Tuesday, January 23, 2018

Ambiga-DAP Guna Strategi Sama.. Porrah!




AIDCNews -22/01/18 -Bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat meniru strategi DAP apabila menyeru akar umbi PAS kembali mengundi pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14.

Walau bagaimanapun Ambiga berkata rayuannya itu hanya untuk akar umbi parti Islam itu sahaja dan bukannya untuk pimpinan PAS.

“Saya cuma boleh berharap yang ahli PAS, bukan pemimpin mereka, untuk mengingat kembali perjuangan rakyat kerana mereka (ahli PAS) bersama kita dalam Bersih, berganding bahu melawan kerajaan, melawan sistem.
“Saya berdoa agar rakyat (penyokong PAS) di peringkat akar umbi sedar bahawasanya yang cukup itu, cukup lah,” kata Ambiga dalam forum “Post-1MDB and Malaysia: What Future Can We Have” di Kuala Lumpur semalam.

Menurut The Malaysian Insight, rayuan Ambiga itu ditujukan buat penyokong PAS peringkat akar umbi memandangkan pemimpin parti Islam itu “telah menyatakan hala tuju mereka.”

Tambah Ambiga, kerajaan persekutuan BN tidak akan berubah kecualilah rakyat Malaysia mengundi untuk menolak mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Kerajaan rasuah tidak akan berubah. Logiknya mudah, sudah tentu mereka akan guna pelbagai helah. Mereka akan guna (isu) perkauman tebal dan agama.
“Jangan pandang rendah pengaruh mereka (ahli PAS) dalam pilihan raya akan datang. Saya harap ahli-ahli PAS ingat kembali apa yang mereka perjuangkan,” katanya.

Strategi pecah dan perintah yang dirayu oleh Ambiga itu hampir sama dengan taktik yang digunakan DAP pada 2015 berkenaan hubungan dengan PAS. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan bukannya parti itu sendiri.

Kata Guan Eng, DAP tidak pernah memutuskan apa-apa hubungan dengan PAS dan Abdul Hadi itu tidak mewakili parti itu secara keseluruhan. Tambahnya, Abdul Hadi dan PAS adalah dua entiti yang berbeza.


Editor Sarawak Report Buka Topeng Ambiga Talam Dua Muka
Editor Sarawak Report Perjudikan Kredibiliti Ambiga
PAS Desak Ambiga Bertanggungjawab Terhadap Kenyataan Editor Sarawak Report
Akhirnya Ambiga Mengaku…..-Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya penyokong PAS, ini jawapan saya pada Ambiga, "Porrah!"


Monday, January 22, 2018

Ikan Kembung RM18-RM22 Sekilo? Tapi Siaisat P/Tani Ini, Kenapa?


AGAK mengejutkan apabila wujud pegawai atau petugas yang melarang kru televisyen membuat liputan harga barangan di pasar tani. Satu yang di luar jangkaan apabila kru yang mahu mengadakan siaran langsung mengenai harga barangan basah diminta meninggalkan lokasi.

“Nak buat liputan kena minta kebenaran bertulis,” kata pegawai bertugas.
Persoalannya: Pasar tani kawasan awam yang ada kepentingan awam. Media massa pula penyambung maklumat antara prasarana anjuran kerajaan ini dengan orang-ramai. Jadi mengapa dilarang dan penuh syarat?
Pasar besar sekitar Kuala Lumpur selama ini benas dimasuki media massa yang bertujuan membuat liputan mengenai harga barang. Apakah siaran langsung penyiaran harga barangan basah dan keperluan pengguna yang disiarkan selama ini menimbulkan ketakutan kepada penyelia peniaga pasar tani?
Atau apakah wujud kartel yang menguasai manipulasi harga barangan basah yang tidak mahu kadar harga barangan di pasar tani diumumkan setiap hari melalui siaran langsung televisyen?
Memang kita terperanjat apabila harga kembung yang dianggap ikan rakyat selama berdekad-dekad kini mencecah harga antara RM18 hingga RM22 sekilo? Di pasar tani harga ayam diproses RM8 sekilo. Lagi teruk di pasar Taman Tun Dr. Ismail yang harganya RM9 sekilo.
Di Pasar Seri Kembangan hanya RM7 sekilo. Semua ini dalam sekitar radius 25 kilometer. Namun, harganya jauh berbeza antara satu sama lain. Pasar tani pula tidak semurah disangka.
Ikan kembong lagi teruk ceritanya. Ikan yang sekian lama menjadi simbol ikan mampu beli rakyat bawahan, kini sudah melangkaui harga sepatutnya.
Malah, isu harga ikan kembung melambung melepasi paras munasabah, sudah berlarutan sekian lama. Keadaan jadi lebih mengejutkan apabila inilah kadar harga yang turut ditawarkan peniaga di pasar tani.
Seperti ada yang tidak kena di pasar tani. Sudahlah mahal, dan bertambah aneh apabila ada larangan menghadkan akses media utk membuat laporan terbuka secara langsung.
Apa yang ditakutkan?
Kementerian Pertanian dan FAMA harus menyiasat semua kebejatan ini. Pasar Tani aset kerajaan! -MYNEWSHUB.CC


Permatang Pauh Gegar, PAS Ambil Balik Kerusinya..

Post Pic
SHAH ALAM: PAS Pulau Pinang mengesahkan akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusof berkata, keputusan berkenaan dibuat kerana kawasan itu merupakan kubu kuat PAS sebelum dipinjamkan kepada PKR.

Tambah beliau, dalam soal ini, pihaknya berharap hasrat berkenaan tidak akan dipersoalkan memandangkan setiap parti politik mempunyai hak bertanding berpandukan prinsip demokrasi.

“Ketika ini, kita (PAS) tidak mempunyai ikatan dengan PKR, jadi kita bebas untuk bertanding di situ (Permatang Pauh), begitu juga sekiranya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding, itu hak beliau,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR sebelum ini mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2015.

Untuk rekod, kerusi berkenaan mula dimenangi PKR pada PRU 1999.
PAS kali terakhir bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1995 dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN) dan DAP, namun tewas dengan majoriti 23,515 kepada Anwar yang mewakili BN ketika itu. 
-sh-

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS akan ambil balik kerusinya yang dipinjamkan kepada PKR, akan bergegarkah Permatang Pauh kali ini?

Benarkah Azmin Ali Tidak Senang Duduk Kerana Abd Hadi?


PAKAR ‘putar’ dalam pakatan pembangkang terpaksalah kerja lebih masa cari idea yang lebih kreatif bagaimana nak tibai dua burung serentak dengan seketul batu.

Nampaknya makin hari makin rumit mereka hendak jual temberang yang tidak logik bahawa BN dan PAS sedang berkepit untuk hadapi pilihanraya umum ke-14. Ramai yang sedar ia cuma taktik perang saraf untuk mencetuskan rasa curiga di kalangan ahli kedua parti dan mengelirukan rakyat.
Demikian Lapor MYNEWSHUB.CC
Jadi jangan hairan kalau dengar Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang-ulang kali pada ceramahnya di serata tempat mendakwa PAS sengaja hendak kacau daun wujudkan pertandingan tiga penjuru bagi memenangkan BN nanti.
Siapa tahu mungkin untung nasib temberang ini akan mewujudkan pergeseran dalaman kedua parti dan mereka dapat pancing undi untuk pakatan pembangkang.
Entah apa agaknya bos pakatan pembangkang itu sekarang hendak putar lagi bila mendengar apa kata Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam sidang akhbar di pelancaran jentera PAS Selangor untuk PRU14 pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam pada Ahad.
Presiden PAS itu sendiri jawab dakwaan konon beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat bagi membolehkan PAS terus kekal perintah Kelantan selepas PRU14.
“Dakwaan itu tidak benar. Kalau bincang dengan UMNO mengenai isu Palestin, Rohingya boleh lah.
“Tapi kalau pasal pilihan raya, kita lawan UMNO (BN),” katanya.
Seperti juga BN yang hendak mempertahankan kerajaan pada PRU14…PAS juga menaruh cita-cita sendiri untuk melangkah ke Putrajaya. Malah kata Haji Hadi partinya meletakkan calon di setiap kerusi Parlimen serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menentang calon BN.
Sebelum ini Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed juga menafikan ada pakatan dengan PAS seumpama itu dan wujud pergeseran dalam UMNO pasal itu. Beliau menegaskan BN sendiri sedia untuk berentap untuk menawan Kelantan.
Semasa sidang akhbar itu Haji Hadi memberitahu PAS akan bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada PRU14 bagi membolehkannya membentuk kerajaan jika menang. Pada PRU13, PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan menang 21 daripadanya.
Terkini, PAS hanya tinggal 15 Ahli Parlimen sahaja. Enam daripada 21`kerusi kini disandang anggota Parlimen Parti Amanah Negara (PAN), parti serpihan PAS, manakala kerusi Parlimen Pokok Sena juga terlepas apabila penyandangnya Datuk Mahfuz Omar mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini.
Presiden PAS itu kata partinya perlu bertanding sekurang-kurangnya lebih daripada jumlah majoriti mudah iaitu daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
“Kemungkinan (bertanding) 130 lebih (kerusi Parlimen), sekurang-kurangnya majoriti mudah.
“PAS mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mungkin tidak sedap badan mendengar pendirian terkini Haji Hadi. Sewaktu krisis Langkah Kajang PKR singkir Tan Sri Khalid Ibrahim dulu hasil dokongan PAS beliau tiba-tiba dapat jadi Menteri Besar.
Namun kini PAS seperti juga BN berhasrat untuk tawan Selangor. Kata Haji Hadi PAS juga bertekad mahu merampas Selangor pada PRU14 bagi menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.
“Selangor perlu menjadi contoh, kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam,” katanya.
PAS Selangor dikatakan sasar sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu, termasuk di kawasan diwakili Azmin di Bukit Antarabangsa dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kajang.
Pada pilihan raya umum 2013, PAS meletakkan 21 calon negeri di Selangor dan memenangi 15 kerusi. Namun kini tinggal 13 sahaja bila dua wakil rakyatnya kawasan Hulu Kelang, Saari Sungib dan Morib Hasnul Baharuddin lompat masuk PAN.
PAS dikatakan mempunyai jaringan dan pengaruh yang boleh tahan di kawasan DUN Bukit Antarabangsa dan kawasan Parlimen Gombak yang diwakili Azmin. Atas sebab itu semakin rancak desas desus berlegar Menteri Besar Selangor itu sedang mengintai kawasan yang lebih selamat untuk beliau berteduh. 
Juga lapor MYNEWSHUB.CC


Gempur S'gor! Tandingi Semua Kerusi.. -Presiden PAS.


Hasil carian imej untuk pas gempur selangor

PRESIDEN PAS menyatakan akan tawan Selangor dan akan buat perubahan pentadbiran. PAS Selangor akan tanding semua kerusi Parlimen dan DUN.  

Parlimen Selangor dijangkakan kerusi-kerusi yang semua Pas akan meletakkan calon bersama Gagasan Sejahtera dibantu dengan Dewan Himpunan Penyokong Pas. 

Bertanding PRU 14.


*Selangor*
P92 Sabak Bernam -*PAS*
P93 Sungai Besar -*PAS*
P94 Hulu Selangor - *PAS*
P95 Tanjong Karang - *PAS*
P96 Kuala Selangor - *PAS*
P97 Selayang -*GS*
P98 Gombak -*PAS*
P99 Ampang -*PAS*
P100 Pandan -*PAS*
P101 Hulu Langat -*PAS*
P102 Serdang -*GS*
P103 Puchong - *GS*
P104 Kelana Jaya -*GS*
P105 PJ Selatan -*GS*
P106 PJ Utara -*GS*
P107 Subang -*GS*
P108 Shah Alam - *PAS*
P109 Kapar -*GS*
P110 Klang - *GS*
P111 Kota Raja - *PAS*
P112 Kuala Langat - *PAS*
P113 Sepang - *PAS*

N1 Sungai Air Tawar - *PAS*
N2 Sabak - *PAS*
N3 Sungai Panjang - *PAS*
N4 Sekinchan - *GS* / *DHPP*
N5 Hulu Bernam - *PAS*
N6 Kuala Kubu Baharu - *GS* / *DHPP*
N7 Batang Kali - *PAS*
N8 Sungai Burong - *PAS*
N9 Permatang - *PAS*
N10 Bukit Melawati - *PAS*
N11 Ijok - *PAS*
N12 Jeram - *PAS*
N13 Kuang - *PAS*
N14 Rawang - *GS* / *DHPP*
N15 Taman Templer - *PAS*
N16 Batu Caves - *PAS*
N17 Gombak Setia - *PAS*
N18 Hulu Kelang - *PAS*
N19 Bukit Antarabangsa - *PAS*
N20 Lembah Jaya - *PAS*
N21 Chempaka - *PAS*
N22 Teratai - *GS* / *DHPP*
N23 Dusun Tua - *PAS*
N24 Semenyih - *PAS*
N25 Kajang - *PAS*
N26 Bangi - *PAS*
N27 Balakong - *GS* / *DHPP*
N28 Seri Kembangan - *GS* / *DHPP*
N29 Seri Serdang - *PAS*
N30 Kinrara - *GS* / *DHPP*
N31 Subang Jaya - *GS* / *DHPP*
N32 Seri Setia - *PAS*
N33 Taman Medan - *PAS*
N34 Bukit Gasing - *GS* / *DHPP*
N35 Kampung Tunku - *GS* / *DHPP*
N36 Damansara Utama - *GS* / *DHPP*
N37 Bukit Lanjan - *GS* /*DHPP*
N38 Paya Jaras - *PAS*
N39 Kota Damansara - *PAS*
N40 Kota Anggerik - *PAS*
N41 Batu Tiga - *PAS*
N42 Meru - *PAS*
N43 Sementa - *PAS*
N44 Sungai Pinang - *GS* / *DHPP*
N45 Selat Klang - *PAS*
N46 Pelabuhan Klang - *PAS*
N47 Pandamaran - *GS* / *DHPP*
N48 Kota Alam Shah - *GS* /*DHPP*
N49 Seri Andalas - *GS*/ *DHPP*
N50 Sri Muda - *PAS*
N51 Sijankang - *PAS*
N52 Teluk Datuk - *GS* / *DHPP*
N53 Morib - *PAS*
N54 Tanjong Sepat - *PAS*
N55 Dengkil - *PAS*
N56 Sungai Pelek - *GS*/ *DHPP*



Sekat Peruntukan: Pendekatan Salah Azmin. Tindakan Akan Diambil..



SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan isu politik dalam pentadbiran negeri yang mendapat mandat daripada rakyat.
Perkara itu dibangkitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi, berhubung dakwaan pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu pada tahun ini berjumlah RM800,000.
“Sepatutnya kita (kerajaan negeri) mesti membezakan antara parti politik dengan kerajaan. Selepas pilihan raya, parti politik yang menang boleh membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan.
“Bagaimanapun, jika berlaku sentimen politik dalam memerintah, ia adalah satu pendekatan yang salah. Selepas pilihan raya, kita mesti menganggap semua rakyat sama ada yang menyokong atau tidak menyokong kita sebagai tanggungjawab yang perlu diutamakan.
“Itu pendekatan yang sepatutnya kita gunakan, tidak ada diskriminasi dan tak ada pilih parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Himpunan Fastaqim 2.4 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, di Seksyen 17, di sini, hari ini.
Abdul Hadi diminta mengulas isu peruntukan kepada wakil rakyat PAS di Selangor yang didakwa dibekukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Sebelum ini, media melaporkan, Sallehen menyatakan hasrat PAS Selangor mahu mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai jalan terakhir sekiranya kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin gagal menyelesaikan masalah pengagihan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu dengan segera.
Sallehen berkata, beliau menerima maklumat berkenaan pembekuan peruntukan itu daripada pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
Bagaimanapun, usaha menghadap Sultan Selangor itu hanya akan dilakukan selepas mendapat penjelasan daripada Mohamed Azmin terlebih dahulu.
Sementara itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sebarang tindakan berhubung isu itu akan dilakukan Februari depan.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang makluman atau surat dari kerajaan negeri berhubung perkara itu.

B/Ahli Majlis Pimpinan PKR Johor, Masuk PAS. Al-hamdulillah!


PAS Kawasan Parit Sulong menerima permohonan keahlian daripada bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Abdul Aziz Muhammad yang menyerahkan borangnya semalam.

Penyerahan itu diterima langsung oleh Timbalan Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sempena kuliah Maghribnya di Markas PAS Parit Pulai, di situ.

Dalam kuliahnya itu, beliau menitipkan ingatan bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam menyambung usaha dilaksanakan para Rasul terdahulu. 

Kredit
Bur Lock Lee 




Lihat juga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails