Thursday, March 26, 2009

Husam Musa, Mengapa Dengan Kambing?

Jihad di bidang penternakan..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

SURAH An-Nahl, Ayat 5, ertinya, “Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan.” Dalam blog YB Dato’ Haji Husam Musa http://www.husammusa.comKejayaan Ladang Ternakan Kambing’ (Mac 25, 2009) ada disebutkan, antaranya…

[Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Mengapa kambing menjadi pilihan Allah? Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1..Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2..Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3..”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu.” Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing. Bela kambing mengajar rasa tawaduk. Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri. Kata Nabi SAW, “Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”. Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ. Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi. “Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .” Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu. Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat. Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik? Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi. Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu. Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’. Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit). Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi. Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan. “Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya. Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat. “Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” Ust. Farid Ravi. “Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” Ust. Farid Ravi.

Keistimewaan Suku Kambing.

-Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
-Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
-Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
-Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
-Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Khasiat Susu Kambing.

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya - dalam menyembuh serta mencegah ‘penyakit dalaman’ antara lain:

a.Penyakit demam kuning.
b.Penyakit lemah jantung.
c.penyakit darah tinggi/pening2.
d.Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e.Penyakit batuk kering.
f.Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g.Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h.Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i.Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.

Kandungan Purata Susu Kambing (GM/Liter)

KANDUNGAN

GM/LITER

Bahan kering

15 - 135

Lemak

35- 40

Laktos

47 - 52

Protin - Casein
Albumin
Globulin

27 - 30

Abu

5 - 6

Perbandingan Komposisi Susu Kambing Dengan Lain-lain Susu
Perbandingan kandungan bahan susu mengikut peratus

BAHAN

KAMBING

LEMBU

MANUSIA

Air

87.5

87.5

86.8

Lemak

3.9

3.7

3.8

Protin

3.2

3.1

1.3

Laktos

4.5

4.6

7.8

Abu

0.8

0.7

0.2

Perbandingan Kandungan Vitamin
Perbandingan mengikut gm/liter

VITAMIN

KAMBING

KERBAU

LEMBU

Vitamin A

2070

1669

1560

Vitamin D

23.7

t.m

t.m

Riboflavin

1.84

1.07

1.75

Asid Nikotik

1.87

1.71

1.94

Choline

150

t.m

121

Inositol

210

t.m

110

Vitamin B1

0.0006

0.0043

0.0043





….]

Yang penting, saya ingin menucapkan tahniah kepada YB Dato’ Husam selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan yang telah membuat kunjungan mengejut di beberapa buah ladang ternakan kambing keloloaan Kerajaan Negeri Kelantan di sekitar jajahan Kota Bharu. Beliau memilih untuk menjengok penternak-penternak di kawasan dun Kijang yang telah berjaya dengan ternakan kambing yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dulu.

Wan Hussin B Deraman, 57 antara penternak berjaya yang dilawati oleh Dato Husam. Wan Hussin yang tinggal di Kg Tengku Mahani memulakan penternakan kambing pada akhir Mei 2007 dimana pada ketika itu ternakannya hanya 5 ekor kambing sahaja. Berkat usaha dan kesabaran pada Mac 2009 ternakannya telah membiak kepada 20 ekor. Beliau memberitahu bahawa harga jualan seekor kambingnya adalah sekitar RM400 hingga RM600 seekor. Dengan hasil jualan tersebut, beliau mendapat purata pendapatan adalah sekitar RM 1000 hingga RM 1500 sebulan. Selain menjadi penternak kambing, beliau juga menjalankan tanaman sayuran, pokok buahan, pokok kelapa, pokok pisang, tanaman herba, tanaman serai, dan halia, rumput ternakan, ikan air tawar .

Di Kg. Pulau Kundor Badang, Dato’ Husam turut melawat seorang lagi penternak Nik Majiddi B Nik Mahmud, 36 yang memulakan pemeliharaannya pada 1 November 2007 dengan juga diberikan 5 ekor kambing. Pada Mac 2009, Nik Majiddi telah berjaya menghasilkan 28 ekor kambing. Harga jualan kambing dijual oleh Nik Majiddi adalah antara RM400 dan RM600. Purata pendapatan yang diperolehi oleh beliau adalah sekitar RM1000 hingga RM2000 sebulan.

Projek inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan di bawah YB Dato’ Husam menjadi contoh kepada petani dan peladang. Ladang ternak kambing kini banyak diusahakan di seluruh Kelantan. Ladang-ladang ternakan kambing dan lembu dapat dilihat di sekitar jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Satu lagi langkah kehadapan bagi mencapai hasrat kerajaan negeri iaitu ingin menjadikan Kelantan sebagai Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nanti. Selamat berjihad di bidang pertanian!

Sekian catatan santai untuk kali ini, wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 26, 2009. KL.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails