Thursday, March 26, 2009

Sah Najib Bakal PM ke 6, Pak Lah Tunaikan Janji..


By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR Khamis Mac 26, 2009 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Dasar Presiden terakhirnya hari ini menegaskan, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri keenam.

"Saya percaya, saya menyerahkan tanggungjawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara… Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang," kata beliau dalam ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2008 pagi ini.

Komen blog Ibnu Hasyim, kesimpulannya Pak Lah pemimpin yang baik tidak gila kuasa, susah nak cari pemimpin sebaik beliau masa kini.. (2MA)

1 comment:

npo said...

pak lah jadi baik begitu mungkin sebab dah selalu kena hentam. kalau tak mungkin die rilek2 lepak ngn jeanne

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails