Tuesday, August 18, 2009

Mengapa UMNO Pilih Rohaizat Othman Calon N11?


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: SEBUAH akhbar tempatan melaporkan calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir N11, Rohaizat Othman telah dipecat dari Majlis Peguam. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.. Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya. "Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu. (http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html)

Sementara itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengsifatkan kesalahan tersebut sebagai 'pekong di dada' kepada calon BN di Permatang Pasir itu, yang 'tidak boleh disembunyikan' sehari sebelum berita itu dikeluarkan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: UMNO sengaja memilih bakal pemimpin yang berpekong busuk di dada. Mengapa? Di dalam kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali menyebutkan kisah seorang yang terkejut pengsan tidak sedar diri apabila terbau minyak wangi yang disapukan ke hidungnya. Ramai tertanya-tanya dan mencari ubatnya tetapi tak berjumpa. Seseorang yang kenal dengan pesakit itu datang mengubati dengan menyapu sedikit najis menggantikan minyak wangi itu. Barulah sembuh semula rupanya!

Begitu parahnya penyakit kronik UMNO. Sudah lunyai dan sebati dengan budaya yang menjadi budaya hidupnya. Terpaksa memilih calon berpekung di dada demi nadi pemulihannya. Tunggu apa lagi wahai pengundi Permatang Pasir? Tolak BN. undilah PAS! (2MA)

Kartun kempen burukkan PAS, tetapi menakutkan bukan Islam pada Islam, suatu kerjabodoh...

2 comments:

Shah Jehan said...

Assalamualaikum tuan. Gambar yang tuan letak itu bukan Ragunath Kesavan. Itu Sivarasa Rasiah.

Ibnu Hasyim said...

T. Kasih saya akan betulkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails