Thursday, July 20, 2023

Rasuah, DAP M'sia sama PAP S'pura. Ini, model '0' rasuah..


Menteri Pengangkutan, S Iswaran (kanan) dan jutawan hartanah, Ong Beng Seng. - Foto AGENSI

Parti pemerintah Singapura, PAP, hadapi tekanan rasuah

SINGAPURA: Republik ini dikejutkan dengan berita seorang menteri Kabinet dan seorang hartawan ditahan berhubung satu daripada kes rasuah paling serius dalam tempoh hampir empat dekad.

Kes pembongkaran membabitkan Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Ong Beng Seng itu bukan saja mengancam imej negara itu yang sebelum ini terkenal dengan imej bersih, malah turut menjejaskan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Singapura sentiasa tersenarai antara 10 negara paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, sejak ia bermula pada 1995.

Pegawai awam di Singapura adalah antara yang memperoleh gaji tertinggi di dunia, dengan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong memperoleh pakej kira-kira SGD$2.2 juta (RM7.54 juta) setahun. Itu antara strategi yang menurut pemimpin politiknya mendorong untuk kes rasuah di negara itu kekal rendah.

Gelombang Hijau, DAP terperangkap -Tuan Ibrahim



DAP akan terperangkap sentimen sendiri

KUALA LUMPUR: DAP menggunakan sentimen ‘Gelombang Hijau’ untuk menakut-nakutkan kalangan rakyat bukan-Muslim, demikian kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sedangkan ujar beliau, keputusan PRU15 lalu telah menunjukkan kebimbangan itu tidak wujud dalam kalangan rakyat bukan-Muslim terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menurutnya, ini kerana tidak berlaku diskriminasi kaum dan agama, bahkan rakyat pelbagai kaum hidup harmoni dan dididik untuk menjadi warganegara dengan nilai-nilai yang baik di negeri tersebut.

Sebaliknya DAP kata beliau, terperangkap dengan idea mewujudkan ketakutan menggunakan ‘Gelombang Hijau’ itu kerana apabila rakyat melihat realiti, mereka mendapati ia tidak benar sama sekali.

Ustaz Tuan Ibrahim memberikan contoh kehidupan masyarakat bukan-Muslim di Kelantan dari aspek agama, kegiatan ekonomi dan perniagaan, kemasyarakatan dan perpaduan yang wujud. 

“Sebenarnya dia (DAP) takut sekarang ni. Saya ingat DAP ni dia mula risaulah sebab dia tengok Pulau Pinang pun tak berapa nak selamat. Goncang, goncang! Padahal tak ada ‘hijau’ pun situ. (Yang ada) Perikatan Nasional di Pulau Pinang,” ujarnya.

Kelantan juga menurutnya, tanpa sembunyi mengisytiharkan secara terbuka dasar ‘Membangun Bersama Islam’ ketika mana dunia membangkitkan ketakutan kepada Islam atau Islamofobia.

“Takut apa dengan Islam? Agama yang paling adil kepada bukan-Islam, agama yang menjaga perpaduan hingga Nabi pesan siapa-siapa menyakiti orang bukan-Islam yang baik dengan Islam sama menyakiti Rasulullah. 

“Saya beritahu kawan-kawan saya bukan Islam. Saya kata, kita dalam PAS ini wajib berlaku adil itu bukan kerana saya orang Melayu, tapi kerana tuhan saya suruh. Allah suruh saya berlaku adil pada orang Islam dan bukan-Islam. 

“Saya kena adil bukan kerana saya pemimpin Malaysia, tapi kerana Allah suruh saya berlaku adil. Jadi bila kita declare ‘Membangun Bersama Islam’ (bermakna) kita nak beritahu rakyat jangan takut dengan Islam. 

“Sebab Islam bukan nak menganiaya siapa-siapa. Islam bukan nak mendiskriminasi siapa-siapa. Islam tidak pernah memaksa akidah pun. Tak pernah paksa orang bukan-Islam untuk masuk Islam,” ujarnya.

Jelasnya, keindahan Islam mesti disampaikan dan dilaksanakan kerana ianya tanggungjawab walaupun usaha itu seperti melawan arus dan fobia yang ditimbulkan terhadap Islam. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberikan contoh sekatan ke atas judi dan arak, di mana walaupun dari segi politik menyebabkan kehilangan sokongan tetapi kerugian dan porak-peranda diakibatkan keduanya lebih besar.

Sedangkan kerajaan bertindak seperti itu jelas beliau, umpama seorang ayah kepada anaknya yang mesti mencegah dan menghalang keburukan dari menimpa ahli keluarganya sendiri.

Jelas beliau, apabila Kerajaan bertindak sedemikian dan membetulkan polisi, maka akan luruslah juga akidah dan akhlak umat, termasuk kepada sistem politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 7/7/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gelombang Hijau, DAP terperangkap -Tuan Ibrahim

Sila lihat ini selanjutnya..

(i) Guan Eng apikan provokasi kaum, agama untuk PRN 

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sedang mengapi-apikan sentimen serta provokasi perkauman dan agama yang sempit dengan menimbulkan tuduhan ekstrem ke atas ‘Gelombang Hijau’.

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, hakikatnya momokan ‘Gelombang Hijau’ itu diletuskan oleh ayah Guan Eng iaitu veteran DAP, Lim Kit Siang pasca-PRU15 lagi.

Tempelak beliau, tuduhan yang dimainkan bahawa ‘Gelombang Hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang itu bertujuan hasutan dengan menimbulkan fobia dan ketakutan kepada bukan-Islam.

(ii) Umno perlu ingat semula siapa sebenarnya DAP 

Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak memiliki asas yang teguh kerana dibina oleh pakatan yang mempunyai kepentingan diri masing-masing dan dikuasai oleh DAP.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, DAP dengan kerusi terbanyaknya dalam pakatan itu menggunakan kesempatan dan manipulasi atas kelemahan yang ada.

Beliau merujuk kepada kegilaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan kes pertuduhan di mahkamah yang banyak dihadapi oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

(iii) Kajian dapati pengundi muda bersama PN 

Seramai 9,773,571 pemilih akan menentukan hayat kerajaan yang mentadbir enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRK) ke-15 pada 8 Ogos ini. 

Mereka terdiri daripada 9,674,456 orang pengundi biasa, 49,660 anggota tentera serta pasangan, 47,728 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Jumlah pengundi terbabit berdasar Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRU DUN Ke-15 dijadual akan mulai dijual pada 17 Julai ini.

DPPR yang akan digunakan untuk PRU DUN Ke-15 adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemaskini sehingga 21 Jun 2023.

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Kecelaruan kerajaan campuran PH-BN kini sudah tidak mampu disembunyikan lagi apabila ada menteri melakukan kerja rentas kementerian.

Rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Wednesday, July 19, 2023

Sanusi ditahan jam 3 pagi.. Jom setuju perundangan pecat PM.



1. Sanusi ditahan jam 3 pagi, dibawa ke IPD Gombak

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia jam 3 pagi tadi.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS telah ditahan oleh sepasukan lebih 20 pegawai dan anggota PDRM di hotel penginapannya di sini.

Sebelum itu, Sanusi dan pegawai-pegawai beliau pulang ke hotel berkenaan setelah selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi PERIKATAN NASIONAL jam 11:40 malam.

Jam 2 pagi, mereka menyedari terdapat dua lelaki berlegar di depan pintu kecemasan di tingkat 33A hotel itu sementara lima lelaki lagi di hadapan lif utama tingkat yang sama.

Pada jam 2:30 pagi, pintu bilik penginapan beliau telah diketuk dan terdapat lebih 20 anggota berada di luar bilik tersebut sebelum beliau dibawa keluar ke lobi hotel.

Sanusi telah dibawa menaiki sebuah MPV khas diiringi pegawai PDRM ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan penahanan itu dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

Sebutan dua kes terhadap beliau akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Selayang jam 9:30 pagi nanti.

Laporan lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 18/7/2023

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sanusi ditahan jam 3 pagi.. Jom setuju perundangan pecat PM.

Lihat ini..

(i) Tiada notis tangkapan ketika ditahan.  Kerajaan takut! 


Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor memberitahu beliau tidak diberi sebarang notis sebelum penangkapan ketika ditahan pada jam 3 pagi tadi. Katanya penangkapan itu dianggap lebih sebagai dakwaan politik semata-mata.

“Saya dibawa anggota polis jam 3 pagi tanpa sebarang notis. Saya tidak mengetahui apa dakwaan sehingga saya membaca laporan media online.

“Biasanya isu politik diselesaikan di medan politik seperti hujah balas kepada arguement ucapan kita.

“Tetapi di Malaysia sekarang kerajaan begitu takut, mereka gunakan pihak berkuasa untuk tahan atau sekat ucapan kita,” ujarnya kepada media selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini. (Foto atas)

Beliau dibebaskan dengan ikat jaminan sebanyak RM10,000 di atas dakwaan berkaitan ceramah di Selayang ketika membantu kempen PERIKATAN NASIONAL bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan akan diadakan pada 4 Oktober hadapan. Sanusi juga berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi kes seumpama itu. Beliau tetap hadir ke mahkamah seperti ditetapkan, namun mengapa masih perlu ditangkap di lokasi tempat beliau menginap.

“Tindakan sebegini membuktikan bahawa kerajaan ketakutan yang mana segala agensi agensi awam digunakan untuk menyekat perkembangan isu bagi menghadapi PRN tidak lama lagi,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, dengan perkembangan yang berlaku itu diharap dapat membantu PN menguasai enam negeri pada PRN 12 Ogos ini.


(ii) Kerajaan guna polis sekat kemaraan rakyat 


Menurut MB Kedah, ahli-ahli politik yang telah bankrap idea menggunakan pihak keselamatan untuk menyekat kemaraan rakyat dalam menghadapi hujah balas terhadap agenda dibawa oleh mereka itu.

“Nampaknya di Malaysia ni tak boleh bercakap apa. Kalau di medan politik biasanya orang selesaikan masalah politik di medan politik memberikan hujah balas kepada argument atau ucapan ataupun hujahan. 

“Saya harap ini adalah satu petunjuk ataupun petanda bahawa mereka sebenarnya sedang ketakutan dan segala aparatus negara, agensi-agensi awam akan digunakan untuk menyekat perkembangan kebangkitan atas nama rakyat ni. 

“Saya harap PRN akan datang ni enam negeri itu akan dapat dimenangi oleh Perikatan Nasional. Insya-Allah. Terima kasih,” ujarnya selepas dibenarkan ikat jamin di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini sebentar tadi.


(iii) Sokong wujud perundangan dakwa, pecat PM.
Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mencadangkan penggubalan undang-undang yang membolehkan Perdana Menteri didakwa dan dipecat atas salah laku.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad menyifatkan cadangan tersebut sebagai satu pembaharuan atau reformasi yang perlu dikaji dan diambil perhatian oleh pihak-pihak berkenaan.

Menurut beliau, dengan adanya perundangan tersebut ia membawa maksud kepada kehendak supaya Perdana Menteri memiliki integriti kerana dia juga lambang kepada demokrasi dan mewakili eksekutif tertinggi negara.

“Ini juga seboleh mungkin memastikan tiada tindakan yang menjurus penyalahgunaan kuasa apabila menjadi Perdana Menteri. Jangan boleh buat apa saja dan menggunakan kekebalan yang wujud. 

“Jadi ini mendatangkan kemudaratan kepada negara dan dari segi kesucian demokrasi itu sendiri. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan cadangkan itu boleh dikaji dan diambil kira satu pandangan yang baik,” sokongnya.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu turut memuji bekas Menteri Undang-undang tersebut sebagai individu berintegriti tinggi serta komited mewujudkan reformasi demokrasi yang adil dalam negara.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Teruk sangat kerajaan kita sekarang ini, tiada notis tangkapan ketika ditahan, dan guna polis sekat kemaraan rakyat.  Maka kita kena sokong  wujudnya perundangan dakwa dan pecat PM.

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

Tuesday, July 18, 2023

Anak muda Ke Makkah percuma, begini.. Walau kakistokrasi?

 

Ean bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki di Makkah dan Madinah pada usia muda.

Anak muda jejak kaki di Makkah secara percuma

Mahu jejakkan kaki ke Makkah secara percuma dalam usia muda? Ada, namun bagaimanakah caranya?

Dua anak muda yang masing-masing baru berusia 21 tahun, Ean dan Aishah ada jawapannya. Caranya adalah dengan menyambung pelajaran dengan mengambil Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, sekali gus menjadi mutawwif dan mutawifah. 

Ean atau nama sebenarnya, Muhammad Aries Sofean Mohd Nor memilih pengajian berkenaan kerana minat selain menyifatkan pekerjaan sebagai seorang mutawwif adalah kerjaya yang mulia. 

Ean yang merupakan pelajar kumpulan pertama pengajian tersebut di YEG Academy (M) Sdn. Bhd. (YEG Academy) berkata, pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan adalah menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di Makkah dan Madinah. 

Sejak kecil lagi, Aishah sudah menanam cita-cita untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Tempoh pengajian adalah dua tahun setengah. Tempoh dua tahun hanya belajar teori selebihnya praktikal di sana. Saya masih ingat, saya merupakan pelajar pertama yang dihantar ke Makkah pada Februari 2022.

“Waktu itu, sempadan negara baru sahaja di buka selepas pandemik Covid-19. Perasaan ketika itu saya tidak boleh gambarkan kerana tidak tahu keadaan di sana; dan ada atau tidak pekerjaan di tanah air selepas menjalani praktikal di sana memandangkan keadaan pasaran industri haji umrah yang tidak menentu akibat penularan wabak berkenaan di seluruh dunia.

“Namun alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sepanjang tiga bulan saya merasai sendiri realiti pekerjaan seorang mutawwif, ada manis dan pahitnya,” ujarnya.

Menurut Ean lagi, pengalaman paling berharga adalah dia dapat menimba ilmu pengurusan jemaah, pengangkutan, penginapan dan ilmu sirah Nabawiah dalam dalam tempoh tiga bulan di Makkah dan Madinah).

Sejak kecil lagi, Aishah sudah menanam cita-cita untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Selepas menjalani praktikal, Ean lalu bertekad untuk bekerja sebagai seorang mutawwif dan selepas hanya 15 hari menamatkan latihan praktikal, anak muda ini  terus ditawarkan pekerjaan tetap syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah ternama, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel).

“Biasanya kita dengar keluhan graduan yang sukar dapat kerja selepas tamat belajar, tetapi saya bersyukur Allah SWT beri rezeki untuk saya terus mendapat pekerjaan pada usia 21 tahun.

“Cuma saya ingin pesan kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi mutwawif, jangan melihat pada gaji lumayan semata-mata, sebaliknya lihatlah pada kemuliaan dan keberkatan yang diperoleh menerusi pekerjaan ini.

“Bagi saya, perkara yang sangat mahal ialah saya dapat bekerja dan beribadah serentak. Sambil bekerja dapat  mengumpul pahala,” tutur Ean yang sudah setahun bekerja secara tetap sebagai Pegawai Haramain dan Pemasaran di Andalusia Travel. 

Sebaik tamat pengajian di YEG Academy, Ean terus ditawarkan pekerjaan tetap dengan Andalusia Travel.

Sementara itu, Aishah atau nama penuhnya Syaidatul  Aishah Jusoh, seorang lagi graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dari YEG Academy berkata, dia memilih bidang ini kerana dari kecil bercita-cita untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Namun, dalam pemikirannya cita-cita berkenaan hanya dapat dicapai ketika berusia emas kerana dia sedar akan kos tinggi yang diperlukan untuk menjalani ibadah umrah mahupun haji.

“Rezeki saya mendapat biasiswa daripada YEG Academy. Kesemua  kos pengajian sehingga praktikal semua ditanggung tanpa saya perlu keluarkan wang sesen pun.

“Ketika pertama kali melihat Kaabah sebagai seorang jemaah dan pelajar praktikal, saya tidak tahu hendak gambarkan perasaan seronok, sebak dan sedih semuanya ada.

Ean merupakan pelajar pertama yang dihantar ke Makkah pada Februari 2022.

“Sebelum itu saya memang tidak pernah sampai ke Makkah dan Madinah, tetapi menerusi pengajian ini, saya berpeluang ke sana secara percuma,” kongsi anak kelahiran Kelantan ini. 

Selepas  ditawarkan pekerjaan tetap pada hari terakhir menjalani latihan praktikal, niatnya hanya satu, hanya ingin menjadi orang tengah yang memudahkan orang ramai melakukan ibadah umrah mahupun haji.

“Dengan bekerja sebagai mutawifah yang membimbing jemaah wanita, saya memperoleh gaji, pengalaman, ilmu, manfaat dan paling penting pahala,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/7/2023

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anak muda Ke Makkah percuma, begini.. Walau kakistokrasi 

Ya, Malaysia sedang dipimpin kerajaan kakistokrasi.. 


PERTAMA, apa itu kakistokrasi?

Mudahnya ia bermaksud pemerintahan di bawah pimpinan yang paling teruk dan tidak layak memimpin.

Lebih mudah lagi, pentadbiran yang diurus ikut suka hati dan kepentingan peribadi, bukan dengan idea, kepakaran serta perancangan.

Kedua, apakah kesan kerajaan kakistokrasi?

Ia pastinya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara. Masalah ekonomi, kebajikan, kesihatan, pendidikan, sosial semuanya akan melanda.

Kerana kerajaan kakistokrasi akan diisi dengan penipuan, kronisme, fitnah, dendam, budaya rasuah, salah guna kuasa dan segala ketidakcekapan yang akhirnya menatijahkan kegagalan dalam pengurusan negara di semua peringkat.

Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka kehancuranlah yang akan tiba.

Ketiga, adakah Kerajaan Campuran adalah kerajaan kakistokrasi?

Ya, Kerajaan Campuran ini adalah contoh terbaik bagi sebuah kerajaan kakistokrasi.

1. Negara sedang dipimpin oleh Perdana Menteri yang banyak berbohong, populis dan tidak adil.

2. Timbalan Perdana Menteri pula dilantik dari golongan kluster mahkamah.

3. Barisan Kabinet rata-ratanya tidak cekap dalam melaksanakan tugas dan tidak kompeten.

4. Budaya ‘u-turn’ yang tidak berkesudahan.

5. Ketiadaan hala tuju berkenaan isu ekonomi dan kos sara hidup.

Kita semua hakikatnya sedang ditindas oleh sebuah kerajaan kleptokrat yang mentadbir secara kakistokrat. 7 bulan pemerintahan kerajaan madani adalah bukti yang boleh dinilai oleh masyarakat.

Keempat, bolehkah rakyat mengubah kerajaan kakistokrasi?

Rakyat ada kuasa memilih dan mengundi. Lantiklah pemimpin yang adil, prihatin dan bersih.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 3/7/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Monday, July 17, 2023

Selepas Jepun, S'pura pula kenali PAS. & Lagi kreatif Perlis, 'Beruk Kentoi'

 

Selepas Masaaki Saito dari Jepun bertemu PAS dan melihat gelombang gugat pemerintah Malaysia baru-baru ini, kini Menteri Singapura pula minat kenali PAS dengan lebih dekat seperti gambar di atas.

Menteri Singapura minat kenali PAS lebih dekat.

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Massagos Zulkifli bersama delegasi mengadakan kunjungan ramah mesra kepada pimpinan PAS yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di sini petang tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, pertemuan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan memandangkan hubungan mesra secara peribadi telah terjalin ketika kedua-duanya menjawat jawatan Menteri Alam Sekitar tempoh lalu.

Beliau menerangkan kepada Massagos Zulkifli yang juga bertanggungjawab memegang portfolio hal ehwal agama Singapura kerana turut berminat untuk mengenali lebih dekat parti PAS.

“Pertemuan ramah mesra ini untuk mengenali lebih dekat tentang PAS. Kita telah jelaskan PAS merupakan satu parti politik berdaftar dalam sistem demokrasi.

“Kita masuk dalam pilihan raya dan kita jelaskan beberapa elemen yang cuba ditakut-takutkan khusus masyarakat non-Muslim terhadap PAS dengan digambarkan ‘gelombang hijau’ selepas pilihan raya baru-baru ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Jelas beliau, keharmonian dan kebebasan agama oleh masyarakat bukan Islam di negeri-negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah telah sekian lama diterapkan.

Sementara itu, Massagos yakin bahawa PAS mampu menjadi parti yang lebih terkehadapan dan besar pengaruhnya dalam konteks Malaysia.

Beliau turut menjemput pemimpin PAS untuk hadir ke Singapura bertemu dengan masyarakat dan parti-parti politik di sana untuk saling bertukar-tukar pandangan demi kebaikan bersama.

Hadir sama, Ketua Penerangan PAS, Ir. Ts Khairil Nizam Khiruddin, dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari yang mewakili PAS. Manakala delegasi Singapura ialah Duta Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Esa Masood dan Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura, Khairul Anwar Mohamed. – HARAKAHDAILY 14/7/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selepas Jepun, S'pura pula kenali PAS. & Lagi kreatif Perlis, 'Beruk Kentoi'

Lihat seterusnya..

(i) Kreatifnya Perlis. Setelah MB Perlis Mohd Shukri Ramli, baru 7 bulan tadbir, mampu tarik pelaburan bernilai RM2.5 bilion. Ini lagi.. 

Wan Badariah (kiri) berkata keputusan terhadap cadangan Beruk Kentoi dijadikan maskot Tahun Melawat Perlis 2023-2025 akan diputuskan dalam masa terdekat ini.

Beruk Kentoi atau nama saintifiknya  macaca arctoides yang hanya didapati di negeri Perlis dicadangkan untuk menjadi maskot Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis, Wan Badariah Wan Saad berkata, haiwan tersebut sudah sinonim dengan negeri itu.

“Saya sudah beri cadangan kepada Jawatankuasa Induk TMP supaya menjadikan Beruk Kentoi ini sebagai maskot Tahun Melawat Perlis 2024-2025..." 

Seorang penyelidik Beruk Kentoi yang juga pengasas Perlis Nature & Wildlife, Syamil Abd Rahman berkata, pemilihan haiwan itu sebagai maskot pelancongan Perlis dilihat bertepatan dengan kempen promosi Tahun Melawat Perlis.


Syamil telah menerbitkan kertas saintifik bancian populasi Beruk Kentoi di Wang Kelian pada tahun 2019 bersama-sama penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan dianggarkan terdapat 176 ekor spesies haiwan itu kini menghuni Taman Negeri Perlis, manakala anggaran 350 ekor selebihnya di sepanjang Banjaran Nakawan.

“Beruk Kentoi mempunyai ciri-ciri unik dan tersendiri dengan wajah berwarna merah, berbulu tebal serta banyak menghabiskan masa di atas tanah untuk sering dilihat berkeliaran mencari makanan di kawasan tumpuan pelancong seperti di Wang Kelian View Point,” kata beliau.. 

(ii) DAP guna 3R hasut rakyat 

Lim Guan Eng berpeluh apabila mula untuk berdalih setelah terlanjur menyentuh 3R secara melampau dengan memfitnah Gelombang Hijau yang merujuk secara tidak langsung kepada PAS bahawa akan meruntuhkan tokong dan kuil sekiranya menang PRN nanti.

Namun dalihan Lim Guan Eng sebaliknya secara tanpa dia sedar memang bertujuan menghasut dan memfitnah orang ramai terutamanya orang bukan-Islam apabila dia telah mengungkit isu meruntuh kuil di tepi jalan di Alor Setar sebaik sahaja Dato’ Seri Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Dalam isu pihak MBAS meruntuhkan kuil adalah tidak benar dan tidak tepat sebaliknya binaan yang dikatakan kuil itu hanyalah suatu binaan kecil yang dibina secara tanpa kebenaran oleh bekas pekerja KTM di atas tanah yang bukan milik pengurus kuil dan ia terletak betul-betul rapat dengan jalan stesen sehingga menimbulkan gangguan kepada lalu lintas di situ. Ini menyalahi peraturan Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan dan Parit.

Namun dalihan Lim Guan Eng sebaliknya secara tanpa dia sedar memang bertujuan menghasut dan memfitnah orang ramai terutamanya orang bukan-Islam apabila dia telah mengungkit isu meruntuh kuil di tepi jalan di Alor Setar sebaik sahaja Dato’ Seri Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Dalam isu pihak MBAS meruntuhkan kuil adalah tidak benar dan tidak tepat sebaliknya binaan yang dikatakan kuil itu hanyalah suatu binaan kecil yang dibina secara tanpa kebenaran oleh bekas pekerja KTM di atas tanah yang bukan milik pengurus kuil dan ia terletak betul-betul rapat dengan jalan stesen sehingga menimbulkan gangguan kepada lalu lintas di situ. Ini menyalahi peraturan Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan dan Parit.

Kedah lulus tapak kuil

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Selepas negara Jepun, Singapura pula ingin kenali PAS. Bahkan lebih kreatif lagi, bila Perlis, memperkenalkan  'Beruk Kentoi' nya.

Oleh itu, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails