Wednesday, April 01, 2009

SPR Lembab: Pengundi Lahir 1916, Dah 36 Tahun Meninggal Pun Boleh Undi Lagi?

Kuala Sepetang: Orang Cina bina markas sendiri, bantu Calun PAS..

Siri 2 Bukit 1 Batang
By Megat Ali
Megat Alang.

BUKIT GANTANG, 1 April 2009 – Lembabnya SPR, cakap saja berdegar-degar, kata seorang bloger di sini, bila dapat berita dari Malaysian For Free And Fair Elections (MAFREL) telah menemui seorang yang telah 30 tahun meninggal dunia tetapi masih lagi terdapat di dalam senarai daftar pemilih Bukit Gantang yang boleh digunakan di dalam pilihan raya kecil kali ini.

Antaranya..

1..Kes seorang pemilih bernama Encik Kassim b. Md Amin yang dilahirkan pada 8 Julai 1916. Beralamat di Kampung Ulu Cheh, Kampung Cheh, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual anak perempuan beliau, Puan Rohani bt Kassim (58 tahun). Puan Rohani telah memaklumkan bahawa bapa beliau tersebut telah meninggal pada tahun 1973 (36 tahun lalu). Beliau juga telah membawa wakil MAFREL ke tanah perkuburan di mana bapa beliau dikebumikan. Kematian Encik Kassim juga telah disahkan oleh Ketua Kampung Ulu Cheh, Encik Ismail b. Ahmad.

2..Sebuah lagi kes melibatkan pemilih iaitu Encik Che Man b. Said. Dilahirkan pada 9 Nov 1912 di lokaliti Kg Jelutong, Pengkalan Aor, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual cucunya yang bernama Nasron b. Che Harun di Kg Pecah Batu, Jelutong. Beliau mengesahkan Datuknya, Che Man telah meninggal dunia lebih kurang 8 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, MAFREL juga menemui pemilih yang berumur 101 tahun yang masih hidup yang bernama Encik Mat Hussin b. Bandar di Kg Banggol Rendang, Kg Cheh, DUN Changkat Jering. MAFREL juga telah berusaha menjejaki beberapa pemilih yang namanya berada dalam senarai daftar pemilih tetapi tidak dijumpai. Malah sebahagian penduduk kampung juga tidak mengenali pemilih-pemilih tersebut. (sumber http://mafrel.wordpress.com).

“Apa la punya teruk.. SPR lembab tanda kerajaan BN pun lembab, jangan undi parti lembab, UNDILAH PAS!” demikian harapan bloger itu kepada pengundi-pungundi di 3 kawasan 7 April ini. (2MA).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails