Wednesday, March 25, 2009

Berubah.. jika tidak, rebah –Najib, Mahukah Berubah Kepada Islam?

Komen Ibnu Hasyim: Siapa berubah, siapa rebah?

By Asyok Kumar

KUALA LUMPUR Mei 25. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno minggu ini, malam tadi menggariskan visi beliau bahawa ahli-ahli Umno perlu melakukan perubahan dan pembaharuan komprehensif bagi membolehkan ia kekal relevan sebagai parti pilihan penting orang Melayu dan rakyat negara ini.

Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, beliau memberi amaran Umno akan kehilangan sokongan sekiranya ia tidak melakukan perubahan. Ucapan beliau itu yang bertemakan Menakhoda Zaman merupakan terakhir selaku Timbalan Presiden Umno, malah dilihat sebagai bayang-bayang awal tentang visi kepimpinannya apabila menerajui Umno mulai minggu ini secara rasmi.

Najib akan menerima tampuk kepimpinan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno. "Berubahlah, jika tidak, kita rebah," kata beliau. Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh parti itu iaitu mengubah cara Umno menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.

Umno, katanya, perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar agar pemilihan parti lebih mencerminkan hasrat lebih tiga juta anggotanya di peringkat akar umbi. "Situasi hari ini menuntut Umno sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu," katanya.

Malah Najib juga meminta para perwakilan Umno memberinya "satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi berdedikasi… Safkanlah kepada saya sekumpulan pimpinan yang ampuh dan padu," katanya. Justeru kata beliau, tanggungjawab para perwakilan pada tahun ini adalah yang paling berat dalam sejarah Umno berbanding sebelum ini kerana yang menjadi pertaruhan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan, kedudukan atau status bagi manamana individu.

"Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah," katanya. Najib juga berkata, Umno memerlukan "barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran".

Najib turut melahirkan harapannya agar permuafakatan yang wujud dalam parti diteruskan apabila beliau memegang jawatan presiden nanti. "Saya juga percaya sokongan yang seumpamanya jua akan diberikan kepada Timbalan Presiden Umno baru yang bakal dipilih kelak. "Dengan penuh semangat saya yakin bahawa, jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman," katanya.

Komen bloger Ibnu Hasyim, mahukah Umno berubah dari perjuangan kebangsaan kepada perjuagan Islam? Kalau tidak berubah begitu, memang betul-betul rebah... (AK)

3 comments:

Anonymous said...

Najib sudah nampak bayang-bayang kehancuran UMNO dan golongan feudal Melayu. Kelas bangsawan Melyau sedang menuju kehancuran.
Najib mahu menggunakan Islam untuk menagih simpati untuk menang di Bukit Gantang.
Kegagalan di Bkt Gantang bererti dia gagal mendapat kepercayaan rakyat jelata.
Bkt Gantang adalah kubu Melayu feudal. Kekalahan UMNO di Bkt Gantang bererti modal lama tentang subsidi kain batik dan bantuan susu dan baju sekolah sudah tidak laku.
Ucapan penuh retorik Najib tidak membawa apa-apa makna kepada golongan muda yang mahukan perubahan cakap serupa bikin. Mengungkit soal biasiswa tidak lagi laku. Kearan pekerjaan pun dah hilang. Generasi kini menyoal tentang taraf hidup semakin membesar antara kelas bangsawan Melayu dan kelas bawahan
Saya tidak berani jamin dbeliau boleh duduk lama. Yang terbayang, sama seperti yang terjadi kepada Suharto.
Masa depan Melayu kini bukan terletak pada parti warisan Inggeris ini lagi. Masa telah berubah.

Qorie Afifi said...
This comment has been removed by the author.
Qorie Afifi said...

Kenaikan Najib tidaklah menjurus kepada menghalang aktiviti keagamaan dalam Islam. Kerajaan Pakatan rakyat pun masih byk kelemahan yang wajib di rombak dan dilakukan perubahan. Sekiranya kita mahu menghukum Umno untuk lahirkan pemimpin yang SEMPURNA bererti kita juga memaksa sesuatu yg tidak boleh dipaksa. Seburuk-buruk umno mereka juga ada jasa membangunkan Malaysia dalam segi ekonomi walaupun tidak sekata. Byk juga masjid2 dibina bagi memudahkan ibadat dan dimana nilai kesyukuran orang melayu dlam hal ini. Seburuk-buruk najib telah banyak tanggungjawap yang dia pikul dan berani berdepan dengan kenyataan hidup tapi sebaik-baik kita hanya mampu jadi ayam sabung di kampung saja. Nak pegang pengerusi cawangan dan kawasan pun kita tak berani apa lagi nak ubah Malaysia. Byk kita yang hanya berani meyalak dari jauh saja tapi tak berani nak pikul tanggungjawap. Ramai yang hanya bercakap tentang Islam tapi bila di minta jadi pengerusi kariah atau pengerusi masjid serta-merta tolak bagi pelbagai alasan. itu baru di minta jadi pengerusi masjid belum lagi diminta jadi pengerusi parti atau pengerusi umno atau pengerusi pakatan rakyat. Kalau pakatan rakyat mahu berubah pakatan rakyat pun akan kuat dan tak rebah mcm umno. dalam politik sekarang ini kita tak perlu jual agama untuk beli kerusi sebuah DUN atau sebuah Parlimen. Baik kita jaga kampung kita atau masjid kita ataupun kariah kita dulu bagu mantap dan anak-anak kariah faham betul-betul tentang perjuangan dalam Islam. Kalau setiap kariah dan masjid ataupun kampung dah ok maka satu DUN pun akan ok dan kalau semua DUN ok , satu parlimen pun akan ok. Kita tak payah lah sembang bab-bab masalah negara ni panjang-panjang. Balik ke kampung dan kariah dulu sudah lah kerana di sana lah bermulanya politik Islam , harus dari bawah bukan melihat yang jauh tapi tak mampu kita ubah. Masalah umno kita serah kat najib , masalah kita jom kita tengok yang hanya selama ni cakap berani saja tapi takut untuk jadi pengerusi masjid atau pengerusi kariah untuk buat perubahan melalui bawahan dulu. Kampung tak terjaga nak cakap soal negara.....hancur Islam ni kalau tak faham cara Rasullullah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails