Wednesday, March 25, 2009

Larangan Liputan 6 Media Online: Mengapa Teruk Sangat?

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang.

KUALA LUMPUR Mac 24: Enam organisai media online tidak dibenarkan untuk membuat liputan pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan itu diambil kerana media-media berkenaan dikatakan membuat laporan yang tidak bertanggungjawab terhadap Umno dan pemimpin parti itu.

Antaranya Malaysiakini dan Malaysia Insider. Difahamkan, tiga lagi organisasi media yang tidak dibenarkan membuat liputan adalah The Nut Graph, Merdeka Review dan Siasah Daily. Bagaimanapun, satu lagi organisasi media yang turut dilarang membuat liputan itu masih belum diketahui.

"Jika anda membuat laporan yang bertanggungjawab, kita akan benarkan anda masuk tetapi cara anda melaporkan tentang pemimpin kami dan parti (menyebabkan dilarang)," katan Tengku Adnan semasa sidang media selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Tengku Adnan berkata, wakil-wakil organisasi terbabit dibenarkan hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat berlangsungnya perhimpunan. Mereka hanya tidak dibenarkan membuat liputan (sidang media rasmi dan persidangan)," katanya.

“Mengapa teruk sangat kerajaan Najib ni? Belum buat pun dah larang.. Takut kalah dalam 3 pilihan raya kecil ini, atau takut kerajaan BN merudum dalam PRU 13 akan datang?” Tanya blogger Ibnu Hasyim sewaktu dihubungi sebentar tadi. (sumber: Mstar Online dll) (2MA)

1 comment:

Anonymous said...

semau larangan ini kerana Pak Lah terlupa nak mabik tindakan sewajar dalam menbersihkan UMNO.
Orang seperti Tengku Adnan memang perasuah dalam sistem kehakiman. Tapi dia boleh memang di kerusi Putrajaya dan terlibat dalam menggulingkan Pak Lah.
Percaturan Pak Lah silap. Orang yang disimpan semuanya yang sedang menikamnya dari belakang.
Pak Lah takut bertindak kepada orang atas UMNO termasuk Mahathir dalam isu penyalahgunaan kuasa badan kehakiman. Akibatnya Mahathir menikam Pak Lah dari depan dan belakang.
Pak Lah lebih teruk diserang oleh UMNO sendiri berbanding parti lawan.
Kegagalan ini juga menandakan UMNO tidak mahu berubah menjadi ebrsih.
UMNO akan terus kekal sebagai parti berasaskan wang dan habuan.
amalan yang dimulakan dizaman Mahathir. Mantan PM yang menunding jari kepada orang lain tentang semua masalah negara ini merupakan orang yang kini masih lagi nak menjahanamkan negara dengan kempen untuk meneyelamatkan syarikat yang dia ada kepentingan. Ramai tidak sedar bahawa hutang negara akan ditanggung tidak kurang 2 generasi mendatang.
Gula2 pinjaman pelajaran dan rumah rakyat kini menjadikan rakyat berfikit kembali siapa untung dari projek rumah rakyat dan PLKN itu sendiri?
Generasi internet tidak boleh ditipu lagi dengan janji nasi bungkus dan kain batik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails