Monday, August 17, 2009

Nama 'Muhammad' Papular Di Belanda.. 2050, Islam Majoriti?

JENDELA GLOBAL
Pemandangan bahagian atas Masjid Essalam, Rotterdam.

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman


'MOHAMMED' atau variasi dari nama Nabi Muhammad SAW telah menjadi pilihan yang paling populer untuk nama bayi lelaki di empat kota besar Belanda. Pertubuhan keamanan sosial negeri tersebut menemukan nama-nama tradisional Belanda telah ditukar. Hal ini dilaporkan berlaku di Amsterdam, Rotterdam, Den Hag dan Utrech sebagai wilayah tempat tumbuh dan berkembangnya umat Islam.

Di Den Hag, variasi dari nama nabi Muhammad SAW telah naik ke tempat pertama, kedua dan kelima menjadi nama paling populer pada anak lelaki, menggantikan nama-nama tradisional favorit seperti Jan, Luuk, Gijs atau Daan. Di peringkat nasional, nama Muhammad kini menduduki tempat ke 16 untuk nama anak lelaki paling populer.

Angka-angka yang diperolehi oleh Bank Asuransi Sosial Belanda, berbeda dari statistik rasmi masa lalu dilihat dari berbagai ejaan seperti Mohammed, Muhamed atau Muhammad, sebagai nama-nama yang berbeda. Statistik kerjaan sebelumnya, memisahkan perbedaan variasi nama, bagi menghindari kontroversi nama Nabi Muhammad yang masuk dalam 20 nama paling ramai nama digunakan.

Sementara itu di London beberapa tahun lalu, nama Muhammad pernah disebut-sebut bakal mengambil alih nama Jack sebagai nama anak lelaki paling popular di Britain berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan keluarga Islam. Laporan daripada Pejabat Statistik Kebangsaan berkata kadar kelahiran tertinggi ialah di kalangan pendatang berketurunan Pakistan dan Bangladesh.

Sehingga akhbar The Telegraph melaporkan, Jack adalah nama kanak-kanak lelaki paling popular masa itu, dipilih pada seramai 6,928 bayi. Muhammad mengambil alih kedudukan Thomas di tempat kedua dengan 5,991 bayi. Pada masa itu profesor hubungan etnik di Universiti Warwick, Muhammad Anwar, berkata:

"Ibu bapa Muslim mahu mempunyai sesuatu yang menunjukkan kaitan dengan agama. Penduduk Islam pada umumnya masih muda dan anda dapat menjangkakan kadar kelahiran tinggi."

Pendatang dari timur Eropah dikatakan turut membantu menambah bilangan penduduk, yang dijangka mencecah sehingga 65 juta menjelang 2017 , iaitu berlaku pertambahan sebanyak lima juta. Menurutb berita Agensi, 'menjelang 2031, penduduk Britain dijangka melebihi 70 juta.'

Minggu lalu Geert Wilders pimpinan sayap kanan partai kebebasan anti Islam, meminta kerajaan Belanda menangani masalah apa yang disebut' seperlima dari Negara Kesatuan Eropah diramalkan umat Islam akan menjadi majoriti pada tahun 2050. Statistik resmi kini menunjukkan masyarakat Eropha sedang mengalami peningkatan imigran dan tren pertumbuhan yang tinggi dari umat Islam.

Pada tahun 2008 hanya 5% dari jumlah penduduk Kesatuan Eropah adalah Muslim. Namun rendahnya tingkat kelahiran penduduk Eropah telah mengakibatkan meningkatnya pertumbuhan umat Islam yang merupakan penduduk imigran dari negara-negara Muslim. Kajian terbaru ini telah menunjukkan ketakutan dan kebimbangan atas radikalisasi anak muda Islam semakin besar.

Jadi nama Muhammad juga merupakan nama paling populer di dunia. Hal ini dengan cepat menjadikan nama itu populer di AS dan Eropah. Dilaporkan nama Muhammad menjadi nama bayi lelaki kedua populer di Eropah. Secara keseluruhan nama Muhammad adalah nama keluarga yang paling umum di antara nama yang sering dipakai pada keluarga Muslim di seluruh dunia.

Kita merasa aneh bila ada orang-orang Islam di negara umat Islam cuba hendak membuang identiti Islam pada kad pengenalannya, atas kepentingan 'bisnes' kononnya. Apalagi bila ada orang Islam yang malu menamakan anaknya yang berbau nama Islam atau menukar namanya dengan nama orang bukan Islam. Nak glamour... Na 'auzubillah! (RD)

2 comments:

Abu Ridhuan said...

Salam..

Tuan, saya memohon keizinan tuan untuk copy artikel ini untuk dimuatkan ke web haluantarbawi.com, ruangan Khabar dari Eropah. Kami akan nyatakan sumber bahan dari blog tuan.

Semoga Allah berkati tuan dan usaha tuan.

Wasalam.

Ibnu Hasyim said...

Boleh, alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails