Friday, April 03, 2009

Siti Nurhaliaza & Tok Guru: Persembahan Ikut Aturan Agama Ke?

Siti, Tok Guru & suamunya..


JUMAAT April 3, 2009
By Megat Ali Megat Alang

SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.

Dato' Siti Nurhaliza Taruddin melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan. "Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat. Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami… Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.”

Sambungnya lagi, "Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana persembahannya, mengikut peraturan agama ke tidak? Kalau tidak, bagaimana boleh lulus? (2MA)

2 comments:

aL-Faqir said...

salam..sedara, persembahan tu adalah persembahan untuk kerabat di raja.ia tiada kaitan dengan kerajaan negeri..raja yg nak, kerajaan negeri x leh buat ape. lagipun persembahan tu di buat dlam dewan tertutup. kerabat2 di raja dan jemputan jer yg pergi. ahli exco kerajaan negeri x pergi pun.

Bungaraya said...

Mudah-mudahan Siti dan sapa saja yang sekapal dengannya akan berubah.Hati manusia boleh berubah dengan kehendak Allah. Allah berkuasa untuk berbut sesuatu.Kita misti ingat..yang hendak kita cari ialah REDHA Allah. Jadi kalau cari yang itu, jalannya juga misti betul. Jalannya mistilah yang diredhai Allah. Mudah-mudahan setelah bertemu dengan Tok Guru, Siti & Suami akan dapat melihat jalan yang lurus untuk bertemu denganNYa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails