Musim petik buah di Australia sudah tiba. Ini peluang keemasan menjana duit. Jangan lepaskan peluang ini.
oleh Muaz Jabal. Kini berada Di Malaysia, untuk pengurusan pengambilan pekerja ladang di Australia. Tel di Malaysia, sila pakai no 014 2225865. (Ibnu Hasyim akan menjawab, buat masa ini.) e-mil Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com
DUA wanita yang masing-masing berumur 25 dan 31 tahun berkelakuan biadap apabila mengganggu satu majlis persidangan muslim di Pontoise, Perancis. Rakaman kejadian memaparkan kedua-dua wanita terbabit yang dalam keadaan tidak memakai baju melompat ke atas pentas dan mengejutkan dua lelaki muslim yang ketika itu sedang berada di pentas.
Kedua-dua wanita tersebut kemudian merampas mikrofon menyebabkan dua lelaki tersebut berundur ke belakang pentas. Di belakang badan wanita terbabit, tertulis ayat "Nobody makes me submit". Orang ramai berang dengan tindakan wanita tersebut sehingga ada yang tampil ke atas pentas dan menendang salah seorang dari wanita terbabit.
Identiti wanita yang terbabit masih belum diketahui tetapi laporan menyebut mereka adalah aktivis dari kumpulan Femen. Kumpulan Femen adalah kumpulan yang bermula di Ukrain pada 2008 terkenal dengan kelakuan mereka bertelanjang untuk menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan atau organisasi yang tidak mereka gemari. (IH)
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang BN. - Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.
PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang Barisan Nasional (BN). Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sewaktu ditanya pemberita selepas bertemu pimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini. "Kata sepakat yang kita capai hari ini adalah kita semua pembangkang. PAS pembangkang, PKR pembangkang, DAP dan Amanah juga pembangkang," katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat PKR. Kenyataan Takiyuddin itu disambut dengan anggukan daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali. "Hakikatnya kami semua adalah pembangkang-pembangkang kepada BN," kata Mustafa menambah kepada kenyataan Takiyuddin. Menurut Mustafa lagi, perjumpaan dengan PKR hari ini hanya membincangkan hubungan yang "akan berterusan". Ditanya tentang status hubungan kerjasama di antara PAS dan Amanah, Tuan Ibrahim berkata ia tidak dibincangkan dalam perjumpaan bersama PKR petang ini. "Amanah pun belum daftar lagi. Kita pun tak tahu dia amanah atau tidak," kata Tuan Ibrahim berjenaka. Parti Amanah Negara (Amanah) kini dalam proses penamaan semula selepas mengambil alih parti Pekerja Malaysia. Amanah kebanyakannya disertai ahli Parlimen serta ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang popular di peringkat nasional dan merasakan parti itu menyimpang daripada perjuangan asalnya. Tindakan mereka keluar parti mennyebabkan beberapa pimpinan tertinggi parti itu mengisytiharkan perkahwinan mereka yang berbuat demikian terbubar dengan sendirinya akibat bai'ah yang diangkat sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. (TMI) Kewujudan Amanah serta hubungan rasmi PAS yang terputus dengan rasmi selepas muktamar tahunan ke-60 parti itu menyebabkan status parti Islam itu dalam gabungan pembangkang baharu menjadi tanda tanya kepada orang ramai. PKR dilihat terbuka menerima PAS dalam gabungan baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur secara rasmi namun DAP sehingga kini membantah kemasukan PAS. - 14 September, 2015. Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS tetap bersangka baik, walaupun mungkin ada parti sekutu pembangkang yang tidak menganggap begitu.
Tak cukup dengan tu tuan-tuan dan puan-puan, arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya saya dipecat daripada Ivory Property Group. Dia kata, kalau nak dapat projek Bayan Mutiara, you pecat Razali baru saya bagi, kalau tak saya takkan bagi. Datuk tu pun kelam-kabut call saya, “Razali you come to office now.”
Saya pun pergilah ke office. Pergi ke pejabat, dia kata arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka pun kata, “Saya ni kalau boleh, I don’t want to alternate you ni, kalau boleh you berhentilah dengan sendiri.”
Pihak Ivory telah sediakan satu surat perletakan jawatan saya. Suruh saya tandatangan sahaja.
Saya kata, “Datuk, saya baru quite, pada 16 haribulan dipecat daripada Kerajaan Negeri. Yang ni pun kalau dipecat, saya nak makan apa?”.
Dia kata, “Sorrylah, saya terpaksa pentingkan 500 pekerja daripada you. Projek ni amat penting untuk kami. Takkan disebabkan you, saya nak buang projek lebih 1 billion. Projek tu lebih penting dan saya kena pastikan 500 pekerja nisurvive.”
Saya kata, “Datuk bagi sikit kat saya.” Dia kata okay. Datuk ni actually baik, dia baik. Dia terpaksa. Dia pun bagi balik surat ni kat saya dan suruh balik rumah.
Saya pun balik rumah. Lepas seminggu, dia call balik. “Bila you nak hantar surat tu?”
Saya kata, “Datuk, saya tak akan resign.”
“Sorry, kalau you takkan resign, kami akan pecat you.”
Selepas itulah pihak Ivory menghantar beberapa surat kat saya suruh saya bayar ganti rugi, yang tu la yang ni la. Lepas tu dia hantar surat kata saya tak datang kerja. Akhirnya saya dipecat daripada Ivory Property.
Tuan-tuan..daripada 13 Mei 2011 sampai hari ni, 3 Julai 2012, dah lebih 13 bulan saya tak kerja Tuan-tuan dan Puan-puan. Tak kerja. Tak boleh kerja di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng kata apa, “Hari ini you masuk kerja, esok saya akan pastikan kamu akan dipecat.” Sampai tahap itu saya kena.
Seorang lelaki, seorang ketua rumah tak bekerja. Bagaimana perasaan saya ni tak boleh kerja? Isteri pi kerja, saya dok rumah. Simpanan ada bukan tak ada. Saya mengaku simpanan ada bukan tak ada. Tapi lama mana boleh tahan? Kita orang bekerja kita tahulah. Bukit tu walaupun hijau, kita pi kacau, korek, usaha tak ada tapi ambil saja, tapi lama-lama dia akan botak juga macam kepala saya. Habis juga. Sampai tahap tu saya kena.
Tak cukup dengan tu, dua orang paderi telah dihantar oleh DAP, supaya pergi memujuk isteri saya. Isteri saya kerja di bank. Kata orang nak jumpa, ingat customer dia pun turun ke bawahlah. Dua orang paderi datang. Niat mereka cukup baik, dia datang nak tolong family saya.
Tahu paderi tu kata apa, “Kami tahu sekarang ni your husband is not working. We are here to help you. We willing to help you and enjoy your family.” Dia serahkan satu sampul surat, penuh dengan wang, tak tahu banyak mana. “Ni gunakan untuk bulan ni. Kami sanggup bagi tiap-tiap bulan untuk you. Kalau boleh you pujuklah husband you supaya dia tarik balik laporan polis tu. Dia tarik balik cukup. Apa yang you minta kita akan sediakan.”
Janji saya tarik balik laporan polis saya itu. Tahu isteri saya kata apa, “Saya yang suruh dia pi buat laporan polis tu. Saya yang ikut dia pi buat laporan polis tu. Kalau tuan-tuan datang nak disturb me, I will made report against you because your coming disturb at my working place.”
Lepas itu, mereka pergi dah. Dia cuba dengan saya tak boleh, dia cuba dengan Mat Sabu tak boleh, dia cuba dengan isteri saya tak boleh, lepas itulah mereka menggunakan kekerasan. Bermulalah ugutan bunuh terhadap diri saya ni. Macam-macam depa hantar, pelurulah, pisaulah, asidlah, yang tu la, yang nilah. Terlalu banyak. Ugutan bunuh ni terlalu banyak.
Saya ni di Pulau Pinang sebagai pelarian. Nyawa di hujung tanduk sekarang, nothing can happen. Sampai ke tahap tu saya kena. Saya menjadi buruan DAP sekarang. Depa pula tahu sekarang saya dok keluar-keluar beri taklimat, lagilah. Sehinggakan saya ni terpaksa dikawal oleh pihak keselamatan 24 jam, sekarang ni.
Daripada hari pertama sampai sekarang dikawal, 24 jam saya dikawal. Saya, anak saya, bini saya, kami tak bebas. Nak pi supermarket pun ada timenya nak pi. Malam pun nak keluar, ada time juga. Time ni you kena baliklah.
Rumah, penuh dengan cctv di luar tu. Sampai tahap tu. Bayangkanlah tuan-tuan dan puan-puan bagaimana…bagaimana sengsaranya saya 13 bulan ni, tak bebas, nak keluar malam tak boleh. Nak pi kena teh tarik ke, nak pi tengok bola ke, tak boleh. Saya dah tak boleh.
Bini saya nak pi kerja pun pegawai ikut. Anak saya nak pi sekolah pun pegawai ikut. Tahun lalu, anak saya ambil SPM, nak pi tuisyen pun tak boleh, nak pi sekolah pun tak boleh. Pada satu ketika, kalau disebabkan dia gagal, siapa salah? Sayalah. Nasib baiklah bila keluar keputusan, dia dapat 10A+. Nasib baik dia dapat, kalau tak, punca kegagalan dia, saya. Sampai tahap tu kami kena disebabkan saya tak bagi kerjasama dengan DAP.
Mereka dok cuba, sampai sekarang mereka dok cuba juga. Baru-baru ni, lawyer datang berjumpa saya, lawyer mereka ni. Suruh saya tutup mulut, jangan cakap. Daripada maklumat, saya sekarang keluar memberitahu rahsia-rahsia DAP. Dia bagi amaran kat saya jangan cakap. Sampai tahap tu. Masa saya dok makan, dia mai, Cina, dia beri amaran kat saya. Don’t talk about DAP.
Rancangan DAP kalau dapat tawan Putrajaya?
Jadi, di sini tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin memberitahu apakah rancangan DAP kalau dapat tawan Putrajaya ni? Banyak. Banyak rancangan. Saya ni bersengkokol dengan mereka. Banyak rancangan yang dibuat oleh pihak DAP. Seperti yang saya katakan tadi, saya tak tuduh orang lain, sayalah orang yang terlibat secara langsung. G17 nilah yang mengerakkan semua jentera-jentera DAP secara dalaman.
Tapi, benda yang pertama ni saya tahu 5 Mei (2011). Yang pertama ni saya tak terlibat. 5 Mei 2011 baru saya sedar, mereka ingin menjadikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian dalam masa sepuluh tahun.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu. Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian.
Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura. Sebab itulah kami cukup rapat dengan kerajaan Singapura ni. Cukup rapat. Kita ingin menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.
DAP ini untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, dia takkan buat semua serentak. Dia tahu bila masa dia nak buat. Sebab tu kita ada frame time, dalam masa berapa tahun kita akan buat, satu..satu..satu.
Yang Dipertua Negeri di kalangan orang Cina saja kita mahu. Kenapa Yang Dipertua Negeri untuk orang Melayu saja? Kami pun rakyat Malaysia juga, kenapa kami tidak diberi hak? Dia tanya, pasal apa kami tidak diberi hak?
Kita pastikan, kalau kita dapat tawan tempat ni, Putrajaya ni, kita akan pastikan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini, TYT adalah daripada kalangan orang Cina.
Sistem Raja Berperlembagaan..ni mungkin ramai orang dok bercerita benda ni. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Is it you want role by pirate our country?, dia tanya.
Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April 2012 yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja. Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.
Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapuralah, yang pertama dia bagi kat orang Melayu, lepas itu mana ada dah. Tengok sejarah Singapura. Yang pertama saja bagi kat orang Melayu, semua Cina-India..Cina-India saja. Itulah perancangan DAP.
Azan kita tidak akan benarkan. You nak azan dalam masjid atau surau, bukan di luar. Ini menganggu hak asasi agama dan bangsa lain. Sekarang di Pulau Pinang, arahan kerajaan supaya azan diperlahankan. Matlamat DAP adalah supaya azan diharamkan. You azan dalam cukup, jangan azan di luar.
Ada satu perempuan Cina hantar surat kat Guan Eng. Dia kata, pagi dia tak boleh nak tidur, azan Subuh menganggu dia. Disebabkan surat itulah, Lim Guan Eng buat satu keputusan, mengarahkan Mufti supaya memberi arahan supaya azan diperlahankan. Ini cerita yang berlaku di Pulau Pinang. Ramai orang tak tahu kenapakah azan diperlahankan. Benda ni berlaku di Taman Sri Damai, Batu Lanchang. Saya habaq tempat sekali.
Pertandingan tilawah membaca al-Quran sekarang, yang baru habis peringkat kebangsaan, akan ke peringkat antarabangsa, kita akan haramkan. Ini tidak adil untuk agama lain. Kenapakah agama lain tidak diberi keistimewaan begini. Dia kata apa, Arab Saudi pun tak buat benda ni, pasal apa Malaysia yang pandai-pandai nak buat. Not fair to other religion so we won’t to listed.
Badan-badan NGO yang berteraskan perjuangan orang Melayu, dia paling benci PEKIDA dengan PERKASA. Kita akan haramkan kedua-dua pertubuhan ini. Kita akan labelkan kedua-dua pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas. Macam al-Maunah ke apa, kita akan labelkan mereka sebagai pengganas. Sebab itulah, kita akan menggunakan undang-undang yang ada kat Malaysia ini supaya mengharamkan PEKIDA dengan PERKASA selepas ini.
Perkahwinan campuran akan digalakkan di bumi Malaysia ini. Cina boleh kahwin dengan Melayu, tak tukar agama tak apa. Semua agama sama, kita akan buat. Macam apa yang sedang berlaku di Indonesia dan Singapura, boleh kahwin, bebas. Dan setiap pasangan yang sanggup berkahwin campuran akan diberi wang saguhati RM5,000 kita akan bagi. Wang galakan.
Dan ada lagi satu tuan-tuan dan puan-puan, kalau kita dapat anak, walaupun mak dia Islam, bapa dia Islam, anak tak semestinya Islam. Agama anak itu hanya akan ditentukan selepas berumur 18 tahun. Ibu bapa tidak ada hak untuk menentukan agama anak dia kerana dia melanggar hak asasi anak tersebut. Bila beranak, pi JPN, surat beranak agama tiada, tunggulah sampai umur dia 18 tahun, anak tulah yang akan tentukan agama apa yang dia nak. Ibu bapa tidak mempunyai hak. Kita bagi kebebasan untuk anak dia pilih agama apa yang dia nak.
Bahasa Inggeris, kita akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia cuma sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris bahasa utama, bahasa kedua kita akan galakkan adalah bahasa Mandarin. Bagi DAP, bahasa Malaysia is a not value language. Bahasa yang tidak mempunyai nilai kerana bagi kami bahasa Malaysia merupakan bahasa pinjaman daripada beberapa bahasa lain. Sebab itu kami tidak mahu mengiktiraf bahasa Malaysia. Kita akan mengiktiraf dua bahasa saja, bahasa Inggeris dengan bahasa Mandarin.
Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. You nak belajar agama, you belajar di surau, masjid atau madrasah. Bukan di sekolah. Di sekolah kita akan ajar akademik sahaja. Kita pisah kedua-duanya. Tak tahulah orang Melayu ni buat mogok ke, demonstrasi ke, huru-hara, nak juga mata pelajaran Pendidikan Islam diajar di sekolah, dia kata boleh. Dia kata boleh pula tapi dengan satu syarat. Syaratnya, mata pelajaran agama Kristian, Hindu dan Buddha hendaklah dibenar diajar di sekolah. Kalau setuju, barulah mata pelajaran agama Islam boleh diajar di sekolah selepas ini.
Inilah pemimpin tertinggi Parti Komunis Malaya, akan dibawa kembali ke Malaysia.
Benda ni kita bincang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Kita tanya kat Anwar Ibrahim. Anwar kata, “As long saya jadi PM tak ada masalah, kita akan bagi dia masuk.”
Benda ni, DAP yang bawa usul ni, Nga Kor Ming dengan Ngeh Koo Ham. Nga dengan Ngeh merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Taiping. Mereka merupakan anak saudara kepada Chin Peng. Banyak orang tak tahu benda ni.
Banyaklah pemimpin-pemimpin DAP yang mempunyai adik-beradik dengan Chin Peng atau beberapa bekas-bekas Komunis, terlalu banyak.
Anwar kata tak ada masalah, kita akan benarkan. Tetapi Mat Sabu lah yang telah memberi cadangan supaya Chin Peng ni diberi gelaran Tun. Dia kata, Chin Peng merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang patut dihormati dan patut disanjungi. Tak salah kalau kita beri gelaran tertinggi kerajaan. Boleh kita letak Tun Mahathir dengan Tun Chin Peng, macam mana?
Inilah agensi pertama kita akan bubarkan selepas dua minggu kami tawan Putrajaya. MARA..bagi kami MARA merupakan satu agensi perkauman sebab dia tolong orang Melayu saja tak tolong bangsa lain. Sebab itu kita anggap ini sebagai racist agensi. Lepas dua minggu, inilah yang akan ditutup. Kita akan tubuhkan agensi lain bukan MARA. Nama MARA akan dihapuskan.
Syarikat-syarikat GLC selepas ini akan diterajui oleh orang-orang Cina atau orang-orang India. Malay is not capable to handle GLC. Selangor pun dah berlaku dah di PKNS. Di Pulau Pinang pun dah berlaku dah di PDC. Dah ada dah. Dia tahu Malays is not capable.
Tuan-tuan tahu tak dalam satu mesyuarat, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng kata apa, “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu. The most racist are Malays.”
Dia kata, nilai seorang Melayu ni, “Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value.” Dia kata, orang Melayu Singapura pun kita boleh tipu, apa lagi orang Melayu Malaysia, nothing for us. Kita boleh beli dengan RM100. Boleh letak harga pula. Lim Kit Siang kata apa, harga orang Melayu hanya RM100, tidak lebih daripada itu. Bayangkanlah nilaian yang diletak oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap orang-orang Melayu di Malaysia ni.
Lagu Negaraku dengan bendera Malaysia telah pun diubahsuai. Saya dengar sekali lagu negaraku baru di Hotel Paramount Sibu, di ambang pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lalu. Saya dengar, saya lihat bendera Malaysia yang baru sekali. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat dan mendengar. Depa buat di Hotel Paramount, secara tertutup.
Lagu Malaysia baru ni, perkataan Raja tak ada. Beberapa perkataan lain diubahsuai. Melodi dan iramanya semuanya sudah lain dah. Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.
Dan bendera Malaysia untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, di tengah-tengah tu, bintang tak ada bulan tak ada, benda lain yang ada. Warna pun telah ditukar. Tuan-tuan masih ingat tahun lalu, DAP kata bendera Malaysia patut diubah suai.
DAP ni, sebelum dia buat satu-satu benda, dia akan spin dulu. Kita akan spin cerita tu, lepas itu kita akan tengok reaksi rakyat Malaysia macam mana. DAP ada tiga plan..A, B dan C. Kalau plan pertama tak boleh, dia akan gunakan plan kedua. Macam mana pun, dia akan pastikan benda tu akan jadi, cuma method saja berbeza dia akan buat.
Rejimen Askar Melayu merupakan rejimen yang paling dibenci oleh DAP. Dia kata apa, banyak orang Cina telah dibunuh pada tahun 1969 di Pulau Pinang, di Ipoh dan juga di Kuala Lumpur oleh rejimen inilah. Dia akan tukar.
Dia benci tiga benda saja. DAP paling benci tiga benda; Islam, Melayu dan Raja. Tiga ni yang paling dibenci oleh DAP. Dia akan tukar Rejimen Askar Malaysia selepas ini. Perkataan Melayu tu dia akan buang.
Begitulah juga dengan Panglima Angkatan Tentera dengan KPN. Dua-dua jawatan tertinggi khas untuk orang Cina saja. Dia tak akan bagi dekat orang Melayu. Eksklusif untuk orang Cina. Sebab dia tak percaya kalau bagi kat bangsa lain, dia takut bangsa lain mungkin boleh sabatoj atau tikam dia. Ni dua ni, khas untuk orang Cina saja akan dibagi.
Kakitangan kerajaan, tahun lalu Tony Pua dah kata dah, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan. Pada bulan Januari (2011) tahun lalu, DAP telah menghantar 12 pakar dia pergi ke Beijing, China. Mereka berada di sana hampir tiga bulan untuk membuat kajian dan juga latihan bagaimana nak mengurangkan kakitangan kerajaan.
Sebab itu Tony Pua berani kata, kalau kita dapat tawan Putrajaya, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan terutamanya kakitangan orang-orang Melayulah.
Kementerian pertama, jabatan pertama yang akan kita kurangkan adalah jabatan pendidikan, cikgu-cikgu dulu. Selepas itulah kita akan pergi ke jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. Jabatan pendidikan akan menjadi mangsa pertama untuk projek.
KEMAS, BTN dan MKN juga kita akan tutup. Bagi kami, tiga agensi ini merupakan yang menghasut rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat. Sebab itu kita kenalpasti, kita akan tutup juga ketiga-tiga ni. Kita akan buka satu agensi baru. Kita akan buka yang baru, ketiga-tiga ni kita akan tutup terus.
Dua hari perayaan orang Kristian, Good Friday dengan Easter Day akan diumumkan cuti umum. Cuti ni cuti wajib walaupun Kelantan ke, Terengganu ke, Kedah ke, kena ambil bukan pilihan, compulsory holiday. Dua hari cuti umum perayaan orang Kristian untuk rakyat Malaysia selepas ini.
Bersambung.. Saya terima latihan dari Mossad..
Perhatian:
Sudah tentu pandangan ini bukan pandangan weblog Ibnu Hasyim. Weblog ini hanya memaparkan saja untuk diteliti, dan sila beri komen...
Perhiasan bagi meraikan perkahwinan seorang banduan di Buraydah, Arab Saudi. - Gambar sabq.org, 14 September, 2015.
Sebuah penjara Arab Saudi masih meneruskan tradisi meraikan banduan mereka yang berkahwin secara besar-besaran. Ia termasuk menghias ruang sambutan majlis dan menyediakan kemudahan yang diperlukan. Agensi melaporkan, pihak pengurusan penjara di Buraydah, ibu kota wilayah Qasem di utara Saudi Arabia turut menyediakan makanan dan minuman untuk keluarga dan rakan banduan serta pengantin perempuan. Malah, pengantin lelaki juga ditawarkan hadiah daripada Putera Mahkota Mohammad Nayef Al Saud yang dijuga menteri dalam negeri. Buraydah mempunyai tradisi mengadakan majlis perkahwinan untuk penghuninya, sejajar dengan arahan putera mahkota menyediakan penjagaan dan bantuan kepada banduan. Mengikut peraturan penjara Arab Saudi, tahanan mempunyai hak berkahwin dan bilik keluarga khas disediakan untuk tujuan itu di kebanyakan penjara.
Itulah keadilan, penjara pun menjadi pusat pemulihan dan tarbiah, seperti yang dikehendaki oleh Islam. (IH)
BEIJING – Seorang pelacur kelas atasan yang menghebahkan gaya hidup mewah sambil mendakwa dia seorang pekerja Palang Merah dihukum penjara selama lima tahun kerana menjalankan aktiviti perjudian haram.
Menurut dokumen di Mahkamah Daerah Dongcheng, Guo Mei Mei dituduh menjalankan operasi judi haram di pangsapurinya di sini dengan pertaruhan mencecah hampir tiga juta Yuan (RM2 juta).
Beberapa gambar di akaun laman sosial wanita itu sebelum ini menunjukkan kereta Maserati dan Lamborghini yang didakwanya dihadiahkan atas kerjanya sebagai seorang pengurus kanan.
Penyebaran gambar tersebut bagaimanapun menimbulkan kemarahan orang awam selain kebimbangan sama ada pertubuhan Palang Merah telah menyalahgunakan derma yang diterima pertubuhan amal itu.
Mei Mei kemudian menarik balik kenyataan mengenai penglibatannya dalam Palang Merah sebelum dia didedahkan menjadi pelacur kepada golongan elit yang kaya di China dengan kadar bayaran kira-kira 300,000 Yuan (RM202,000) untuk satu malam.
Pertubuhan Palang Merah berdepan dengan kesukaran mendapatkan derma sejak diheret ke dalam skandal wanita tersebut, menyebabkan Mei Mei mengeluarkan kenyataan memohon maaf di rangkaian televisyen tempatan, sambil memakai baju oren seorang banduan.
“Saya suka menunjuk, saya mempunyai pemikiran budak kecil yang suka berlagak. Saya mahu memberitahu pertubuhan Palang Merah bahawa saya memohon maaf. Saya juga mahu memohon maaf lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak menerima bantuan,” katanya.
Perjudian kebanyakannya dijalankan secara haram di tanah besar China tetapi dibenarkan di beberapa tempat lain di Hong Kong dan Macau. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lumrah sifat kemanusiaan menolak maksiat judi, dan pelacuran atau najis zina. Hanya kerajaan sekular sahaja yang mempertahankannya, walaupun mengaku negara umat Islam.
RIYADH: Arab Saudi mengumumkan pada Ahad (13/9/2015) bahawa Idul Adha, salah satu daripada dua hari raya ummat Islam, jatuh pada hari Khamis, 24 September 2015, ujar laporan televisyen Al Arabiya. Pengumuman ini dibuat setelah pihak berkuasa kerajaan melakukan ru'yat hilal untuk menentukan awal bulan Zulhijjah, yang merupakan bulan kedua belas dalam kalender hijriyah. Berbeza dengan Idul Fitri, dalam perayaan Idul Adha, ummat Islam berbondong-bondong menyembelih haiwan qurban meneladani Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatannya kepada Allah Subhanahu Wataa'la. (IH)