Friday, November 23, 2018

Gurun Arab Saudi Pula Dilanda Banjir..

SOROTAN video menunjukkan kawanan unta meredah padang pasir
SOROTAN video menunjukkan kawanan unta meredah padang pasir yang digenangi air di Tumair, utara Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.


RIYADH – Sebuah rakaman video memaparkan dua lelaki menggembala sekawan unta di kawasan gurun yang digenangi air banjir ketika hujan lebat dan ribut pasir melanda kini tular di internet, lapor rangkaian televisyen Rusia, RT baru-baru ini.
Fenomena luar biasa itu dirakam ketika kawasan timur Arab Saudi mengalami cuaca buruk pada hujung minggu lalu.
Rantau itu dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang menukar padang pasir menjadi kawasan lembik berair seperti paya menjelang kelmarin.
Klip video itu dirakam di sebatang jalan dekat Tumair, utara Riyadh oleh seorang jurugambar, Fahad Al-Osaimi. Kawanan unta itu pula adalah milik seorang lelaki, Ayedh Al-Massoud. Rakaman video itu pertama kali dikongsi oleh anak lelaki Ayedh, Abd El-El Massoud.
“Saya melihat unta-unta terkandas dan terperangkap akibat hujan lebat dan banjir di rantau Tamir,” Fahad memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya.
Klip video itu yang tersebar meluas di media sosial dan turut disiarkan dalam saluran berita tempatan, mendapat pujian ramai penonton. – Agensi

Sekat Aktiviti Edar Bible: Mufti Pahang

Abdul Rahman Osman


KUANTAN – Aktiviti mengedarkan bible dalam bahasa Melayu perlu disekat agar tidak berleluasa dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, aktiviti tersebut meskipun dilakukan secara kecil-kecilan namun jika tidak dibendung akan menggugat perpaduan kaum.
Menurutnya, jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan negara bahawa agama Islam adalah agama rasmi dan Persekutuan, maka tidak ada kompromi terhadap agama lain untuk disebarkan dan diedarkan secara terbuka dan umum.

“Apatah lagi jika ia dilakukan terhadap umat Islam. Perpecahan kaum bermula dari perkara yang kecil.
"Inilah yang berlaku apabila suara yang kecil tidak dikawal. Akhirnya apabila kita nak menyebarkan Islam itu, kita pula yang salah.
“Saya beri contoh, perkara kecil berkenaan pelekat kenderaan. Orang Islam boleh letak pelekat tulisan 
“Islam agama syumul” tapi orang bukan Islam tak boleh meletakkan sedemikian yang berkaitan dengan agama mereka. Jika ada, mereka patut ditangkap dan boleh didakwa.
“Tapi oleh sebab tidak ditangkap dan didakwa, maka tidak ada pengajaran. Mereka tidak tahu bahawa perbuatan penyebaran agama lain itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Hari ini apabila kita sebut soal agama Islam itu, seolah-olah kita pula yang bersalah. Hal ini seolah-olah menafikan undang-undang dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di bangunan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) Pekan, di sini, semalam.
Sebelum ini tular dilaman sosial mengenai tindakan beberapa individu yang dikesan mengedar kitab bible di hadapan sebuah sekolah di Bukit Mertajam.
Aktiviti pengedaran kitab itu dilaporkan berlaku pada 2 November di antara jam 12.10 hingga 12.30 tengah hari semasa tamat sesi persekolahan.
Difahamkan lebih 200 buku kitab 'New Testament' telah diedarkan kepada hampir 200 orang pelajar termasuk yang beragama Islam di sekolah berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sesiapa yang menghuraikan kepada orang ramai apa-apa ajaran atau menjalankan apa-apa perbuatan berkaitan, yang berlawanan dengan hukum syarak adalah melakukan satu kesalahan.
Menurutnya, apabila sabit akan kesalahan itu boleh dihukum dengan penjara tidak lebih daripada dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan.

“Kita sudah ada peraturan. Jika kita mencadangkan supaya diambil tindakan, maka kerajaan kena ambil tindakan.
"Kenapa kita segan silu dan nak bertolak ansur dalam perkara sebegini. Apabila Perlembagaan menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, ertinya orang Islam ada lesen untuk menyebarkan Islam.
“Orang Islam tidak paksa orang bukan Islam masuk Islam. Soal mereka nak masuk atau tidak itu pilihan mereka," katanya.

Jelasnya lagi, kita menerangkan bahawa Islam itu adalah agama Persekutuan yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

" Itu tidak salah. Di sekolah atau di mana pun orang tak boleh persoalkan. Itu adalah hak agama Islam, kerana ia adalah agama Persekutuan.
"Kita mahu masyarakat bukan Islam faham akan Islam dan mereka tidak boleh pertikaikan,” tegasnya. (SH)

Dr. M Pertahan Waytha Moorthy



KUALA LUMPUR 22 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu.
Malah Perdana Menteri ber­kata, rakyat sebaliknya perlu memberi peluang kepada beliau dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.
“Bagi dia peluang. Kita semua ada latar belakang. Tak kan sebab dulu saya UMNO saya tidak boleh masuk Pakatan Harapan? Masa itu dia (Waytha Moorthy) amat kecewa dan buat kenyataan dengan cuba tunjuk pada orang asing bahawa Malaysia tiada keadilan.
“Dia kini tidak pegang apa lagi yang dikatakan dahulu. Dulu pun orang panggil saya maha­zalim, tapi kini mahazalim jadi pe­mimpin,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini.
Beliau mengulas video Waytha Moorthy yang tular dan mendakwa kononnya Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia termasuk mendiskriminasikan kaum India dalam pelbagai perkara termasuk hak beragama.
Dalam pada itu Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, petisyen yang menggesa Waytha Moorty meletak jawatan bukan satu keperluan dan arahan daripada beliau.
“Rakyat boleh buat petisyen, tetapi petisyen bukan penentu arahan untuk sesiapa meletak jawatan,” ujarnya. (Utusan)

Thursday, November 22, 2018

ICERD Agenda Freemason. Lobangi Dinding Beri Laluan Aedes. -A.Hadi.


SHAH ALAM – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara, demikian kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Presiden PAS itu berkata, mengiktiraf ICERD ibarat ‘menebuk lubang dinding rumah bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut’.
“Ini bukan sekadar menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara. Anggaplah mereka daripada kalangan yang membawa dan memperjuangkannya adalah petualang yang wajib disanggah dan ditentang.
“Akhirnya, ICERD adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara,”katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.
Ahli Parlimen Marang itu bertegas, ketetapan agama Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan tidak tersasul seperti teori Barat yang dibanggakan pengikutnya sehingga memelihara hak asasi binatang dengan melupakan hak asasi manusia.
Menurutnya, peruntukan dalam Perlembagaan sudah memenuhi keperluan masyarakat majmuk di Malaysia yang ternyata lebih baik berbanding daripada ICERD.
“Kita sudah merasai betapa keamanan telah wujud di negara ini tanpa peduli terhadap perakus yang sentiasa mahu memuaskan hawa nafsunya sahaja sehingga mengganas dengan sifat fanatik yang melampau.
“Apa yang berlaku adanya kelemahan dalam aspek pelaksanaan boleh diselesaikan dengan cara kita tersendiri, tidak memerlukan kita mengubah perkara dasar.
“Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan dan hak beragama lain telah menjadi kontrak sosial yang sudah mencukupi mengikut nalurinya,” katanya.
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Justeru kata Hadi, Malaysia tidak usah terikut-ikut atau terpengaruh dengan Barat yang sudah meninggalkan agama dan etika kemanusiaan yang sebenarnya.
“Maka umat Islam, umat yang beragama, kaum Bumiputera dan semua bangsa hendaklah bersatu menentang agenda ICERD, kerana konsepnya yang sebenar tidak beragama dan berkemanusiaan. 
“Jangan terpengaruh dengan Barat yang sudah meninggalkan agama dan etika kemanusiaan yang sebenarnya,” katanya lagi. -SuaraTv 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa itu Freemason?

Lambang Freemason

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat).
Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu "Supreme Being".
Asas, unit organisasi tempatan Freemasonry adalah Lodge. The Lodges biasanya diselia dan dikawal di peringkat serantau (biasanya serentak dengan sama ada negeri, wilayah, atau sempadan negara) oleh Grand Lodge atau Grand Orient. 
Tiada antarabangsa, di seluruh dunia Lodge Grand yang menyelia semua Freemasonry; setiap Grand Lodge adalah bebas, dan mereka tidak semestinya mengenali antara satu sama lain sebagai sah.
Freemason Moden meluas terdiri daripada dua kumpulan pengiktirafan utama. Freemason Biasa menegaskan bahawa jumlah kitab terbuka di rumah persinggahan bekerja, bahawa setiap ahli yang menganut kepercayaan Dewa, bahawa tidak ada wanita dimasukkan ke wad, dan perbincangan mengenai agama dan politik adalah dilarang. sekarang Freemason Benua adalah istilah umum untuk bidang kuasa "liberal" yang telah membuang beberapa, atau semua, sekatan ini.


Lihat sebelum ini..

Hujan Ais Sebesar Kerikil, Sebentar Tadi Di Jakarta..

Hasil carian imej untuk Hujan Es Sebesar Kerikil Terjadi di Semanggi jakarta
Jakarta - Hujan lebat di Jakarta, terutama di kawasan Simpang Susun Semanggi. Hujan dirasakan pada petang ini sebentar tadi apabila hampir semua Jakarta hujan lebat.
Hasil carian imej untuk Hujan Es Sebesar Kerikil Terjadi di Semanggi jakarta
Hasil carian imej untuk Hujan Es Sebesar Kerikil Terjadi di Semanggi jakarta
Hasil carian imej untuk Hujan Es Sebesar Kerikil Terjadi di Semanggi jakarta

"Saya berjalan dari round about HI ke Istana Negara. Apabila saya tiba di Simpang Susan, saya mula merasakan hujan ais," kata wartawan TV CNN Indonesia Teddy, ketika dihubungi.

Pada mulanya, Teddy merekodkan hujan semasa mendengar muzik. Tetapi hujan ais yang jatuh ke atas dan dalam badan kereta membuatkannya sedar.

"Kemudian saya menyedari lagi hujan batu," kata Teddy.

Dari video Teddy yang dihantar, kelihatan ais turun dari langit setinggi kerikil, memantul apabila jatuh pada badan kereta itu.

Dia merasakan hujan es hanya sekitar itu, apabila kereta melewati Hotel Sahid, dia tidak lagi merasakan hujan ais itu.

Teddy berkata keadaan lalu lintas sangat dipantau. Kenderaan itu memandu tidak lebih daripada 20 km / jam. (IH Jakarta)

Wanita Digalak Bersukan, Jaga Syariat. Bukan Macam PH.


Ghazali menyampaikan pesanan kepada peserta Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi sebelum bermulanya pertandingan. 

SUKAN
DUNGUN, 21 November- Bersukan amat digalakkan dalam Islam, bahkan ianya juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Aktiviti sihat itu bukan semata-mata dikhususkan untuk lelaki, ianya juga untuk wanita, namun perlu mengikut garis panduan Islam agar terjaga syariat.

Pegawai Penyaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri juga tidak menghalang wanita melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan bagi menjadikan diri sihat dan memupuk gaya hidup sihat.


"Malah amat digalakkan wanita bersukan. Apa yang perlu dijaga adalah etika pemakaian mengikut syariat serta aktiviti itu juga perlu ada batasan iaitu diadakan di tempat yang khusus, jauh dari pandangan lelaki kerana perlu menjaga aurat dan pergaulan antara lelaki dan wanita.

"Sebagaimana kejohanan bola jaring yang diadakan ini dengan memilih tempat yang kita rasa selamat dan terjamin, jauh dari pandangan awam yang boleh menimbulkan fitnah dan aib sesama kita," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada upacara penyampaian hadiah Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTS) diadakan di sini, semalam.


Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Besi Cawangan Perumahan muncul sebagai juara dalam kejohanan julung kali itu.

Dalam pada itu, Ghazali juga berharap, pertandingan yang sihat seumpama itu akan terus dianjurkan supaya bukan sahaja menjadikan fizikal dan emosi peserta sihat, malahdapat  merapatkan ukhuwah antara wanita di DUN Bukit Besi.

"Di samping itu, peserta juga dapat menguruskan emosi agar tidak tertekan dengan rutin harian yang menumpukan pada kerja semata-mata. Otak akan penat jika bekerja sahaja dan perlunya pada aktiviti beriadah dan bersukan," jelasnya. (Teganukita)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Pusat PH kena belajar bersukan ikut cara Islam daripada kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan. Insya Allah, lepas PRU 15 akan datang seluruh rakyat Malaysia akan dapat menikmati bersukan cara Islam dan berakhlak tamadun sesuai dengan semua agama. Sama-sama kita doakan!

Kerana.. PH sudah tak boleh diharapkan lagi untuk menjadikan aktiviti sukan di Malaysia susuai dengan kehendak Islam agama bagi Persekutuan dan ketamadunan manusia sejagat. Allahu Akbar!

Merawat Palu Yang Pilu. Dermalah!


Catatan Perjalanan Gempa Siri 12.
Merawat Palu Yang Pilu. Dermalah!


KL M'sia: Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna) sedang berkira-kira selain daripada program Palu Healing melalui psychological first aid yang akan dijalankan.
Setiausahanya, Dr Khatijah Musa berkata, sumbangan yang diterima setakat ini akan digunakan sepenuhnya untuk pembangunan semula Palu yang ranap.
Katanya, mengikut perancangan yang telah dibuat oleh Haji Jamuliddin, wakil tunggal Yayasan Amal yang sudah berada di lokasi, beberapa program sedang berjalan iaitu projek batu blok untuk membina masjid baharu, projek mesin jahit untuk membuat telekung solat dan projek bekalan makanan.
Menurutnya, kos membina setiap masjid antara RM8,000 hingga RM15,000.
Katanya, jika asas bangunan sahaja RM8,000, tetapi kos meningkat dengan penambahan paip air, elektrik dan perabot yang perlu.
“Sasaran masjid yang dalam perancangan adalah 150 buah. Insya-Allah ramai dermawan akan hulurkan nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Bagi projek jahit, ujarnya mesin jahit akan dibeli dan diberikan latihan teknikal untuk menjahit, sekurang-kurangnya memberi peluang kemahiran kehidupan kepada mereka.
Tambahnya, telekung solat itu akan diberi percuma kepada semua mangsa muslimat.
“Mereka masih memerlukan makanan untuk terus hidup dalam suasana yang tidak menentu,” ujarnya lagi.
Justeru, kata beliau pasukan yang telah dibentuk bersama relawan dan penduduk kampung akan memasak untuk diagihkan kepada semua mangsa tsunami.
Projek itu, ujarnya memerlukan komitmen dan sumbangan yang berterusan sehinggalah semua mangsa mampu berdikari.
“Semoga kehadiran saya dan rombongan pada 22 November (hari ini) akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada seluruh umat,” katanya.
Beliau berkata, mangsa gampa bumi Palu akan terus disirami rahmat rezeki dari Malaysia, manakala sang penderma pula akan terus dibuka Allah akan pintu rezeki kehidupan.
Katanya, sumbangan untuk Palu terus dibuka menerusi akaun Maybank Islamic: 563037065007 Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna) dan tarikh tutup pada 27 November ini.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi menerusi talian 019-9222057. – HARAKAHDAILY 22/11/2018
Sila lihat..
Ikuti seterusnya..
E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015
E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails