Monday, March 23, 2009

Bukti BN Takut Kalah.. Harakah & Suara Keadilan Digantung 3 Bulan.

By Megat Ali Megat Alang.

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:

MAC 23, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini, kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta. "Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Mohd Hasyim ketika dihubungi sebentar tadi menyebutkan, “Itulah bukti kerajaan BN takut kalah, mereka terlalu cemas sekarang, hingga sanggup menggelupur tutup pintu demokrasi, dan kerajaan Najib mula menampakkan taring ganasnya.” Kata beliau yang juga seorang blogger. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails