Sunday, August 16, 2009

Simpan Duit Dalam Bank Islam, Lesap. Bank Lepas Tangan.

PENGGUNA

BLOG Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..

Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.

Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.

Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.

Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.

Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.

Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”

Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu?

Blog Ibnu Hasyim telah meneliti surat-sarat asal, semuanya betul. Kami memohon pandangan dari tuan-tuan, apa yang boleh kita bantu?

19 comments:

Pak Oncu said...

cadang kan agar pegawai polis tu letak jawatan ,,,,, kerana tidak pro dalam menjalan kan tugas,,,,

Anonymous said...

Bank yang kena bertanggung jawab. Saman saja bank.

Anak KL said...

Saya setuju kalau pihak bank cuba selesaikan secara saksama. Jaga nama Islam di bank itu. Bertanggung jawab lah.

Jangan sampai menganiayai hak orang lain. Siasat balik, lihat siapa sebenarnya yang salah selesaikan secara Islam. Bos besar bank kena siasat pekerja-pekerjanya.

Kalau tak boleh selesai, pihak teraniaya buat repot kepada kementerian pengguna, atau seterusnya pergi mengadu ke Bank Negara.. Bawa bukti-buktinya.

Saya rasa itu yang perlu dibuat dulu.

Ahmad Roslan said...

Saya harap pihak bank tolong beri pandangan..

yobleh said...

simpanan dalam bank dilindungi skim pidm. adakah wang yang hilang melalui pengeluaran secara tak jujur dilindungi oleh pidm juga? sepatutnya pegawai dari bank islam lebih beranggungjawab dan menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini, beramanahkan dalam menjalankan tugas.

mr edz said...

sila lapor pada bank negara. dan panggil pemberita

Anonymous said...

macam ni ke bank punya polisi??? lepas tangan dan tidak bertanggung jawab??Boikot bank islam

Warta Utara said...

buat aduan dengan persatuan penguna ,mungkin dia orang boleh bantu....

XploR said...

mungkin pidm boleh tolong. sebab bank islam tersenarai antara deposit yang dilindungi. Boleh try.

www.pidm.gov.my

Anonymous said...

saya lama dah tawar hati dgn b.islam, 2 thn lepas ada promoter kad kredit dtg ke s.aman sarawak. sambil berkempen dgn seribu satu kelebihan sebut cawangan baru akan di buka di s.aman dan serian. maka ramailah kami aply. natijahnya,kami terpaksa pergi ke kuching yang jaraknya 200km utk urusan2 yg berkaitan. bila diadukan di sana senang sj mrk jawab kakitangan/promoter kami diajar untuk menipu! bank islam menipu org.apa kita nak jawab pd mereka yg belum islam! inikah imej islam.

Unknown said...

dalam kes ni,pada pemerhatian saya inspektor tersebut yang melengah-lengahkan siasatan.pihak bank telah membalas surat kpd beliau namun tidak dibalas sbb alasan dia taknak pegi sbb jauh.sbgai polis,dia boleh arahkn pegawai lain yg berhmpiran (wakil tugas)utk pergi siasat sblm msalah btmbah rumit.

disamping itu pihak bank pun kna infm pelanggan psal situasi kes dr semasa ke semasa supaya pelanggan tau apa yg dah terjadi.tak boleh berdiam shj sbb pelanggan adalah aset utama apatah lagi melibatkan jumlah wang yang banyak.

saya cdgkn pelanggan bt lagi 1 report polis dgn bukti yg ada.lagi senang jika lapor di balai yg berdekatan dgn mesin yg problem trsebut.klau tak jalan jugak,lapor terus pada bank negara.

andy said...

saya pelancong dari indonesia.rupanya bank islam di Malaysia kurang bertanggung jawab terhadap pengguna.tak malukah? esok orang akanlebih suka bank konvensional yg lebih proffesional

Anonymous said...

...saya cadangkan pihak yg terlibat dapatkan nasihat peguam bagaimana tindakan boleh diambil terhadap bank ....

Muhammad Syahmi said...

macam mana nk dapatkan nasihat peguam, duitnye dh habis disonglap bank...

inilah dinamakan menjual agama (menjual brand Islam demi keuntungan)

Anonymous said...

I.O tersebut tidak beramanah ! Polis yang mcm ni hanya rajin buat kerja bila mana mangsa-mangsa adalah dari jenis org-kaya atau berpangkat dan juga tauke-tauke (jerung)yang sering mengendalikan Underground Business.Tolong makcik tu mungkin tak "Masyuk" kepada I.O tersebut.
Tapi polis yang busuk mcm tu hanya segelintir najis dan ramai lagi anggota yang berhati mulia.Tidak adil untuk mengkeji semua Polis hanya kerana najis dari Balai tersebut.

zaki said...

Mak saya pun hilang duit kat Bank Islam.. cawangan Muar. Tah aper la bank islam ni. Security tak bagus.

Lelucu said...

pelik bank islam ni?
sapa bos besar dia?
orang islam juga ke?
kerajaan buat tak tau?
polis buat tak endah?
bank buat tak tau?
negara apa ni
macam ni
yang kena tipu dan teraniaya orang islam di bank islam
seorang melayu islam tua
tapi kalau kena kat bangsa lain berpangkat besar bergelar datuk saya rasa on the spot pihak bank ganti balik
SYORKAN KITA KETENGAHKAN ISU INI KERANA BANK INI TAK LAYAK MENGGUNAKAN NAMA ISLAM DENGAN MENIPU ORANG

Unknown said...

saya juga salah seorang mangsa di mana wang simpanan saya dalam bank juga lesap. bila rujuk pada pihak bank dikatakan kita yg tersilap. tapi baru bau ni saya dah dpt trap.apakah tindakan yang paling wajar saya lakukan kerana perkara ini dah beberapa kali berlaku pd saya cuma sebelum ini saya tdk dpt menunjukkan bukti

Anonymous said...

Saya tidak pasti kesudahan kes ini kerana dari tarikh2 post yg ada ia telah lama berlalu.. Tetapi dari pengalaman saya, apa jua isu berkenaan dgn bank elok diadukan kepada bank negara malaysia. Bank komersial di Malaysia ini lebih takutkan Bank Negara Malaysia atau BNM daripada pihak polis. Sekiranya kes ini diajukan kpd BNM InSyaAllah pihak bank islam akan lebih mengambil serius perkara ini. Apa yg saya cadangkan ialah supaya mangsa menghantar surat aduan (beserta report polis) kepada CEO Bank Islam (M) Bhd & salinan dihantar kepada :-

1. Gabenor BNM
2. Menteri Kewangan
3. Ketua Polis Negara

InSyaAllah tindakan pantas akan diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Sekian, terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails