan jawatankuasa PAS yang terarah kepada pembentukkan Kerajaan Perpaduan, Saya mengambil satu langkah yang amat drastik demi untuk tidak membuang lebih banyak masa!

Sebagai tanda PROTES terhadap keputusan jawatankuasa displin PAS yang diumumkan sebentar tadi, saya edyes, webmaster edyesdotcom akan berhenti berblog!

Untuk apa saya mempertaruhkan risiko kehilangan pekerjaan, risiko ditangkap dan disumbat ke dalam lokap, serta pelbagai lagi risiko, jika akhirnya satu keputusan yang ter-amat tidak-masuk-akal diterbitkan dari serumpun cendiakawan yang berjuang atas nama Allah.

Sehingga satu waktu yang difikirkan sesuai untuk saya kembali, blog edyesdotcom akan diubah menjadi satu blog directory untuk tatapan pengunjung.

Inilah saat paling upset bagi saya sejak memainkan peranan kecil dalam politik tanah air, dan teramat malang sekali kerna ia hadir dari sebuah parti perjuangan Islam PAS!

Saya akhiri blogging saya dengan sebuah pantun;

Paku dulang paku serpih,
Paku berkarat yang keparat juga yang lebih!!
FAKAP FOR ALL !!!

Assalamualaikum...

KOMEN:

Tak Boleh, Kita Kena Wala'
Ustadz Zorkharnain Abidin
Exco Dewan Ulama PAS Pusat


Ungkapan biasa kepada seseorang yang mempersoalkan keputusan atau tindakan pimpinan organisasi Islam.

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.

Kalau wala’ itu maknanya dengar, akur, patuh dan taat secara melulu, itu sama sahaja dengan akur dan taat sekumpulan anak itik kepada ibunya. Ibunya terjun sungai, mereka ikut terjun sungai. Ibunya melintas jalan, dia turut melintas jalan.

Ingat, wala’ juga bermaksud nasihat.

Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa agama itu adalah nasihat. Apabila para sahabat bertanya, “Untuk siapakah nasihat itu?” Rasulullah menjelaskan, “Untuk Allah, rasul-Nya, imam-imam (pemimpin-pemimpin) orang Islam dan orang-orang Islam semua sekali”.

Diam! Jangan cakap apa-apa
Oleh misaimerah

Kadang-kadang benda yang kita lawan, kita benci jadi kawan dan jadi sahabat. Ini kerja Tuhan sapa tak boleh teka. Tuhan saja yang tahu. Kedua-dua pemimpin Pas Selangor dilarang keluar kenyataan setelah dijatuh hukum. Itu kata JK Disiplin Pas Pusat. Sekarang ni kita dah pandai nak kunci-kunci mulut orang, dah pandai nak guna akta rahsia rasmi, akta yang kita lawan sampai punggung berasap, bila boleh jejaskan periuk nasi kita.

Jangan cakap apa-apa, jangan komen apa-apa. Bolehka kita kata macam tu bila kita dihukum? Sekarang ni silap sikit nak saman, nak report polis apa punya dayus jadi pemimpin tak berani dengar komen orang.Nak dengar yang baik -baik saja,puji sampai terpejam biji mata.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.-Harakahdaily


Ulasan GB (Greenboc)

PAS hari ini dicabar mengambil tindakan ke atas majoriti ahli-ahli PAS termasuk blogger-blogger yang membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin parti Khalid Samad semalam.

Jawatankuasa disiplin PAS semalam telah memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hanya diberi amaran bertulis berkuat kuasa serta merta.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Malah Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan yang dilihat sebagai mengejutkan sekaligus menimbulkan riaksi tidak senang di kalangan para ahli PAS terhadap apa yang disifatkan sebagai keputusan berat sebelah itu meletakkan Jawatankuasa Disiplin "di kandang orang salah" untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul.

Pertama, apakah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS itu boleh berkuatkuasa sedangkan keududukan dan perlantikan jawatankuasa itu sendiri dipersoalkan kesahihannya.

GB pernah mempersoalkan kesahihan kedudukan jawatankuasa disiplin ini dimana pembentukan ini tidak memenuhi tuntutan Perlembagaan parti. Baca SINI.

Kedua, "Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya," umum Ketua Jawatankuasa Disiplin parti, Tuan Ibrahim Tuan Man. - harakahdaily

Tetapi pasal yang sama, menyatakan bahawa

(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa


Tetapi yang diketahui, Jawatankuasa yang ada cuma tiga orang.

"Turut hadir Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman." -harakahdaily

Ketiga, fasal 75 (4) Perlembagaan menyatakan

‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

Fasal 7(3)(c) pula menyatakan antara lain peranan Majlis Syura Ulamak ialah

(c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa tataertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini.

Keempat, dinyatakan bahawa "kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini." namun ianya bertentangan dengan Perlembagaan kerana jelas fasal 75 (5) menyatakan bahawa "rayuan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama, bukan Jawatankuasa PAS Pusat.

"(6) ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap rayuannya mengikut Fasal (13)(3)(d) dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ melalui Setiausahanya tidak lewat dari empat puluh hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, Keputusan ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ terhadap rayuannya itu adalah muktamad."

Kelima, Perlembagaan pindaan tahun berapa yang digunakan oleh PAS di dalam perlantikan Jawatankuasa Disiplin parti?

Sekalipun terdapat cadangan meminda perlembagaan, dan deraf perlembagaan telah mengubah isi kandangan Perlembagaan PAS pindaan 2001, yang telah cuba menurunkan kuasa Majlis Syura Ulamak dan meletakkan Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan tertinggi di dalam parti, namun selagi pindaan itu tidak dibahaskan oleh Muktamar dan belum diluluskan oleh ROS, ianya tidak boleh dikuatkuasakan.

FASAL 77. Meminda Perlembagaan PAS

(1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
(2) Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang syor atau cadangan hendaklah meminda atau membatalkan atau mengubahkan atau menambahkan kepada Perlembagaan ini hendklah dihantar kepada Setiausaha Agung sebagaimana yang disyaratkan di dalam Peraturan Muktamar PAS.
(3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sila lihat lagi blog-blog lain, seperti Penarik Beca, Perisik Rakyat, Malaysia Waves, Topeng Perak, Al-banjari dan lain-lain. PAS perlu berpandangan terbuka, lihat kritik-kritik Islah, dan perlu ingat antara faktor-faktor kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12, ialah kerana peranan blogger-bloger seperti ini.

Mereka tidak dibayar gaji oleh PAS. Jangan mulai mengunci mulut ahli, pemimpin atau blogger yang menyokongnya. Jangan bersikap angkuh dan sombong sehingga tidak boleh dikritik. Sekian, wallahu 'aklam.

4 comments:

Anonymous said...

Hadi Awang, Mustapa Ali, Nasaruddin Tantawi, Bakar Chik, Harun Taib, Tuan Ibrahim, nasaruddin Mat Isa, Takiyudin Hasan, Harun Din dan sekalin yang menyokong UG adalah syaitan-syaitan UMNO

Anonymous said...

Assalamualaikum. Ringkas je: saya suka baca blog, saya minat pandangan dan pegangan para bloogger, tanpa mengenali siapa punya. Saya sanggup duduk 2-3 jam sehari untuk membaca blog anda semua. Berhubung dengan tajuk yang ni, saya nak respond sikit.
Rayuan supaya pandangan blogger ni ditangani, saya rasa ada sedikit tidak adil untuk anda menyalahkan para pemimpin kalau tidak mahu melayan pandangan atau menyelami suara hati para blogger. Bagi saya yang sudah berusia lebih 60an ni, terasa terkilan sedikit dengan bahasa para blogger. Bagi saya, bahasa anda dalam blog kebanyakannya menggambarkan anda sebagai orang yang tidak serius(?), macam main-main, bahasa orang muda-muda bawah 25 tahun je. Saya sendiri terasa begitu. Buktinya, setiap kali saya bercakap dengan isteri dan kawan-kawan, saya kerap kali tersebut 'budak-budak blogger'. Tidak sengaja. Bila tersebut gitu, serta merta saya kata 'sebenarnya bukan budak-budak lagi'. Saya yakin begitu. Isi posting dan ulasan anda kalian memang bernas dan berasas.
Jadi, saya rasa anda semua harus perbaiki, bahasa blog anda agar menggambarkan seorang yang serius(?), bukan macam main-main. Agaknya itu boleh menambat perhatian para pemimpin kita.
Pandangan ini adalah pandangan dan penilaian peribadi saya sendiri. Dan saya pula merayu agar pandangan ini mendapat perhatian dari kalian semua.
Assalamualaikum.

Anonymous said...

sedapnya ayat-ayat komen kat sini yg diluluskan,gini ke bentuk blogger yg mahu pdgnay diberi perhatian?

Muktamar nanti masuk lawanlah..sennag cite..

nasir said...

PAS berjuang pun bukan kerna harta dan pangkat . Jadi PAS sendiri pun tak rugi . Maka saya sarankan supaya Blogger jangan ikut PAS dan PAS jangan ikut blogger . Masing2 ikut sendiri punya . Biar PAS kalah mereka pun dari dulu kalah . Biar blogger puas hati pasal PAS kalah kerana blogger pun tak rugi apa2 ........ hah kan senang cerita .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails