Sunday, March 29, 2009

Setuju Boikot Akhbar Tunggangan UMNO 3 Bulan –Dr Mohd Hasyim.

By Asyok Kumar

KL 29 Mac 09. Saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat agar rakyat di negara ini khususnya penyokong Pakatan Rakyat tidak membeli akhbar harian yang ditunjangi Umno dalam tempoh tiga bulan disokong oleh Dr Haji Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, dalam ucapan beliau di majlis pelepasan pemantauan grup ahli-ahlinya ke 3 kawasan penamaan calon pilihan raya kecil yang diadakan serentak pagi ini.

Majlis ‘Pelepasan Pemantauan 3 Kawasan P’Raya Kecil’ iaitu di Bukit Gantang Perak, Bukit Selambau Kedah dan Batang Ai, Sarawak itu diadakan di sebuah restoran di Bukit Bintang malam tadi. Antara akhbar harian yang dikuasai Umno termasuklah Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Kosmo dan Metro. Tok Guru Nik Aziz sebelum ini merasa yakin tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu tidak sekali-kali dapat menghalang rakyat mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

Dr Mohd Hasyim juga sependapat dengan Tok Guru, ‘kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat. Beliau percaya tindakan KDN memang bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin pula, sekalipun KDN menggantung selama tiga bulan permit penerbitannya, ini tidak bermakna apa yang dilakukan oleh KDN itu betul dan mesti akur dengan kehendak tangan-tangan ghaib di belakang agensi kerajaan itu. Ishak berharap, aktivis Harakah dapat membuat sesuatu seperti demontrasi, menghantar memorandum kepada Suhakam dan KDN, melanjutkan dengan diskusi, debat, forum dan mempelbagaikan bahan cetak serta stiker bagi memberitahu rakyat tentang kezaliman yang diperlakukan oleh KDN terhadap lidah rasmi PAS itu.

Ketika berucap kepada lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markaz PAS Taman Melewar 24 Mac lalu, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula, menyifatkan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan sebagai mukadimah buruk kepada peralihan kuasa Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Jom kita boikot akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Kosmo dan Metro, mulai hari ini juga!” Tegas Dr Mohd Hasyim yang juga seorang bloger http://www.ibnuhasyim.com/ .

3 comments:

Anonymous said...

Setuju!, Setuju!, Setuju! Boikot juga semua media tunggangan... Lancarkan kempen besar-besaran.

Anonymous said...

Setuju dengan Dr Mohd Hasyim, UMNO mesti dilawan habis-habisan.. Mampus UMNO!!

Anonymous said...

bukan setakat baca saya tak beli pun sejak 5 tahun dulu...buat rugi duit je,berita tah apa-apa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails