Friday, July 03, 2020

Dr Kamarul Zaman: Salahkah, Pembaca Menyimpulkan 3 Perkara Ini?


Agresifnya pendakyah Kristian di Malaysia

DISEBABKAN beberapa kes mahkamah antara saya dan pemimpin DAP adalah melibatkan isu Kristianisasi di Malaysia, saya telah membeli dan membaca buku-buku tertentu untuk lebih mendalami isu ini.


Antara buku yang baru sahaja saya beli dan baca adalah sebuah buku yang dijual secara banyak sekali bertajuk “Lakukan Apa yang Benar: Satu Panduan Perundangan yang Praktikal untuk Gereja-gereja di Malaysia”.
Buku ini diterbitkan hasil daripada “keperluan untuk membekali umat Kristian dengan pengetahuan asas undang-undang supaya mereka boleh melaksanakan hak Perlembagaan mereka dalam mengamalkan dan menyebarkan iman Kristian dengan bijaksana dan berani”.
Setelah membaca buku ini, fahamlah saya bahawa apa yang saya nyatakan selama ini mengenai keagresifan pendakyah Kristian di Malaysia sememangnya adalah sesuatu yang betul.
Berdasarkan kepada kandungan buku ini, maka nyatalah bahawa merekalah, dan bukannya umat Islam seperti saya, yang lebih banyak mengocak keharmonian kehidupan beragama di Malaysia.
Sebegitu agresifnya mereka sehingga mereka boleh menganggap enakmen-enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam yang diluluskan oleh negeri-negeri sebagai “batal dan tidak berlaku vis-a-vis Perlembagaan Persekutuan”.
Alasan yang mereka berikan adalah “pembuat undang-undang negeri mungkin telah bertindak di luar kuasa yang sah dalam menguatkuasakan undang-undang ini” kerana “enakmen-enakmen tersebut memberi kesan larangan yang signifikan bahkan absolut untuk penyebaran agama-agama lain kepada orang Islam, dan bukan hanya satu kawalan dan sekatan”.
Pendirian mereka ialah “kerajaan negeri tidak diperkasakan untuk melarang mentah-mentah penyebaran agama-agama bukan Islam kepada seorang Muslim” kerana “di negara yang menjamin kebebasan beragama untuk setiap orang, termasuk seorang Muslim, perkataan ‘kawalan dan sekatan’ tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘melarang secara total‘”.
Turut ditegaskan oleh mereka adalah bahawa “meletakkan tanggungjawab pada orang bukan Muslim untuk memastikan agama orang yang sedang berbincang atau bercakap dalam usaha menyekat penyebaran juga tidak dapat diterima akal”.
Ini diikuti oleh gesaan buku ini kepada gereja-gereja di Malaysia yang berbunyi begini:
“Kita tidak boleh berbau perkauman atau mendiskriminasi agama dalam penginjilan hanya kerana undang-undang buatan manusia yang tidak menguntungkan bagi kami. Lagi pula, siapa yang harus kita taati: Tuhan atau manusia?”
Salahkah jika kandungan buku ini membuat pembacanya menyimpulkan bahawa:
(1) Pendakyah Kristian di Malaysia tidak berpuas hati dengan kawalan dan sekatan yang dikenakan ke atas mereka untuk mendakyahkan agama Kristian kepada umat Islam.
(2) Pendakyah Kristian di Malaysia berpendirian bahawa enakmen-enakmen yang mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
(3) Di atas alasan keterbatalan enakmen-enakmen ini, dan di atas alasan mereka perlu mentaati Tuhan dan bukannya manusia, pendakyah Kristian di Malaysia tetap mahu berusaha untuk mengkristianisasikan umat Islam.
Bukankah semua ini adalah punca utama kepada ketidakharmonian kehidupan beragama di Malaysia?
Dan keagresifan mereka tidak terhad dalam isu penyebaran agama sahaja kerana enakmen-enakmen yang menghalang kalimat dan ekspresi yang dikhususkan kepada umat Islam dari digunakan oleh orang bukan Islam juga turut dipersoalkan oleh mereka.
Tegas buku ini: “Sebagaimana yang telah dibahaskan dalam bab mengenai penukaran agama, adalah disarankan bahawa undang-undang yang melarang penggunaan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu mungkin bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.”
Tambah buku ini lagi: “Tambahan pula, larangan mengenai penggunaan Bahasa Melayu sebagai media pengajaran di gereja juga bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membuat Bahasa Melayu sebagai satu subjek wajib di semua sekolah rendah dan menengah.”
Begitulah agresifnya pendakyah Kristian di Malaysia ini.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 3/7/2020

Ini Tanda Penghargaan Luar Biasa Kepada 'Hero Negara' Pandemik Covid-19


Pemuda Lukis Potret Doktor Noor Hisham Pada Cup Starbucks Tanda Penghargaan

SEJAK bermulanya pandemik Covid-19 melanda negara kita, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan frontliners lain diangkat menjadi hero negara dalam membendung wabak ini.
Kesungguhan mereka dalam membendung wabak ini amatlah dihargai oleh semua rakyat Malaysia. Terbaru, seorang pengguna laman Twitter menzahirkan tanda penghargaan kepada Datuk Dr Noor Hisham dengan melukis potret beliau di atas bekas minuman Starbucks.

Tanda Penghargaan Buat Dr Noor Hisham

Salah seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai Luqman Hakim memuat naik gambar lukisan dia di akaunnya sebagai tanda penghargaan buat Datuk Dr Noor Hisham dalam menangani wabak Covid-19.
Tulis Luqman, dia melukis potret tersebut sebagai ‘tribute’ kepada Datuk Dr Noor Hisham atas perkhidmatan beliau yang cemerlang yang disalurkan kepada negara. Dia juga berharap dapat memberi cawan yang terukir gambar Datuk Dr Noor Hisham itu kepada beliau sebagai hadiah.

Dr Noor Hisham Puji Lukisan Cantik

Apa yang menggembirakan, Datuk Dr Noor Hisham telah menyedari lukisan yang dilukis itu dan telah membalas tweet itu dengan ucapan terima kasih. Dr Noor Hisham juga memuji lukisan tersebut.
Beliau menyatakan Luqman merupakan seorang pelukis yang berbakat dan bukan mudah untuk dia melukis potret sebegitu di atas cawan kertas seperti itu.

Starbucks Reply Tweet

Selain Datuk Dr Noor Hisham, Starbucks Malaysia juga telah membalas tweet tersebut dengan menyatakan itu adalah ‘tribute’ yang indah buat hero negara itu.
Sehubungan dengan itu, menerusi Twitter rasmi Datuk Dr Noor Hisham, rata-rata pengguna laman Twitter memuji potret tersebut dan mereka juga berharap Starbucks Malaysia dapat mengeluarkan bekas minuman edisi khas dengan lakaran wajah-wajah hero negara.


Saran bomba wanita diberi peranan sesuai fitrah


KUALA LUMPUR: Muslimat PAS menyifatkan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengkaji semula syarat pengambilan anggota bomba wanita dapat meningkatkan jumlah golongan itu di jabatan berkenaan.


Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, tugas anggota bomba dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) mempunyai pelbagai fungsi, namun diharap tugasan diberi kepada wanita selari dengan fitrah kewanitaan.
“KPKT disarankan membuat survey dan perbincangan lanjut dengan kepimpinan wanita sebelum melaksanakan perkara tersebut. Seterusnya kita mengharapkan pihak kerajaan meningkatkan dan meletakkan wanita (seramai) 30 peratus dalam pembuat dasar pentadbiran negara,” pintanya.
Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan mengkaji perkara tersebut untuk meningkatkan jumlah anggota wanita sehingga 30 peratus dari keseluruhan anggota di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurutnya, hanya terdapat 5 peratus atau 700 anggota wanita daripada keseluruhan 14,400 anggota di JBPM serata Malaysia, maklumnya di Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka hari ini.
Muslimat PAS kembali menyuarakan untuk Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dapat melaksanakan dasar tersebut semasa bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Seri Rina Harun baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 2/7/2020

Anwar Menyanyi Lagu Sedih. Ini, Pasti Sayu, Bunyinya


HALAMAN HIBURAN
Bila Anwar menyanyi lagu Sangam ‘Dost Dost Na Raha’

SEMASA Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan polis pada tahun 1998 ketika itu penulis masih belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. Pada masa itu juga penulis adalah salah seorang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UUM. Sebagai pemimpin pelajar ketika itu memang kami ada sedikit sebanyak terlibat dengan aktiviti reformasi.

Pada masa itu tidak ada media sosial dan Youtube. Kami mendapat maklumat melalui VCD ceramah yang dijual di pasaran. Salah satu antara VCD pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah penulis tonton pada ketika itu ialah apabila Anwar meluahkan rasa sedih kerana kehilangan ramai kawan selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Kawan-kawan yang bergantung kepada projek semasa saya masih menjadi Timbalan Perdana Menteri semuanya lari meninggalkan saya.” Kata Anwar dalam video itu dengan nada sedih. Kemudian Anwar menyanyikan lagu yang berjudul Dost Dost Na Raha sebuah lagu dalam filem Hindi lagenda ‘Sangam’ lakonan dan arahan Raj Kapoor yang diterbitkan pada tahun 1964.


Antara bait-bait awal lagu tersebut ialah :

Dost dost na raha
Pyar pyar na raha
Zindagi humein tera
Aitbaar na raha
Aitbaar na raha

Terjemahan:

Sahabatku kini bukan lagi sahabat
Kekasihku kini bukan lagi kekasih
Inilah nasibku
Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Aku sudah tidak percaya padamu lagi


Bagai ‘dejavu’ Anwar nampaknya sekali lagi berhadapan dengan situasi yang sama. Anwar sekali lagi kehilangan orang-orang yang selama ini dia panggil sebagai sahabat.

Keengganan Mahathir untuk menerima jawatan Menteri Kanan ditawarkan Anwar sekiranya Mahathir bersetuju Anwar adalah Perdana Menteri jika PH Plus mengambil semula kerajaan telah menyebabkan mereka terpecah dua antara kem Mahathir dan kem Anwar. 

Namun yang menjadi ketakjuban penulis, pemimpin PAN dan DAP yang diketahui umum sebagai penyokong kuat Anwar tiba-tiba berubah menjadi penyokong kuat Mahathir pula.

Kenyataan berterus-terang Mahathir yang menyatakan bahawa Anwar memang tidak layak menjadi PM kerana dia ada ramai musuh dan segala yang Mahathir buat selama ini ‘hanya untuk membantu Anwar menjadi PM’ menjadi ungkapan yang benar-benar merendah-rendahkan kemampuan Anwar.

Namun kecenderungan pemimpin PAN dan DAP yang lebih memihak kepada Mahathir menimbulkan banyak tanda tanya. Ia telah menjadi semakin parah apabila penyokong dari kedua-dua pihak berbalas-balas kenyataan sehingga Penasihat Umum PAN, Dato’ Seri Ahmad Awang baru-baru ini telah menggesa penyokong Anwar dan Mahathir agar melakukan ‘genjatan senjata’ dan tidak mengeruhkan keadaan.

Dan yang terbaru Mahathir mencadangkan agar Dato’ Seri Shafie Apdal pula sebagai calon PM untuk PH jelas menambah penghinaan pada Anwar. Tidak pasti apa perasaan pemimpin PAN dan DAP apabila Mahathir bermain silap mata dengan mendakwa PAN dan DAP telah bersetuju ‘sebulat suara’ dengan cadangan tersebut pada hal mereka kemudian menafikan perkara itu. Tidakkah mereka berasa 
Mahathir cuba memperbodoh-bodohkan mereka?

Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Shafie Apdal
Sebenarnya sekiranya semua pemimpin PAN dan DAP bersama-sama dengan PKR mendesak supaya Mahathir bersetuju agar Anwar menjadi calon PM kerana mereka memiliki 91 kerusi maka Mahathir bersama-sama dengan serpihan Bersatu dan Warisan pun tidak ada pilihan lain.

Mahathir dan konconya sekarang hanya memiliki 13 kerusi iaitu lima kerusi bekas Bersatu dan lapan kerusi Warisan. Samada Mahathir terpaksa berpuashati sekadar menjadi Menteri Mentor atau mereka semua kekal sebagai pembangkang. 

Pemimpin-pemimpin PAN dan DAP telah bersahabat dengan Anwar semenjak era reformasi 1998. Selama lebih 20 tahun mereka bersahabat. Malah sebelum Anwar masuk Umno pada tahun 1982 pemimpin-pemimpin PAN yang ketika itu berada di dalam PAS pernah bersahabat dengan Anwar.

Sementara hubungan antara pemimpin-pemimpin PAN dan DAP ini dengan Mahathir sebelum ini adalah musuh politik sejak azali sehinggalah pada tahun 2017 apabila mereka mula berkawan. Garis masa persahabatan mereka hanya sekitar tiga tahun berbanding berpuluh-puluh tahun bermusuh. Selama ini mereka bermusuh dengan Mahathir selepas era reformasi sebahagian besarnya pun kerana Anwar.

Yang menakjubkan ialah bagaimana di saat Anwar bertelagah dengan Mahathir, pemimpin PAN dan DAP yang merupakan sahabat Anwar sejak 1998 tiba-tiba menyokong Mahathir yang mereka baru sahaja berkawan semenjak tahun 2017, yang sebelum itu adalah musuh ketat politik?

Walau pun Mahathir sudah tidak ada parti dan hanya bersama dengan empat lagi Ahli Parlimen bekas Bersatu dan lapan orang Ahli Parlimen Warisan namun Mahathir kelihatan sangat tegap kerana sokongan dari PAN dan DAP ini.

Sekarang ini sekiranya PH Plus tidak berjaya membentuk kerajaan kerana gagal mencapai persetujuan siapa akan jadi PM maka kesalahan itu akan terpikul di bahu Anwar. Ia bukan salah Mahathir tidak mahu menerima Anwar sebagai PM. Itu naratif yang berjaya di bina Mahathir.

Semua ini tidak akan berlaku sekiranya DAP dan PAN tetap berada di belakang Anwar. Namun ia tidak berlaku sebegitu. Baru dua tahun mereka berkawan, Mahathir telah mengambil sahabat-sahabat Anwar ini yang pernah memusuhi dirinya dahulu kerana membela Anwar yang telah dia aniayai. 

Sahabat-sahabat Anwar ini adalah mereka yang sebelum ini menjadi musuh Mahathir lebih lama dari Anwar bermusuh dengan Mahathir sendiri. Apa agaknya ‘nasi tangas’ yang telah diberi oleh Mahathir kepada pemimpin-pemimpin DAP dan PAN sehinggakan secara tidak masuk akal tiba-tiba mereka lebih kasmaran dan menyayangi Mahathir berbanding Anwar?

Nampaknya Mahathir telah benar-benar berjaya meletakkan Anwar di tapak kakinya. Orang-orang yang Anwar panggil sahabat dahulu dari DAP dan PAN pula ibarat ‘algojo’ yang membantu mengheret Anwar untuk diletakkan di tapak kaki Mahathir. Anwar kali ini benar-benar dihina lebih teruk daripada apa yang dilakukan Mahathir pada tahun 1998 dahulu. 

Jika dahulu Anwar dihina Mahathir tetapi ada sahabat-sahabat Anwar yang membantu mempertahankannya. Kali ini Mahathir menghina Anwar sekali lagi, namun kali ini sahabat-sahabatnya yang dahulu mempertahankannya dari Mahathir kini telah pun bersekongkol dengan Mahathir. Bila Anwar menoleh ke belakang rupanya dia sudah jauh ditinggalkan sahabat-sahabatnya. 

Mungkin Anwar sekali lagi akan menyanyikan lagu Dost Dost Na Raha. Pasti sayu bunyinya.
IBNU JANIE
Penulis adalah Ketua Unit Berita Penerangan PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah Melaka – HARAKAHDAILY 2/7/2020
Hibur Hibur Sikit
Video: Dost Dost Na Raha | Sangam | Raj Kapoor | Vyjayanthimala | Bollywood Classic Songs | Mukesh

Video: Aku Yang Dulu...🤞 | Ustaz Akhil Hayy

Titah YDPA iktiraf Kerajaan PN



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sempena pembukaan penggal ketiga sidang parlimen ke-14.

Parlimen pada kali ini sungguh berbeza kerana diadakan selama satu hari sahaja bagi mendengar Titah Diraja dan tiada urusan majlis yang lain. Ini disebabkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 sejak Februari lalu.

Dalam titah Seri Paduka Baginda YDPA, Baginda menegaskan bahawa pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri adalah menjadi salah satu tanggungjawab Baginda mengikut Perlembagaan Persekutuan selepas perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

YDPA menyifatkan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “Kerajaan Beta” yang sah menurut peruntukan demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang.

Tindakan Pakatan Harapan yang berterusan menghasut rakyat dan ingin mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri sebenarnya adalah tindakan mempertikai YDPA meskipun ia adalah hak Ahli Parlimen.

Titah YDPA telah mengemukakan permasalahan yang dihadapi negara pasca COVID-19 antaranya; masalah ekonomi dan pengangguran, isu perpaduan kaum, geopolitik, pemerkasaan Industri 4.0 dan pembangunan bersama Sabah dan Sarawak.

Kecaknaan YDPA terhadap kestabilan politik negara dan keprihatinan kebajikan rakyat menjadi tanggunggjawab kepada semua pemimpin negara (ahli parlimen) untuk memperhalusi tindakan terbaik demi kesejahteraan negara.

PAS menyeru semua rakyat terus bersatu padu dan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memulihkan negara pasca kemelut politik dan pandemic Covid-19.

Situasi ekonomi dan sosial sangat meruncing dan semua pihak perlu berganding bahu membangunkan semula negara tercinta ini.
‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
– HARAKAHDAILY 20/5/2020

Beri peluang PAS realisasi keupayaan memerintah



KUALA LUMPUR: Politik adalah sebahagian daripada Islam di mana agama ini yang mengawal politik dengan menunjukkan jalan dan matlamat tujuannya, demikian kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Menurut beliau, aspirasi PAS ketika ini adalah merealisasikan pemerintahan negara di mana selain Islam diperkenalkan secara ilmu, ia juga sangat penting diperlihatkan secara praktikal menerusi politik.
“Dengan sebab itu kalau politik mengikut Islam, semua jadi baik. Yang silap hari ini ialah bila politik nak memaksakan Islam. Ini perbezaan dua perkara ini perlu kita selesaikan dahulu.
“Ada kalangan yang memang tahu Islam ini baik, tapi mereka tak mahu beri peluang kepada Islam, kerana mereka takut mempengaruhi (masuk Islam). Ini satu sikap yang tidak jujur,” ujarnya pada program Bicara Naratif TV1 di Angkasapuri, di sini semalam.
Jelas beliau, PAS mempunyai pengalaman memerintah Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta pernah menyertai Kerajaan Pusat tahun 1973 dan dalam BN 1974 hingga akhir 1970-an.
Terangnya, pengalaman itu mengajar PAS kekuatan, kelemahan, kebaikan dan kesempurnaan, serta menjadi pembangkang yang menasihat kerajaan di mana kini peluang itu mahu dibuktikan dalam kerajaan.
Kerana itulah maklumnya, pemilihan calon dalam PAS berdasarkan integriti dan melalui saringan tapisan dibuat Majlis Syura Ulamak dilihat iman, akhlak, ilmu dan tiada kelemahan secara zahirnya.
Menerusi pendekatan itu katanya, PAS berjaya memilih pemimpin yang mempunyai sifat baik hingga menimbulkan suasana stabil dalam parti, tidak sebagaimana perkara dialami oleh parti-parti politik lainnya.
“Kita tak mahu cakap kelemahan orang lain, kita tak mahu mengambil budaya bila orang tanya, ini salah orang lain, ini salah orang lain. Kita perlu tunjukkan apa yang boleh kita buat, yang kita tunjukkan kepada orang,” ujarnya.
Menurut Ahli Parlimen Marang ini juga, dalam menyelesaikan pertikaian terhadap tonggak-tonggak negara dalam Perlembagaan, PAS mengambil pendekatan menyatukan parti politik yang ada.
Perinci beliau, ia bermula dengan parti-parti yang pernah terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan menggubal Perlembagaan di mana turut menyertai pilihan raya pertama 1955 dan pada tahun 1959.
Kerana terangnya, walaupun Perlembagaan itu digubal Suruhanjaya Reid, tetapi parti-parti ketika itu mempunyai semangat Perlembagaan di mana sama ada kerajaan atau pembangkang; mereka menerima hakikat dan sedar jaminan hak di dalamnya.
“Antara yang menarik ialah hukum Islam tak boleh hukum orang bukan-Islam. Ini satu kelonggaran yang diberi. Kita tak paksa orang bukan-Islam menerima hukum Islam. Kita perkenalkan dulu.
“Dengan perkenalkan ini saya yakin bahawa orang bukan-Islam akhirnya akan terima hukum Islam ini. Bahkan banyak Undang-undang Barat itu diambil daripada Islam, diciplak daripada Islam.
“Banyak konsep yang diambil oleh Barat, kehakimannya, undang-undangnya, persaksian, banyak. Kita lebih sempurna,” optimis beliau.
Menjawab pertikaian terhadap komposisi Kabinet, beliau berkata yang penting adalah tidak bersifat ekstrem di mana pihak lain boleh tidak bersetuju, tetapi beri ruang kerajaan baharu memperkenal dan sedia berhujah.
Sebaliknya tegur beliau, sekiranya bersikap ekstrem dan melulu tidak akan memberi kesempatan untuk memperkenalkan, kerana Islam tidak cukup dengan ilmu, teori, ucapan dan tulisan, tetapi mesti praktikal.
“Dengan sebab itu kita percaya dan yakin, kalau diizinkan Islam dipraktikkan dengan cara yang betul, akan memberikan kefahaman yang betul kepada orang Islam dan akan memberi kefahaman orang bukan-Islam sendiri. Dan mereka boleh terima Islam dengan cara yang lebih terbuka kepada Islam ini.
“Perlu kita sedar banyak dalam sejarah undang-undang antarabangsa sebagai contohnya, apabila ahli undang-undang antarabangsa nak menggubal undang-undang antarabangsa selepas Perang Dunia yang Pertama. Mereka gagal untuk mencipta undang-undang antarabangsa bagi mengawal peperangan yang berlaku.
“Sehingga mereka jadikan Quran sebagai rujukan. Dan hari ini kita dapati bagaimana terdapat kalangan bukan-Islam, saintis yang bukan-Islam menganut Islam bila mereka baca Islam. Dan ada yang mengaku Islam itu benar, Islam itu betul. Mereka terima hakikat ini.
“Dan banyak kajian saintifik tentang angkasa lepas yang ditunjuk oleh Quran. Dibuktikan benar macam Quran sebut itu benar. Bila bercanggah Quran dengan pandangan manusia, akhirnya orang tahu Quran itu betul,” terangnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2020

Ketua Dewan Pemuda PAS Sampaikan Ceramah


PEKAN 2 Julai – Ketua Dewan Pemuda PAS,Ir. Khairil Nizam Khirudin menyampaikan ceramah beliau di Ceramah Muafakat Nasional – Hikmah UMNO dan PAS Bersama sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 Chini di Tapak Pasar Tani FAMA, Pusat Bandar Dara di sini malam ini. Foto – MediaUMNO


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

G/Eng kebas projek RM3 bilion bina Empangan Papar Sabah pula!!


Najib dedah syarikat terowong Guan Eng dapat projek bina Empangan Papar bernilai RM3 bilion!
  
INI surat kerajaan PH Plus Sabah memberi projek pembinaan Empangan Papar bernilai RM3 bilion kepada syarikat Wira Syukur.

Sebelum PRU14, PH bantah projek pembinaan Kaiduan. Mereka janji akan batalkan projek empangan Kaiduan jika menang PRU14.

Tetapi selepas menang, mereka hidupkan semula empangan Kaiduan dengan cara jenama semula menjadi empangan Papar.

Ahli-ahli NGO yang dulu kuat menghasut rakyat tempatan untuk membantah empangan Kaiduan dan menolak BN pula tidak lagi bantah empangan Papar kerana mereka diberi jawatan dalam kerajaan PH Plus Sabah.

"Tetapi sekarang, apabila ada kerajaan baru, ramai kawan kami telah jadi sebahagian daripada kerajaan... ada yang bantu kami (dulu) kini telah jadi menteri (negeri). Mereka telah buat pusingan U dan berdiam diri," kata Pengerusi Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/ Papar (Takad) Diana Sipail". Rujuk di sini.

Maka projek empangan Papar pun dipercepatkan.

Tak sampai 1 1/2 tahun selepas kerajaan baru Sabah masuk, projek RM3 bilion itu diberi kepada syarikat Wira Syukur.

Syarikat Wira Syukur merupakan antara pemegang saham syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.  Syarikat itu juga terbukti membayar RM15 juta daripada RM19 juta yang dibayar kepada ahli perniagaan dalam cubaan untuk menutup siasatan SPRM ke atas projek terowong.

"Vizione says RM15m linked to graft probe paid to Consortium Zenith just a security deposit". Rujuk di sini.

Tahun lepas, ahli perniagaan tersebut telahpun didakwa kerana menerima bayaran RM19 juta itu untuk cubaan tutup siasatan rasuah terowong. Rujuk di sini.

Dengan ini, syarikat yang terlibat dalam projek terowong Pulau Pinang RM6.3 bilion juga diberi projek untuk membina empangan Papar bernilai RM3 bilion.

Paling pelik juga ialah orang yang tanda tangan surat pemberian projek itu pada 10 Okt 2019 merupakan Amarjit Singh selaku pengarah Air Sabah.

Sedangkan Mahkamah Tinggi sudah memutuskan hari sebelumnya (9 Okt 2019) bahawa pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Air Sabah adalah haram kerana ianya bertentang dengan perlembagaan Air Sabah.

"9 Okt 2019: High Court rules political appointment of Sabah Water Department director illegal". Rujuk di sini.

Dia boleh tandatangan pulak surat projek RM3 bilion sehari selepas jawatan dia diputuskan haram oleh mahkamah.

Sebelum PRU14, Amarjit Singh merupakan kontraktor dan ahli parti Warisan. Dia pernah direman bersama Shafie Apdal berhubung siasatan skandal rasuah RM1.5 bilion Air Sabah.

"21 Okt 2017: Meanwhile, a civil engineer, who is also a consultant of a company, Amarjit Singh, 47, was also held in remand for six days beginning today for investigation into the same case. He was arrested at the Sabah MACC office yesterday". Rujuk di sini.

Selepas PH menang PRU14, dia terus dilantik pengarah Air Sabah secara haram walaupun dia pernah direman berhubung skandal rasuah Air Sabah.

Air Sabah pula di bawah Menteri Sabah PH Plus Peter Anthony.

Sebelum PRU14, Peter Anthony merupakan kontraktor untuk projek-projek di bawah kementerian luar bandar semasa Shafie Apdal merupakan menteri.

Peter Anthony pernah direman juga berhubung kes Risda dan Air Sabah.

Selepas PH menang PRu14, Peter dilantik jadi Menteri Sabah yang juga menjaga Air Sabah di mana dia pernah direman berhubung skandal rasuah Air Sabah.



Minggu lepas, Peter Anthony yang sepatutnya didakwa dengan pertuduhan-pertuduhan tambahan tiba-tiba jatuh sakit pening kepala.

Sebab itu, mahkamah ditangguh.

"22 Jun 2020: Mahkamah tangguh kes selepas menteri Sabah dirawat di hospital akibat vertigo". Rujuk di sini.

Tapi tak apa.
Ketua Menteri Shafie Apdal kata Peter Anthony boleh terus menjawat sebagai Menteri Sabah jaga projek-projek infrastruktur walaupun dia sedang menghadap puluhan tuduhan rasuah dalam mahkamah.

"18 Jun 2020: Sabah CM: Peter Anthony to continue working ‘until proven guilty’ of money laundering and abetting charges". Rujuk di sini.

Adakah ini sebab DAP lebih rela sokong Shafie Apdal jadi PM dan bukan Anwar kerana syarikat terowong mega juga dapat projek empangan mega?
Sabah ada projek berbilion-bilion.
Sokong Anwar dapat apa?


– Najib Razak
(https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/najib-dedah-syarikat-terowong-guan-eng-dapat-projek-empang-3bilion.html)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails