Thursday, March 26, 2009

Ketua Pemuda, “KJ rasuah, KJ rasuah, Penipu!”

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR Rabu, Mac 25. Dianggap sebagai keputusan yang mencemaskan, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

Jawatan Naib Ketua, dimenangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ketua Pemuda Johor. Beliau memperoleh 417 undi menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Sementara itu, sebaik selesai pengumuman dibuat di aras 1, bangunan PWTC suasana riuh mula kedengaran dan ia dipercayai ditimbulkan oleh penyokong Muhkriz. Mereka berjalan sambil melaungkan "KJ rasuah, KJ rasuah, penipu".

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan. Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan. Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.

Mukhriz dipercayai menang, kira semula undi. Keputusan tidak rasmi menunjukkan, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menang jawatan Ketua Pemuda Umno. Bagaimanapun, proses pengiraan semula undi juga dijalankan. (2MA)

1 comment:

Qorie Afifi said...

Secara peribadi saya juga percaya bahawa Mukhris boleh menang dan akan menang tapi merujuk kepada sistem Umno itulah hakikat politik yang berjalan di PWTC hehe. Dalam poltik malaysia dikira siapa 'pandai' bukan siapa yang layak.....atau siapa yang menang sebelum keputusan muktamad di buat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails