Sunday, March 22, 2009

Kerajaan Perpaduan: PAS-HAMAS Lwn/Kwn UMNO-Fatah…

Siapa pegang siapa.. perpaduan?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

TERIMA kerana membuka polemik dalam komen pada tulisan saya, ‘Saturday, March 21, 2009 HAMAS-Israel, Jangan Perang Kalau Kekuatan Senjata Tidak Setanding?’. Saya salinkan…

Abu said... Sdr., Sy rasa kurang tepat meletakkan perjuangan HAMAS sama dgn PAS dan FATAH dgn UMNO. Kerana Org Melayu Muslim di negara ini belum sampai mengambil senjata api bagi menyelesaikan masalah yg mereka hadapi. Adalah Sdr begitu beria-ia hendak sampai ke arah yg disebutkan tadi? Wa na ngu-zubillah.... Sebenarnya sejarah Islam telah ratusan lagi berulang kali sejak Perang Siffin lagi di zaman Saidina Ali R.A. Kenapa kita tidak mengambil pendekatan yg lebih ke arah kesatuan ummat.

Kenapa org-org seperti Sdr dalam PAS menolak saranan-saranan kearah itu? Yg amat mengherankan PAS dapat menerima DAP yg terang-terang anti-Islam dan Melayu dalam menubuhkan negara Islam. Sebenarnya PAS dalam ambang kejatuhan sekarang kerana org Melayu tidak dapat mempercayai dan bergantung harap dari PAS. Sayang kerana pimpinan PAS sekarang hanyut dgn ilmu cetek Islamnya. Sy yakin kalau ada pilihanraya yg terdekat ini nescaya org Melayu akan menolak PAS sebagaimana terbuktinya dgn kesombongan Nizar di Perak dan serata Malaysia.

Sy sebagai ahli PAS seumur hidup kecewa dgn pimpinan PAS hari ni dan amat kurang yakin dgn kehadiran org-org bijak pandai yg ex-Malay College umpamanya menerajui PAS. Mereka-mereka ini cenderung kepada puak-puak, suku-sakat yg seiring Collegiannya daripada ukhuwwah Islamiah yg syumul. Kepandaian berucap atau berhujah seharusnya tidak menjadi pengukur kepimpinan tetapi agenda kemelutan realiti Umat yg harus kita selesaikan, kemanakah Umat Melayu Malaysia ini akan dipandu pimpinan PAS?

Mungkin alternatif yg ada kembali kepada UMNO? Wallahu 'alam. March 22, 2009 1:26 AM

Komen yang menjawab komen di atas…

“Jaga tepi kain. said... Terima kasih kepada Encik Abu kerana membuka polimik..'kurang tepat PAS sama dengan HAMAS'. Sebenarnya Islam & Nasionalis Asobiyah memang tidak sejalan. Macam langit dengan bumi. Islam lwn jahiliah.. Begitu juga, Nabi Musa dengan Fir'aun, Muhammad SAW dengan Quraisy, US-Israel dengan kumpulan paksi Islam, HAMAS dengan kumpulan selain Islam seperti Fatah dll, dan di Malaysia PAS dengan UMNO dll.

Kerana dalam Islam cuma ada dua, Islam dan kufur, terang dan gelap. Kalau samar-samar termasuk gelap. Seperti juga Syurga dan Neraka, tak ada tengah-tengah. Berbalik kepada Perang Siffin zaman Saidina Ali, walaupun kedua-dua kumpulan itu berperang, namun kerana kedua-dua kumpulan itu berada dalam kerangka kumpulan yang sama, iaitu Islam, lanjutan dari kerajaan Islam Rasul dan Khalifah Empat, berterusan hingga ke Dinasti Umaiyah, Abasiah hingga ke kerajaan Khalifah Usmaniah Turki... Mereka masih bukan berperang antara Islam dengan kafir. Perselisihan berlaku kerana sedikit selisih faham, bukan perang jihad.

Sedangkan UMNO wujud di Tanah Melayu melanjutkan cita-cita penjajah kafir yang bermusuh dengan kerajaan Turki Usmaniah, yang mengharamkan gerakan politik Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin, yang perjuangannya dilanjutkan oleh PAS (parti Islam) walaupun peringkat awalnya cuma tumpang tenggek bersama UMNO, kerana terpedaya janji manis cita-cita Islam dalam UMNO. Rupanya UMNO tidak mampu bergerak semdiri, dan perpaksa menjadi 'barua' penjajah. Buktinya kemerdekaan yang diberi tidak boleh mengikut sistem pemerintahn Islam atau undang-undang Allah, dan mesti ikut undang-undang Lord Ried ciptaan manusia kafir itu.

Pemimpin yang dididik dan ditabalkan penjajah untuk melajutkan cita-cita politiknya, ada yang 'tidak tahu' agama. Karena itulah pemimpin agama dalam UMNO keluar tubuh PAS. Itu buktinya UMNO bukan parti Islam. Bukti kecilnya, lihat saja bendera Malaysia, macam bendera Amerika (tambah bulan & dan kurangkan bintang saja) yang mengambilnya dari British, yang dari kelompok 'Hizbus Syaitan' yang sama. (Baik lagi bendera Singapura ada unsur-unsur kerajaan Majapahit).

Mengenai PAS berkawan dengan DAP & PKR dan mungkin dengan UMNO melalui 'Kerajaan Perpaduan' , itu tiada masalah, kerana dalam berdakwah menyampaikan Islam, kedang-kadang lebih perlu kepada yang belum kenal Islam, seperti DAP & UMNO yang jelas menolak 'hukum hudud'. Sekian untuk kali ini. Maaf kalau ada yang terkasar! (terpaksa ketuk kuat sikit kalau ada 'buku keras'). Wallahu aklam. March 22, 2009 8:45 AM”

Saya bentangkan komen ini, bertujuan untuk mendedahkan 2 pimikiran yang berbeda. Satu menganggap pertembungan PAS-UMNO bagaikan Perang Siffin dalam sejarah Islam, dan satu lagi bagaikan peperangan antara Islam dengan kufur. Walaupun komen pertama di atas ditujukan kepada saya, saya anggap komen kedua di atas seolah-olah pemikiran yang hampar sama dengan jawapan yang akan saya berikan… Walaupun mengenai ‘kejatuhan’ PAS, atau Kerajaan Perpaduan (guna istilah ‘alternatif yg ada kembali kepada UMNO’) masih belum diperincikan.

Harap maklum. Wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 22, 2009. KL.

4 comments:

Unknown said...

Sdr.,

Komen sdr yg menengahkan perjuangan batil illal haq memang sy akui kebenarannya. Tidak dapat kita sangkal tetapi kita harus melihat proses demi proses sejarah manusia itu sendiri menyebabkan sejarah itu berlaku sedemikian rupa.

Sy membawa contoh Perang Siffin sekadar mengingatkan sejarah tersebut telah terjadi antara para Sahabat yg tercinta dan pernah dididik Rasullullah SAW sendiri. Tidakkah sdr sedar kenapa kejadian sebegini berlaku? Ianya memang penuh dgn hikmah yg mendalam. Banyak buku-buku yg telah ditulis oleh para ulamak besar kita mengenai sejarah hitam ini.

Tetapi yg penting sy rasa adalah bagaimana kita yg masih hidup di zaman moden ini dapat mengambil ikhtibar supaya ianya tidak berlaku lagi.

Berbalik kepada sejarah UMNO dan PAS, sy rasa sdr terbabas sedikit faktanya. Perjuangan Hizbul Muslimin serta para Ulamak Islam pada mulanya merestui perjuangan UMNO tetapi keluar dgn sebab tidak dapat menyeragamkan wadah perjuangan Islamnya.

Sy bukannya penyokong UMNO tetapi sy rasa dgn ramainya org Melayu di dalamnya dan dgn ada golongan agamanya dan mudanya yg mengerti perjuangan Islam, tidak mustahil satu hari nanti, UMNO boleh menjadi wadah Islamiah dgn sedikit penukaran perlembagaannya sahaja.

Kalau sdr merasa UMNO meneruskan perjuangan British, ianya tidak tepat dan tidak jujur kerana perjuangan UMNO adalah untuk kemajuan org Melayu waktu dan ketika itu. Inilah yg dinamakan politik. Kuasa politik adalah alat untuk mencari kesinambungan sosial sesuatu masyarakat. Jelas kalau org Islam yg bermula dgn UMNO sdr telah kafirkan mereka jelas sdr berada di wadah cetek sekali. Islam tidak sebegitu. Sdr dgn mudah berkata berkawan dan berdakwah dgn DAP & PKR tetapi untuk berdakwah dgn saudara Islam dlm UMNO nampaknya terlalu berat jiwa sdr.

Bagaimana pulak pendapat sdr terhadap org-org Melayu Kedah yg mempertahankan jiwa dan raga mereka bangkit dgn perjuangan jihad sebanyak 8 kali 'open war' melawan Kerajaan Siam pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin II tahun 1821 sehingga 1843 malah disekat jihad ini oleh Kerajaan British yg pada waktu itu mengawal perairan Pulau Pinang sehingga ke Langkawi dan Phuket. Seramai 16,000 penduduk Kedah terpaksa melarikan diri ke Seberang Perai dan 50,000 lebih mati atau syahid dalam peperangan ini. Kalau tidak sdr-sdr semua di semenanjung Melayu mungkin tidak bernama Melayu lagi tetapi dipaksa dgn nama Siam dan masuk Buddha pula.

Adakah perjuangan ini tidak Islam kerana org-org Melayu Kedah ini tidak mendaftar menjadi ahli PAS, dgn hujah-hujahnya sdr datuk-nenek kita ini tidak syahid!

Utk pengetahuan sdr-sdr, sedangkan As Sheikh Abdus Samad Al Palembangi dan As Sheikh Mas'ud Al Banjari turut memimpin perjuangan jihad ini. As Sheikh Abdus Samad ini adalah saudara tiri kepada As Sheikh Abdul Jalil, Mufti Kerajaan Kedah ketika itu. Beliau telah gugur syahid dan jenazah As Syahid telah dipotong tiga bahagian oleh tentera Siam entah kemana kubur As Syahid sampai sekarang tidak ditemui.

Sdr janganlah bersikap apa saja UMNO buat itu kafir tetapi apa saja DAP & PKR itu Islam. Ini adalah budaya assobiyah seperti sdr sebutkan di awal komentar sdr. Kita sebagai umat Islam yg tinggi limu dan budayanya seharusnya tidak takut kita ke mana saja. Tidak ada sesiapapun yg boleh mengubah ruhul Islam kita! Ya, sdr Anwar sendiri banyak pengalaman dlm UMNO tetapi perlu diingatkan beliau belum sempat mengIslamkan UMNO sudah menjadi seorang yg sama tamak sama rakus dgn kemudahan serta nikmat kekuasaan semasa menjawat Timbalan PM. Ini kelemahan manusia itu sendiri bukan niat sy memperlekehkan Sdr Anwar tetapi itulah realiti. Kalau Sdr Anwar ikhlas utk Islamkan UMNO di awal penyertaan dan terus istiqomah dgn Islam beliau, kita seharusnya sudah tidak ada PAS atau UMNO yg ada adalah wadah Islam, tidak kira apa namanya.

UMNO tidak menolak hudud cuma dlm kenyataan rasmi mereka cuma tidak setuju cara Hudud itu dimajukan. Sy rasa ini cuma masalah politik saja. Tetapi sy cuba muhasabah kita sendiri sebagai parti Islam, adakah kita berjaya di Kelantan dgn hudud kita? Tidak kan? Kerana kita sendiri takut dgn segala macam implikasi menjalankan hudud itu. Sedihnya takut pula dgn DAP dan lebih lagi dlm waktu sekarang ini. Sy rasa kemungkinan org melayu akan menolak perjuangan Islam kita kalau kita tidak hati-hati memilih teman politik kita. Sayang perjuangan Islam kita berhenti setengah jalan belum sempat mencapai apa-apa. Macam-macam saja kita kaitkan masalah perlembagaan negeri dan persekutuan dan lain-lainnya. Jelas kita sendiri tidak berani dgn 'political wills' kita!

Sebagai org Melayu Islam kita seharusnya tidak takut kepada mana-mana pihak pun hatta mau menegakkan Islam di bumi Melayu kembali.

Wallahu'alam.

Unknown said...

Sdr.,

Sy minta maaf di kalimah perengan pertama sy sepatutnya sy sebutkan 'perjuangan ALHAQQ illa BATIIL' bukan seperti yg tertulis tadinya.

Sekian.

Anonymous said...

Klau UMNO=Fatah & PAS = Hamas.PKR PULA????= Israel????

Anonymous said...

Saya rasa Fatah lbh baik dri Hamas.. Krana sjk Hamas ditubuh pada 1987,ia tlah memecah belahkan rakyat Palestin yg sbelum ini bersatu dibwh Fatah pimpinan Allahyarham Yasser Arafat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails