Sunday, August 16, 2009

P/Pasir, Era Menggempur Bermula Dengan 5 Prinsip...



Permatang Pasir Ogos 16 2009.

LAJNAH Penerangan PAS Pulau Pinang akan terus menggunakan 5 prinsip amanat pemimpin PAS kepada ahlinya dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Prinsip ini telah digunapakai semasa Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung Mei lalu.

Demikian dilaporkan oleh wakil Blog Ibnu Hasyim dari sana sebentar tadi. 5 prinsip itu ialah:

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Memperlihatkan akhlak mulia sebagai Muslim
3. Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya. Kali ini, PRK DUN Permatang Pasir yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.

DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos), tandanya era menggempur sudah bermula. (RD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails