By Megat Ali Megat Alang.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
1..Thursday, February 12, 2009 Sejarah Pang5 Bukit Gantang… Tolak BN?
Kini Pilihan raya kecil Bukit Gantang Perak dihiasi kartun-kartun kempen.. Seperti di catat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM yang diposkan oleh MUSLIMEEN.
Lanjutnya, sila lihat http://www.ibnuhasyim.com/ :
1..Thursday, February 12, 2009 Sejarah Pang5 Bukit Gantang… Tolak BN?
Kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama "Allah"dan "Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem"
Ibnu Hasyim Catatan Santai
SESEORANG menghantar e-mail kepada saya tadi Mac 14, mungkin memberi komen mengenai tulisan saya .. 1..Monday, March 2, 2009 Tunjukkan Nas & Dalil, Bukan Islam Tidak Boleh Guna Nama Allah.. Ibnu Hasyim. 2..Saturday, March 14, 2009 Agnes Monica: Sebab Allah Yesusku Mengerti, Bukan Itu Saja.
Tulisannya berbunyi…
[ Assalaamu'alaikum ... Nama saya Abu Hasan Chan sudah lebih 30 tahun memeluk and mengkaji darihal Islam dan perbandingan ugama. Baru-baru ini timbul satu isu berkenaan penggunaan nama "Allah" oleh pihak bukan berugama Islam. Saya ada sedikit komen di sini. Jika ada apa reaksi terhadap komen saya ini sila hantar emel kepada saya di < abchan09@streamyx.com >. Antara perkara yang saya hendak sebut ialah penglibatan saya dalam debat antarabangsa di internet dengan orang-orang bukan Islam. Salah satu tajuknya ialah asal-usul nama "Allah".
Ada orang bukan Islam secara yang jahil mendakwa bahawa nama "Allah" hanya khusus bagi ugama Islam dan itu kata mereka adalah nama bagi tuhan palsu kerana mereka percaya Islam adalah ugama palsu. Bagi setengah orang bukan Islam yang lain yang lebih arif yang pernah mengkaji perbandingan ugama-ugama mengatakan bahawa nama "Allah" sudah lama dipakai oleh ugama Yahudi , Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad. Jadi nama "Allah" adalah nama generic (lumrah) bagi bahasa-bahasa Semitic (Ibrani, Aramaic dan Arab). Sebab itulah nama "Allah" terdapat dalam kitab-kitab suci mereka seperti Bibel (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru).
Saya hendak sebut 3 hujjah daripada Al-Qur'an :
1)..Apabila penganut ugama lain ada menyebut nama "Allah" sebagai memulia nama Tuhan Semesta Alam dan Yang Maha Pencipta, kita hendaklah berkata "Alhamdullilah". Sila ulang baca maksud ayat:
Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad) "Alhamdullilah". (Sebagai bersyukur di sebabkan pengakuan mereka yang demikian-tidak menginkari Allah). Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [ Surah Luqman 31 : 25 ]
2)..Ugama lain ada menyebut nama "Allah" sebagai memuliakan nama itu sendiri. Cuma saya nak sebut satu perkara yang menarik tentang adanya orang Yahudi di Zaman Nabi Muhammad yang menyebut nama "Allah" sebagai mempersenda ummat Islam. Bunyinya begini ....Inn _Allah faqeer(un) wa naHnu aghniya' [Ali Imran 3:181] = yang bermaksud " orang Yahudi berkata -Allah- itu miskin dan kami (orang Yahudi) adalah kaya. Asal usul ucapan orang Yahudi begitu rupa sebagai bentuk senda-gurau mempersenda orang Islam yang mencari derma jihad seolah-olah Tuhan orang Islam tidak ada wang untuk membantu ummat Islam. Sebenarnya dalam ugama Yahudi sendiri nama Tuhan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau ...ugama mereka sendiri menganggap menyebut Tuhan atau Allah sebagai satu gurauan itu adalah KUFUR namanya.
3)..Orang Arab Kristian sudah lama menyebut nama Allah dalam kitab suci mereka. Jika kita berkata kepada orang Arab Kristian bahawa nama Allah hanya khusus bagi ugama Islam , mereka akan fikir orang Melayu adalah jahil dalam bahasa Arab. Kalau mengikut kehendak orang Melayu bahawa orang Kristian tidak boleh menyebut nama Allah , tentulah mereka akan merasa hairan kenapa nama Allah ditulis dalam kitab suci (Bibel) mereka sejak zaman berzaman dan ulama-ulama Islam di tanah-tanah Arab sendiri tidak membantah. Sila lihat penggunaan nama Allah dalam kitab suci mereka di laman web :
http://www.arabicbible.com/
http://www.arabicbible.com/
Perhatikan kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama "Allah" dan "Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem"
Jika orang Kristian menyebut nama Allah , itu adalah satu penyataan sebagai kebenaran yang di sebut dalam Al-Qur'an sendiri. Sila baca: laqad kafara _l-lazeena qaaluu inn _Allaha thaalithu thalathah ....= yang bermaksud , "telah kufur orang-orang (Kristian) yang kata Allah ialah yang ketiga dari yang TIGA" [Al-Maidah 5:73]
Jika kita faham ayat Al-Qur'an tersebut , ia menyatakan kepercayaan orang-orang Kristian bahawa sebutan nama "Allah" sebagai salah satu oknum dalam akidah Tri-Tunggal atau Triniti mereka. Ya, mereka menyebut "Allah" secara fahaman kufur mereka. Jika orang Melayu melarang orang Kristian menyebut nama "Allah" maka secara tidak langsung , orang Melayu bercanggah dengan ayat Al-Qur'an, seolah-olah mengheret diri mereka menjadi kufur kerana tidak faham Al-Qur'an? Berhati-hatilah jika kita melarang orang Kristian menyebut nama "Allah".
Bagi pihak Kristian pula jika mereka berkata nama Allah hanya bagi Islam, maka dengan secara tidak langsung mereka berkata ayat Al-Maidah 5:73 adalah bohong dan fitnah terhadap ugama Kristian . Ya...adakah Al-Qur'an itu berbohong terhadap kepercayaan Kristian? Silalah fikir baik-baik. Al-Qur'an menegaskan bahawa orang Kristian ada menyebut nama "Allah" ..adakah itu benar atau tidak?
Pernah timbul di Indonesia yang mana orang-orang Kristian Indonesia mencadangkan nama "Allah" tidak dipakai dalam kitab suci mereka "Al-Kitab". Nama "Allah" hendaklah digantikan dengan sebut "Elohim". Pihak ulama Kristian tidak dapat berbuat demikian kerana sebutan Allah adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan sebutan Elohim, Ini kerana sebutan Elohim memberi erti berlainan dalam bahasa Ibrani. Elohim memberi makna kebesaran Ilahi bagi ugama Yahudi bukannya memberi erti "jamak" (plural). Sedangkan pihak Kristian mengambil kira erti Elohim dalam ertikata fahaman akidah Triniti mereka , iaitu berbilang keTuhanan (Bapa, Anak dan Ruh Qudus). Maka pihak Kristian mengekalkan penggunaan nama "Allah" untuk mengelak kekeliruan dari segi etimologi (asal usul perkataan dalam penggunaan bahasa).
Sekian dulu. Yang benar, Abu Hasan Chan. <> ]
Terima kasih atas komen anda. Mungkin kerana dalam tulisan 1 seperti judul di atas, saya tidak bersetuju dengan pandangan di mana orang ‘bukan Islam tidak boleh guna nama Allah’. Kata saya, ‘Begitulah corak pemikiran peneraju-peneraju pemerintah negara ini yang tidak mahu memikirkan kepentingan dakwah dan pandangan orang bukan Islam di negara sendiri’. Ertinya saya tidak bersetju dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta. Jadi, saya bersetuju orang bukan Islam boleh guna perkataan tersebut!
Tetapi dalam tulisan 2 seperti tajuk di atas, saya seolah-olah bersetuju pula dengan perlaksanaan tersebut, apabila menyokong MAIS yang mahu lagu Agnes Monica diharamkan kerana liriknya menyebut ‘...sebab Allah Yesusku mengerti.’. Ertinya bersetju pula dengan tindakan MAIS melarang penggunaan kalimat Allah tersebut di kalangaan orang bukan Islam. Dan komen saya di situ ‘Setuju haramkan, tapi lihat juga aspek lain yang lebih besar lagi.. moral, kebudayaan dan dakwah!’
Pandangan saya:
1..Kita terpaksa bersetuju kerana undang-undang itu telah dilulus dan dilaksanakan. Apalagi bila bila ada pendapat ulama-ulama yang menyokong dan menentang dengan nas masing-masing. Kita hormati pendapat mereka, walau pun tidak sama dengan kita.
2.. Dalam kes Agnes Monika, saya setuju haramkan lagu itu, tapi kena lihat juga aspek-aspek lain yang lebih besar lagi, seperti moral, kebudayaan dan dakwah. Budaya keruntuhan moral dalam bidang maksiat hiburan pada artis-artis, memang semua ulama tidak bersetuju, walaupun ulama-ulama dalam kerajaan tidak mampu mencegahnya. Mengapa yang ini tidak diharamkan? Sepatutnya disegandingkan.
3..Sebenarnya, hal ini berlaku kerana kuasa politik lebih tinggi dari kuasa mereka, disebabkan parti mereka bukan parti yang berdasarkan agama. Agama hanya tempelan sahaja. Lihat sahaja seorang Mufti pernah dipecat kerana melaksanakan peraturan mengenai ratu cantik. Begitu juga masalah murtad dan lain-lain. Kalau kerajaan ini kerajaan berwibawa dan mempunyai jentera yang kuat dalam menjelaskan kekeliruan mengenai Islam, maka membenarkan penggunaan perkataan Allah di kalangan bukan Islam amat baik.
Kerana perlaksanaan ini membuka kepada polimik dan memberi ruang dakwah yang lebar untuk penjelasan konsep tauhid dalam Islam. Dan dakwah Islam bukan lagi di peringkat yang sempit kenegaraan, bahkan melangkaui batas sempadan, dengan kecanggihan teknologi masa kini. Pelek.. dalam menerangkan Islam, kerajaan Malaysia masih membina tembuk dari tempurung sempit. Tidak fikirkah mereka dunia sekarang adalah gelas yang telus pandangan. Mengapa masih bersifat katak bawah tempurung? Sampai bilakah dapat bertahan dalam keadaan seperti ini?
4..Sebagai penyelesaiannya, kita kena gunakan kuasa yang ada pada kita, untuk memilih dan menyokong parti yang memperjuangkan kerajaan Islam, dan komponannya. Terus terang saya katakana, dalam pilihan raya kecil (2 Bukit… 1 Batang…) ini, undilah PAS dan komponannya! Kepada Abu Hasan Chan, saya ucapkan selamat berjihad dan terus berjuang!
Sekian catatan santai kali ini... Wallahu aklam.
ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 14, 2009. KL.
DIBERITAKAN ‘MAIS mahu lagu Agnes Monica diharamkan’… Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul ‘Allah Peduli’ kerana liriknya antara lain menyebut ‘...sebab Allah Yesusku mengerti.’ Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.
‘Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica. Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu. "Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta
tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.
Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat. "Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya. BERNAMA
Secebis ringkas biodatanya: Agnes Monica Muljoto. Perempuan. Agama Kristian. Kelahiran Jakarta, 01 Julai 1986. Agnes sukses menyabet penghargaan bergengsi seperti 'Most Favorite Female' MTV 2006 dan "Artis Solo Wanita Terbaik" dan "Penyanyi Rhythm & Blues Terbaik" AMI Award 2006. Sebanyak lima penghargaan disabet Agnes sepanjang tahun 2006, dan membuatnya terpilih sebagai 'Aktris Terpopuler 2006'. Artis yang sempat digosipkan dengan Bams Samson dan penyanyi Afgan.
Ada juga yang memberi komen, (Gambar) Agnes Monica (Jelita) seksi berseluar dalam lagi March 4, 2009 by Gadis Lonely? “Apa nak jadi dengan artis indonesia yang sorang ni. Pernah sekali punya best beraksi atas pentas, sampai nampak *ehem ehem* nya dan kini macam sengaja pulak nak tunjuk. Nasib ada seluar dalam yang macam kebudak-budakkan tu. Ni anak saudara Gadis je yang pakai time nak tidur.”
Komen Ibnu Hasyim.com: Tv di Malaysia pun terlibat mempromosinya. Setuju haramkan, tapi lihat juga aspek lain yang lebih besar lagi.. moral, kebudayaan dan dakwah! (AK)
Lihat gambar burung berkahwin ini… Sambil menengadahkan lehernya yang jenjang, seekor Egretta intermedia betina menggoyang-goyangkan badannya hingga bulu-bulu tubuhnya berdiri, terangkat sampai bulu halus berterbangan. Pasangannya menghampiri, kemudian mengambil tempat di hadapan. Berbuat begitus, saling berhadapan sejajar dalam dahan bakau. Paruhnya saling mencocok, sayapnya terkembang ke atas, dan bulu ekornya berdiri, menekuk ke depan. Hasilnya pasangan ini menampakkan satu gaya simetris membentuk lambang ‘love’terbalik. Selang beberapa detik kemudian, si jantan berpindah tempat, berada di punggung pasangannya, mematok kepala si betina yang sudah menyerah.. dan sperm pun memasuki tubuh betina. Ritual perkahwinan pun selesai.. [Teks dan Foto oleh Bernard T. Wahyu Wiryanta (The Wildlife Photographers Community)]Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di Pulau Rumput Jakarta Utara
SAYA yang bertengger di pohon bakau, di ketinggian 6 meter, dan berjarak 30 meter dari ritual tadi, hanya mendapati sang jantan yang terbang, meninggalkan pasangannya. Selesai sudah ritual perkahwinan sepasang kuntul kerbau tadi ketika lensa 200-400 mm sudah terpasang di Nikon D1x. Tarian dalam ritual perkawinan yang saya tunggu sejak pagi tadi, terlewat, kerana saya terfana melihat kecantikan koreografi yang mereka ciptakan dengan sebuah insting, naluri, yang sudah berjalan selama ribuan tahun.
Sementara itu, di rawa di bawah saya, seekor ‘Anhinga melanogaster’ menyelam. Tidak lebih dari 30 detik kemudian lehernya menyembul keatas, kira-kira 5 meter dari tempatnya menyelam tadi, dan melemparkan seekor ikan ke udara. Ketika ikan tadi kemudian mencapai titik tertinggi dan mulai tertarik gravitasi, paruh Anhinga ini terbuka, menangkap ikan tangkapannya. Dan lehernya meneruskannya sampai ke temboloknya yang sudah penuh. Di pohon lainnya, di sebelah kanan saya, seekor induk burung kuntul putih, menyuapi anaknya dengan ikan. Kerana kelaparan, yang seharusnya paruh anaknya masuk dan mengambil makanan kedalam paruh induknya, malahan mencaplok paruh induknya.
Di daratan lembab di belakang saya, seekor anak burung ‘Butorides striatus’ yang baru belajar terbang dan terjatuh, sedang berteriak meronta ketika separo badannya, yang masih jarang ditumbuhi bulu, dililit oleh seekor ‘Boiga dendrophila’. Suara anak burung ini sejurus kemudian hilang, kerana tertutup riuhnya suara rombongan ‘Phalacrocorax sulcirostris’ yang baru pulang menyelam, mencari ikan untuk anak-anaknya. ‘Phalacrocorak’ atau pecuk padi adalah burung penyelam yang handal.
Koreografi ritual perkawinan, aktivitas perburuan ikan, rutinitas menyuapi anak, dan proses survival dari predator di sekeliling saya ini, merupakan aktivitas harian di Suaka Margasatwa Pulau Rambut. Dengan hampir 50% terdiri dari pohon bakau, hutan di Pulau Rambut ini menjadi tempat yang aman bagi beberapa spesies burung. Kebanyakan adalah burung air, dengan sedkit burung kicau. Masing-masing pohon, berisi lebih dari 25 sarang, yang hampir semuanya ditempati oleh keluarga aves. Pohon yang lebih besar bahkan ada yang berisi lebih dari 100 sarang. Jarang ada sarang ‘yang nganggur’ disini. Pada bulan-bulan November sampai Mac, maka sarang-sarang ini akan penuh dengan anak burung yang baru menetas. Kebanyakan spesies kowak malam, kuntul, dan bebek (itek) air.
Pulau yang berstatus sebagai Suaka Margasatwa, dan dikelola oleh Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) DKI ini sejak awal memang tidak pernah menjadi tempat tinggal manusia. Perburuan haiwan dan penebangan pohon pun dilarang. Hingga tempat ini menjadi aman buat puluhan spesies burung tinggal dan berkembang biak. Juga puluhan biawak dan ular pyton serta cincin emas. Maka tidak hairan jika tempat ini mendapat julukan ‘The Last Paradise of Birds’, atau syurga terakhir bangsa burung. Namun buat spesies lain, ular dan biawak, sebagai predator, pulau ini juga menjadi ‘padang perburuan abadi’ dengan mangsa yang berlimpah ruah.
Pulau Rambut merupakan salah satu dari gugusan Kepulauan Seribu, dan secara administratif masuk dalam wilayah Jakarta Utara. Pulau yang berseberangan dengan pulau wisata, Pulau Untung Jawa ini relatif mudah ditempuh dari Jakarta. Dari Tanjung Pasir, Tangerang, dengan menumpang perahu, kita hanya akan diombang-ambingkan ombak selama kurang lebih 15 menit saja sebelum sampai di dermaga syurga ini. Sedangkan dari Ancol atau Muara Angke, paling-paling hanya 30 minit waktu tempuhnya. Namun kerana syurga ini merupakan daerah konservasi, kita tidak boleh asal nyelonong saja. Jika akan melewati pasukan penjaga pintu syurga, para jagawana, kita harus sudah mengantongi surat izin masuk kawasan konservasi.
Surat sakti ini dikeluarkan oleh BKSDA DKI, yang markasnya ada di Jl. Salemba, Jakarta. Ketika pertama kali menginjak dermaga di syurga ini, jangan harap akan disuguhi pemandangan seperti yang diceritakan kitab suci. Alih-alih peri cantik yang harum dan buah-buahan yang ranum bergelantungan, bau kotoran burung menyengat hidung yang akan menyambut kita. Juga serangan bom kotoran burung dari penghuni yang jumlahnya ribuan beterbangan di atas. Kadang selain mengebom dengan kotorannya, mereka juga sering menjatuhkan ikan yang sudah dicerna di temboloknya. Yang sering usil begini biasanya ‘Phalacrocorax sulcirostris’ dan ‘Butorides striatus’. Jadi memakai topi, apalagi topi rimba, wajib hukumnya kalau tidak mau dihukum oleh pasukan burung.
Beberapa penghuni syurga yang tercatat adalah kepodang (Oriolus chinensis), dara laut (Steanidai), bluwok/walangkadak (Ibis cinercus), cangak abu (Ardea cinerea), cangak merah (Ardea purpurea), raja udang (Alcedinidae), kowak malam (Butorides striatus), kowak merah (Nyeticorax saledonicus), alap alap putih/tikus (Elanus hypoleucus), culik culik (Edynamis scolopacea), kalong (Pteropus), elang bondol (Heliastur indus), gagak (Corvus), bangau tong tong atau merabu (Leptoptilos javanicus) kucing hutan, srigunting, biawak, pelung mandar, pecuk padi (Phalacrocorax sulcirostris), pecuk ular (Anhinga melanogaster), blekek, blekek kembang, mliwis kembang, roko roko (Plegadis falcinellus), mliwis, kuntul bangau putih, ibis putih, pelatuk besi, bebek laut, ular phyton (Python reticulatus), dan ular cincin emas (Boiga dendrophila).
Di Pulau konservasi ini, terdapat trek untuk berkeliling pulau. Di bahagian tengah pulau, di perbatasan hutan tanaman darat dan hutan bakau terdapat menara yang bisa dipakai sebagai gardu pandang, dan menjangkau pemandangan seluruh pulau. Bahkan Pulau Untung Jawa di seberang pun juga terlihat dari ketinggian ini. Ribuan penghuni syurga yang berlalu-lalang pun juga bisa dipantau dari menara berkonstruksi besi ini. Jika mau petualangan lain, kita bisa berjalan kaki mengelilingi pulau. Sebahagian pantainya yang berpasir memang enak untuk berjalan-jalan. Namun di pantai bagian utara pulau, pantainya berupa hutan bakau, jadi harus ekstra hati-hati ketika berada di pantura Pulau Rambut.
Pasalnya, banyak sampah yang nyangkut di akar udara pohon bakau, beling, kayu, dan sampah lain bisa menghambat petualangan. Jika memutuskan menginap, dengan izin terlebih dahulu tentunya, kita bisa menginap di mess yang ada di pulau ini. Hanya saja harus membawa bekal makanan dan air tawar sendiri. Sebab disini sangat miskin air tawar. Namun untuk lauk pauk jangan kuatir, kita bisa memancing atau menjebak ikan di pantai Pulau Rambut. Bosan mengamati burung, para pengunjung Pulau Rambut, biasanya akan dibantu oleh salah satu penjaga Pulau peraih Kalpataru untuk menanam bakau di sekitar firdausnya bangsa aves ini.
Sebab jika bakau habis, tanpa penanaman kembali, dengan semakin meningkatnya pemanasan global, maka syurga ini bisa tenggelam oleh air laut, seperti di zaman Nabi Nuh.
Oleh
Bernard T. Wahyu Wiryanta
Indonesia.
Disalin dan diedit semula oleh Ibnu Hasyim.


DAP sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat berhubung aspek ekonomi, tetapi tidak dalam aspek kerajaan campuran, buat masa ini. Demikian kenyataan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng di pejabatnya di Pulau Pinang seperti yang disiarkan dalam Mstar Online hari ini.
“Dalam aspek kerajaan campuran, saya rasa bagi DAP tiada (kerjasama) tetapi untuk bekerjasama dengan BN bagi memulihkan dan menyelamatkan ekonomi, kita sedia bekerjasama," katanya.
Lim Guan Eng juga mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memberi penjelasan kepada majlis kepimpinan tertinggi pakatan DAP-PAS-PKR berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran di negara ini. Lim berkata perkara itu memerlukan penjelasan yang lebih terperinci bagi memastikan maksud sebenar berhubung kenyataan yang dibuat Abdul Hadi itu.
"Kita tidak tahu apa yang beliau (Abdul Hadi) maksudkan, jadi lebih baik kita dapat secara langsung daripada beliau kerana kalau hanya bergantung dengan apa yang dilaporkan (media) mungkin tidak begitu tepat," katanya kepada pemberita.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini, yang mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang membentuk sebuah kerajaan campuran. (AK)
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di Papua
PERMUKIMAN Suku Walesi, boleh dilalui dari Wamena, ibukota Kabupaten Jayawijaya, dengan kendaraan four whell drive selama 30 ke 40 minit. Di perkampungan ini, walaupun Pemerintah sudah membuatkan ‘rumah sehat’, namun penduduknya tetap lebih suka tinggal di ‘honai’ mereka, rumah adat asli penduduk Papua. Di tengah-tengah perkampungan ini berdiri pos TNI (Tentera Nasional Indonesia), sebuah Masjid, dan Pesantren yang didirikan oleh Yayasan Pengembangan Muslim Walesi.
Ketua kampung atau kepala sukunya, Haji Aipon Aso, seorang Muslim, dan sudah pernah menginjakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, untuk melaksanakan Rukun Islam ke lima. Hingga dikatakan Kepala Suku yang telah berpoligami dengan 23 wanita ini (informasi ini saya dapat dari porter saya, tidak tahu samada boleh dipertanggungjawabkan atau tidak) akrab disapa ‘Pak Haji’. Hari ini, seorang pemuda suku Walesi di Wamena, Kab. Jayawijaya, Papua, meninggal kerana sakit.
Walaupun hampir sebagian besar penduduk suku ini adalah Muslim, namun mereka tidak bisa meninggalkan babi dalam makanan mereka. Anggota suku minoritasnya Nasrani, dan sedikit masih animisme.Beberapa kerabat keluarga yang berduka membawa babi sebagai lambang belasungkawa untuk upacara yang disebut ‘bakar batu’. Sebuah ritual tradisional Papua untuk upacara kematian, pernikahan, perdamaian, dan menyambut tamu agung. Acara bakar batu ini, menurut saya tujuannya mirip dengan selamatan atau kenduri di Pulau Jawa.
Walaupun tujuan awalnya untuk mempersembahkan kurban dan sesajen kepada roh atau dewa, namun sekarang disertai dengan doa. Bisa dengan doa cara Islam, Kristian, atau dengan doa agama lain. Namun ada juga yang tetap dengan mengucapkan mentera ghaib purba. Saya tidak lupa ikut mengucapkan belasungkawa dengan membawa bungkusan berisi tembakau, rokok keretek, minyak goreng, garam, gula, kopi, dan ikan asin. Ini merupakan barang mewah di pedalaman. Tidak lupa, ketika mengucapkan belasungkawa saya harus berpeluk erat dan berciuman pipi dengan mereka, sebahagian perempuan bersali tanpa bra.
Saya menyesal membawa oleh-oleh ini, seharusnya saya membawa sabun mandi buat mereka. Di tempat lain, kira-kira berjarak 300 meter dari kumpulan honai ini, belasan wanita, sebahagian masih ber ‘Sali’ tanpa bra, mengumpulkan batu dari sungai kecil dan membakarnya dengan kayu besi sampai membara. Namike Yelipele, seorang penduduk Walesi kemudian mengajak saya ke pinggiran kali untuk menyaksikan tahapan upacara bakar batu. Di pinggiran kali tempat berlangsungnya acara memasak, sudah berkumpul puluhan orang. Sebahagian besar wanita, kerana mereka yang paling berperanan dalam pekerjaan ini, dan beberapa lelaki, sebahagian masih berkoteka.
Nayilog, lelaki yang masih berkoteka, terlihat melinting tembakau, setelah menggali lubang. Selanjutnya lelaki lainnya memasukkan alang-alang. Caranya dengan menghamparkan memanjang pada lubang dan ujungnya berada di luar lubang membantuk semacam keranjang. Setelah itu kemudian diisi dengan batu, dan dilapisi lagi dengan alang-alang. Diatas alang-alang kemudian dimasukkan daging babi yang sudah dipotong-potong, tanpa dikuliti. Kemudian ditutup lagi dengan rerumputan. Diatas rerumputan ini kemudian ditutup lagi dengan batu membara, dan dilapisi lagi dengan rerumputan tebal.
Setelah itu hipere (ubi jalar), disusun diatasnya. Lapisan berikutnya adalah rumput atau alang-alang yang ditimbun lagi dengan batu membara. Kemudian sayuran berupa ‘iprika’ atau daun hipere, tirubug (daun singkong), kopae (daun pepaya), nahampun (labu parang); dan towabug atau hopak (jagung). Belum selesai sampai disini, beberapa wanita yang kemudian saya ketahui adalah isteri Haji Aipon Aso, kepala suku adat Walesi, memasukkan potongan barugum atau buah merah. Selanjutnya lubang ini ditimbun lagi dengan rumput, batu membara, dan atasnya diikat. Selesai sudah, tinggal menunggu matang.
Beberapa kali, sejak acara pembantaian babi sampai proses bakar batu ini saya sibuk membidikkan kamera saya. Agar tidak mencolok, sengaja saya menyembunyikan kamera pro saya. Satu Nikon F5 dengan lensa 24-85 mm dan D1x dengan lensa 200-400 mm. Saya hanya menggunakan pocket digital, Coolplix 5700 yang tidak begitu mengganggu mereka. Sambil menunggu hidangan tradisional ini matang, saya beekeliling untuk merekam landscape perkampungan ini. Hanya sekitar 90 minit saja, ketika kemudian Namike, berteriak, memanggil saya. Sudah matang rupanya.
Ketika saya mendekat, beberapa wanita yang bertugas sebagai koki sedang membongkar rumput penutup lubang bakar batu. Ketika, rumput terbuka, wap pun membumbung tinggi menyebarkan aroma daging babi dan ubi serta sayuran lain. Bahan makanan yang sudah matang sempurna tadi kemudian dikeluarkan satu persatu, dan dihamparkan diatas rerumputan.Namike melemparkan sebongkah ubi besar kepada saya. Masih panas, saya coba nikmati hipere ini. Sangat manis, pulen, dan berserat lembut. Dagingnya pun kering, tidak basah seperti kalau direbus, dan dari rasanya, saya berani bertaruh kadar gulanya lebih tinggi dari ubi cilembu yang terkenal.
Selain saya, pria-pria lain yang sudah lama menunggu, kemudian mulai mendahului menyantap jagung muda dan ubi. Sebagai pembuka. Sementara para koki meneruskan pekerjaannya. Setelah semua komponen bakar batu berhasil dikeluarkan, kemudian salah seorang isteri Haji Aipon Aso mengambil buah merah yang sudah matang. Buah merah tadi kemudian diremas-remas sampai keluar pastanya. Pasta dari buah merah yang lebih mirip saos kental tadi kemudian dituangkan diatas daging babi dan sayuran.
Garam ditaburkan, dan saya lihat seorang perempuan membuka penyedap rasa dan menaburkannya diatas hidangan. Selesai dibumbui, maka semua penduduk pun berkerumun mengelilingi hidangan ini. Pertama kali, Taulog Aso tentunya yang mendapat jatah berupa ubi dan sebongkah daging babi. Selanjutnya semua mendapat jatah yang dibahagikan oleh para wanita. Saya hanya mengambil ubi dan jagung saja, daging babi saya abaikan. Maka penduduk pun mulai menyantap hasil upacara bakar batu. Hipere, nahampun dan hopak sebagai menu pokoknya.
Daging babi tentu saja sebagai lauk, dan iprika, tirubug, dan kopae sebagai salad, dengan siraman pasta barugum sebagai sauce nya. Hanomotok, uenak tenan! Sementara kami menyantap hidangan, keluarga yang berkabung masih menunggu jasad Lazarus yang sudah meninggal. Di Masjid, di dekat pos TNI berkumandang adzan, memanggil penduduk Walesi untuk solat asar. Hanya guru-guru pesantren dan tentara dari Jawa yang mengambil air wudu dan melaksanakan solat. Penduduk Muslim suku ini sedang berpesta daging babi, hasil upacara bakar batu.
Oleh
Bernard T. Wahyu Wiryanta
Apr 30, '08 Indonesia.
Disalin dan diedit semula oleh Ibnu Hasyim.

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 28
BERBAGAI pendapat telah dikemukakan tentang penyertaan PAS dalam parti pemerintah. Ada yang berpandangan kerana desakan darurat selepas peristiwa 13 Mei dan pemerintahan MAGERAN, di mana ‘musuh’ telah menunjukkan kesediaan untuk berdamai, maka Islam juga bersedia menyambut perdamaian. Ada juga yang mengatakan kerana kemenangan PAS dalam PRU 1969 memperoleh 12 kerusi Parlimen menyebabkan UMNO memujuk menyertai kerajaan campuran.
Tidak kurang juga yang menuduh sikap oporcunis pemimpin-pemimpin PAS pada waktu itu, yang mendapati pengaruh mereka semakin hari semakin terhimpit. Kesanggupan PAS mempertahankan kedudukannya sudah menjadi semakin tipis. Walaupun Kelantan telah berjaya mengembangkan sayapnya di peringkat nasional tetapi PERIKATAN telah menggigit pengaruh PAS negeri itu sedikit demi sedikit.
Sifat takut dan malu kalah telah menjangkiti PAS dan daya juang pimpinannya menjadi kian dipersoalkan. Pimpinan PAS terutamanya di Kelantan pada waktu itu telah agak lama berkuasa dan tidak sanggup untuk memikirkan bagi menghadapi keadaan jika kuasa itu hilang daripada mereka. Ada juga yang beranggapan, kemasukan PAS dalam BN adalah satu penyesuaian antara politik Tun Abdul Razak dengan pemimpin PAS yang perjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.
Ini juga bermakna PAS diseret masuk dan cuba menyesuaikan diri dengan UMNO sejak tahun1974, di mana pengaruh baru telah menguasai keadaan. Pengaruh yang menyebabkan lahir kegiatan menyingkir satu persatu pemimpin UMNO lama, hingga timbul istilah ‘order baru’ dan ‘order lama’ dalam UMNO. Dengan terbongkarnya rahsia Abdul Samad Ismail (atau tuduhan komunis 3 Abdul iaitu Abdul Samad Ismail, Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid), nyata sekali projek kerajaan campuran tersebut merupakan projek golongan kiri Melayu yang menyerapi UMNO (sebagai teras PERIKATAN) ke arah sistem ‘satu parti’.
Walaupun begitu mereka tidak berjaya mengheret, apa yang disebut ‘golongan kiri Cina’ seperti DAP untuk menyertainya. Wujudnya BN dikatakan juga sebagai satu percubaan untuk mengurangkan percakaran politik, walaupun ianya bukan jawapan kepada problem Malaysia yang rumit itu. Kerana masing-masing masih assobiah dengan kaum masing-masing dan mengamalkan pragmatik sebagai cara penyelesaian.
Tetapi dalam ucapan dasar Datuk Mohd Asri dalam Muktamar PAS ke 22 ‘Sikap Kita Sekarang’ di Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 4 Ogos 1976, beliau menjelaskan 3 faktor menyebabkan PAS memasuki kerjasama politik dan gabungan dengan PERIKATAN atau BN:
Pertama: Faktor politik yang menentukan survival bangsa Melayu dan Bumiputera sesudah insiden 13 Mei 1969, di samping perpaduan yang mesti diwujudkan dari segai keselamatan negara.
Kedua: Faedah langsung yang akan diperolehi oleh PAS setelah ianya mempunyai kedudukan sebagai parti pendokong kerajaan, termasuk penyertaan ahli-ahli PAS menduduki kerusi legislative eksekutif kerajaan, badan-badan berkanun dan sebagainya yang ada hubungan dengan kerajaan.
Ketiga: Menjadi adeal dalam perjuangan PAS ialah penerapan nilai-nilai Islam melalui kerajaan yang didokongi dalam ertikata bahawa kemasukan PAS dalam BN sekali-kali tidak menghalang PAS memperjuangkan cita-cita Islam dalam politik negara.
Faktor-faktor inilah yang menjadi nilai sejauh mana keteguhan PAS memegang prinsip perjuangan dan konsekuensinya sejak dari mula yang telah dilandaskan atas dasar Islam. Oleh itu adalah menjadi suatu pengalaman politik yang penting bagi sebuah jamaah Islam dengan ‘ijtihad politik’nya untuk menyertai kerajaan yang dikuasai oleh nasionalis sekular. Penyertaan jamaah Islam tidak sama dengan individu-individu Islam, walaupun ia berasal dari jamaah Islam.
Di Malaysia, mulanya penyertaan PAS dalam kerajaan campuran PAS-PERIKATAN telah mewujudkan suasana politik baru yang tenang dan tenteram di kalangan orang-orang Melayu. Tidak banyak politiking. UMNO mendapat status quo sebagai parti mengetuai suatu barisan politik nasional yang tidak lagi dicabar. Oleh itu untuk mengukuhkan status quo ini, UMNO mencadangkan penubuhan BN disetujui oleh Datuk Mohd Asri, bagi menggantikan kerajaan campuran PAS-PERIKATAN yang direstui PAS sebelumnya.
Dalam PRU selepas pembentukan BN tahun 1974, parti itu menang dengan mudah. Banyak kawasan menang tanpa bertanding. Yang bertanding pun hanya dari DAP dan Bebas. Kerusi PAS ditambah dari 12 kerusi Parlimen tahun 1969 kepada 14 bagi tahun 1974. Kumpulan Islam di luar kerajaan yang minat berpolitik pada masa itu ialah ABIM yang ditubuhkan pada Ogos 1971. Sikapnya ialah menentang penyertaan PAS dalam BN dan menyokong beberapa calon Bebas di Kelantan bagi melawan calon-calon PAS.
Penyertaan PAS dalam BN juga dikatakan atas isu penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara. Isu ini juga dikemukakan sebagai asas penyertaan gerakan Ikhwan Muslimin di Sudan dalam kerajaan Jaafar Numeiri. Bahkan inilah juga alas an penyertaan beberapa kumpulan Islam di Pakistan dan lain-lain. Penyertaan PAS dalam kerajaan BN memang mempunyai kesan tertentu. Walaupun tidak dapat dinafikan persaingan UMNO-PAS tetap wujud, berlaku di balik tabir tetapi tidak terdedah.
Menurut seorang ahli Biro Agama UMNO pada masa itu, katanya:
“Apa yang saya saksikan ialah wujud suatu percubaan untuk mencadangkan program-program Islam antara PAS dan Biro agama UMNO. Kerana perlumbaan ini saya kira beberapa institusi Islam dapat diwujudkan dengan cepat, seperti Maktab Perguruan Islam, Yayasan Dakwah Islam, perlumbaan menubuhkan Bank Islam yang ditaja oleh PAS dalam BN dan penglibatan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC. Sebagai anggota Biro Agama UMNO, saya sendiri hadir dalam pertemuan dengan Dr Ahmad Al-Naggar, dan saya tahu pertemuan pemimpin-pemimpin PAS seperti Abu Bakar Hamzah dengan Dr Taufiq Al-Syawi. Tetapi usaha ini terhenti dengan penyingkiran PAS dari BN dan telah dihidupkan semula menjelang pilihan raya 1082.”
Selain dari itu, beberapa kebajikan jangka panjang boleh diperolehi dalam Kerajaan Campuran tersebut. Penyertaan PAS dapat membuka ruang untuk memperkenal dan menyebarkan pengaruh PAS ke pusat-pusat pengajian tinggi. Faktor ini menyebabkan PAS mendapat sambutan dan memperolehi ahli-ahli yang committed di kalangan mahasiswa-mahasiswa, sesuai dengan cita-cita Datuk Asri yang ingin menarik golongan intelek dan melahirkan kepimpinan intelek.
Demikianlah antara pandangan dan pengalaman penting PAS, sebelum dan semasa dalam Kerajaan Campuran. Tetapi perkahwinan PAS-BN itu tidak kekal lama.. Kenapa?
Tambahan: 
Biodata Ringkas Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri bin Haji Muda
Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri bin Haji Muda (10 Oktober 1923 - 28 Ogos 1992) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Kehidupan Awal:
Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam, Kota Bharu. Beliau juga menerima pendidkan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Pada tahun 1947, beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama.
Politik:
Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1959 hingga 1963. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964 sehingga tahun 1972. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari 1 Januari 1973 hingga 9 November 1977. Kemudian pada 14 November 1977 PAS telah dipecat sebagai parti komponen Barisan Nasional.
Beliau mula dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau Presiden PAS pada 1971 setelah kematian Dr Burhanuddin Helmi dalam tahanan. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan pada 23 Oktober 1982 atas desakan golongan dalam parti yang menggelar diri mereka "Kebangkitan Ulama".
Pada 23 Februari 1983, beliau meletakkan jawatan sebagai ahli PAS dan menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 24 Mac 1983. Kemudian pada 2 Julai 1983, beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada 17 November 1988 dan menyertai UMNO pada 22 November 1988. Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1991. Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992 di Pusat Perubatan Tawakal pada 4.20 petang akibat sakit jantung.
Keluarga:
Beliau berkahwin dengan Puan Sri Sakinah Syeikh Juned pada 15 Ogos 1948 dan mempunyai 9 orang anak; 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan iaitu; Noor Dianauli, Husni Zaim, Ratna Inzah, Mutia Sabihah, Naliyah, Khalidah, Nasibah, Najah dan Mohd Taqiuddin. Tiada ahli keluarga Tan Sri Asri yang mengikuti jejak langkah beliau di dalam politik.
(Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)
Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com
1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan 2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama 3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat. 4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas. 6..Sunday, August 52007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam 7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas 8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka