Tuesday, August 18, 2009

Lagi Putar Belit Akhbar Utusan 18 Ogos.. Nik Aziz Jawab.

KOTA BAHRU, 18 Ogos: NAMPAKNYA Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap sebuah akhbar tempatan di sini. Ini kali kedua dalam masa terdekat. Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang beliau.

Katanya ketika diminta mengulas seperti kenyataan muka depan akhbar di atas 'Ahli UMNO Tidak Akan Masuk Syurga' adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan, "Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.. Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Beliau mengulangi lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga. "Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. "Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu. "Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Beliau akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataannya, katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi. (AK)

1 comment:

mr edz said...

betullah TGNA cakap.. mana boleh pisahkan Islam dengan kehidupan.. Islam meliputi semua. pendidikan, undang undang, pilitik dan lain lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails