Saturday, March 28, 2009

Rasuah Cemari Pemilihan UMNO.. Dakwa Dr M

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR Jumaat Mac 27, 2009. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sepatutnya hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno 2008 semalam mengubah fikiran kerana ia disertai ahli dan perwakilan yang mendukung amalan rasuah. “Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti..” dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua, kata beliau dalam blognya hari ini.

“…saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? … Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.” Beliau seolah-olah mencabar “Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.”

Komen blog Ibnu Hasyim, supaya segala-segalanya tidak jadi kelam-kabut, maka takrif rasuah itu perlu dibetulkan dulu, barulah mudah bertindak, dan hendaklah dihukum sewajarnya menurut agama Islam, yang kadang-kadang hukuman itu hanya baru diwartakan sudah mengurangkan kes-kes jenayah. (2MA)

Sila rujuk: ‘Friday, March 20, 2009 Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun Tak Lengkap? ‘ & ‘Thursday, March 26, 2009 Ketua Pemuda, “KJ rasuah, KJ rasuah, Penipu!”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails