Tuesday, March 22, 2011

Pemilihan PAS, Jawatan Presiden Dicabar?


ahmad awangKL 22 Mac 11: Lobi-melobi dalam pemilihan PAS telah bermula, antaranya melibatkan usaha membawa masuk kembali bekas naib presidennya Ahmad Awang (gambar sebelah) bagi mencabar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Antara yang dilihat terlibat dalam agenda itu, antaranya bekas wartawan akhbar web PAS Harakahdaily Zainulfaqar Yaacob. Malaysiakini melaporkan.

Menulis Zainulfaqar dalam blognya kelmarin, beliau memetik kenyataan seorang naib presiden PAS sebagai mendakwa "tokoh pendakwah" itu sedang membuat perhitungan terakhir. Zainulfaqar tidak menyebut nama Ahmad Awang secara khusus. Bagaimanapun berdasarkan ciri dan latar belakang yang digambarkan, ia jelas merujuk kepada Ahmad.

Dua tahun lalu, kepimpinan hampir sedekad Abdul Hadi sedikit tercalar apabila terdapat kawasan yang memecah tradisi dengan mencalonkan Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mencabarnya.. Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun menolaknya. Ini berlaku ketika 'ketegangan' antara kelompok yang pro-kerajaan perpaduan dan 'Kumpulan Erdogan' yang pro-Pakatan Rakyat dilihat sedang memuncak dalam PAS. Abdul Hadi sering dikaitkan dengan kumpulan pertama manakala Nik Abdul Aziz pula dilihat condong kepada kumpulan kedua.

Bagaimanapun, bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad tidak mahu lagi dilibatkan dalam proses pemilihan parti kali ini untuk mana-mana jawatan pun, termasuk presiden. Malah, tegasnya, selepas tidak mempertahankan jawatannya dua tahun lalu, kini "tidak ada langsung niat atau hasrat" untuk kembali giat dalam parti.

"Saya mahu meluaskan kerja-kerja dakwah seperti membina tempat untuk tahfiz al-Quran dan membantu anak-anak yatim...

"Saya tidak akan membuat come back (penampilan semula) dalam parti," katanya mengulangi keputusan dan pendiriannya pada 2009. 'Orang pertama tentang kerajaan perpaduan' Katanya, sekiranya ada kawasan berhasrat mencalonkannya, beliau tidak akan menolaknya. Mesyuarat agung kawasan bermula 15 Mac sehingg 10 Mei ini.

Beliau mengakui terdapat usaha memujuknya kembali memegang jawatan dalam parti. Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu sudah lama, kira-kira setahun lalu. Ditanya mengenai mengapa isu melibatkannya boleh timbul, Ahmad berkata perkara itu mungkin disebabkan beliau konsisten menolak usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Saya adalah orang pertama di Perak yang berkeras sehingga tidak tertubuhnya kerajaan (perpaduan) dengan Umno," katanya.

Beliau juga menegaskan dilihat sealiran dengan dua bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam perkara itu. Ahmad juga berkata, latar belakangnya yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia mungkin turut menjadi faktor beliau dilihat mampu mencabar Abdul Hadi. Mengulas tentang perkembangan pemilihan parti Islam itu pada 3 Jun ini, beliau mengakui "risau" dengan kecenderungan melobi-melobi atau pujuk memujuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.

Beliau berpendapat sepatutnya, Majlis Syura Ulama memberi nasihat dan memandu berhubung perkara tersebut bagi mengelak wujudnya kumpulan tertentu dalam proses pemilihan tersebut. (IH/Malaysiakini)

Sebelum ini...

Anwar Lapor Polis, Amaran Kpd KDN


KL, 22 Mac 11: Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.

Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau. Bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi itu, beliau berkata, ini kerana penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah itu.

“Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, pihak atasan polis tahu perkara ini,” dakwanya.

Ini, tambahnya kerana notis telah diberikan kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan. Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, untuk tujuan menghina Anwar, pihak berkenaan boleh melakukan apa sahaja.

Beliau turut mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya jangan menjadikan laporan polis itu untuk menghalang kerjayanya di dalam politik.

“Jangan gunakan laporan polis untuk tutup kerjaya saya dalam politik. Kita teruskan kerjaya kita,” tegasnya.

Turut mengiringi beliau membuat laporan itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib Presiden PKR, Tian Chua dan N Surendran, beberapa ahli parlimen PKR, R Sivarasa, M Manikavasagam, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya. (IH)

Lihat sebelum ini..

Video Lucah, Siapa Penyebar, Siapa Pelaku?


KL22 Mac 11: Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.

"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat, adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini, seperti dilaporkan Harakahdaily semalam.

Sementara itu Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi semalam. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."

Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya. Menurut Malaysiakini pula. (IH)

Monday, March 21, 2011

Seks A/Parlimen Pakatan Rakyat Dibongkar. Siapa?



KL, 21 Mac 11: Rakaman video menunjukkan, seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan ditontonkan kepada media hari ini.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi. Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut. Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”. Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia ada tuan punya diri, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan. Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin. Dalam satu kenyataan yang turut diberikan kepada media, yang turut tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan spa.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks. “Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wajar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks dengan pelacur tersebut. Datuk T berkata dia akan menghantar rakaman video itu kepada pemimpin tersebut dalam seminggu.

“Kami tidak mahu pembabitan kerajaan dalam isu ini. Jika dia dan isterinya tidak meletakkan jawatan, maka kami akan meminta agar diadakan panel bebas NGO untuk mengendalikan siasatan forensik ke atas (rakaman) video ini,” katanya selepas rakaman itu dipertontonkan.

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi. Adegan seks berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin politik menuju ke sebelah kanannya, dipercayai ke bilik air.

Wanita berkenaan, selepas membersihkan dirinya dengan kertas isu, menggeledah barang milik pemimpin politik itu dan mengambil sesuatu, dipercayai jam tangan Omega miliknya. Jika pemimpin itu dan isterinya tidak meletakkan jawatan dalam tempoh tujuh hari selepas rakaman video tersebut diserahkan, maka NGO-NGO perlu menubuhkan panel bebas untuk menyiasat, kata kenyataan yang hanya tertera nama “The Insider”.

“Satu dunia akan tahu,” kata kenyataan itu dan terserah kepada kedua-dua mereka untuk membuat keputusan.

“Mengapa saya buat ini? Ada had bagi pembohongan- ‘Cukup Sudah’, dan sudah sampai masanya bagi orang ramai untuk mengetahuinya... kebenaran,” kata kenyataan itu lagi. (IH/The Malaysian Insider)

Dedah Video Seks Pembangkang, Kalau Tak Letak Jawatan.


KL 21 Mac 11: Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara.

Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007. Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya. Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan. Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama. AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks. Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T. (IH/Malaysiakini)

Rakyat! Saman Ekor Selesai, Kalau Undi PAS


PENGGUNA

KL, 21 Mac 11:
Kalau Kerajaan BN tidak selesaikan masalah saman ekor dengan segaera, maka rakyat negara ini akan mengubah kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya (PRU) 13 akan datang. Kata Tuan Junuh Tuan Lembut, seorang peniaga yang mewakili, pasar malam dan pasar pagi di Lembah Klang, ketika ditemui Weblog Ibnu Hasyim di Kampung Pandan sebentar tadi.

Hal ini berikutan dengan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan BN kerana ia menyusah dan membebankan rakyat. "Walaupun kami rakyat tertindas, tetapi kami ada hak!", katanya lagi.

Junuh mengucapkan terimakasih kepada 'ayah cik' Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor. “Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional,” ujarnya.

Katanya mengenai slogan BN “Rakyat Didahulukan”. BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara, apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu. Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

“Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah,” tegasnya.

Turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw. (IH)

Dunia Kutuk Kebiadapan AS, Umat Islam Diratah?

Penunjuk perasaan anti-perang berdemonstrasi di Los Angeles, California sempena ulangtahun kelapan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan menuntut supaya perang ke atas Libya dihentikan. - AFP


Penunjuk perasaan memegang sepanduk dan gambar pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dalam satu tunjuk perasaan antiperang di Belgrade, Serbia semalam.

Beijing 21 Mac 11: China meluahkan kekesalan terhadap kebiadapan serangan yang dilakukan ke atas Libya oleh kuasa-kuasa besar dan menurut kenyataan kementerian luarnya, negara itu menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

"China telah mengetahui perkembangan terbaru di Libya dan merasakan amat kesal terhadap serangan tentera ke atas negara itu.

"Kami berharap Libya dapat memulihkan keamanan secepat mungkin dan dapat mengelak kematian ramai orang awam yang disebabkan oleh konflik senjata di sana," katanya.

Rusia turut mengeluarkan kenyataan yang serupa tetapi dalam masa yang sama mahukan gencatan senjata dilakukan secepat mungkin. Sementara itu, India melalui kenyataan Kementerian Luarnya juga senada dengan negara China dan Rusia yang mahukan keamanan kembali dipulihkan di sana.

"India memandang serius terhadap perkara yang berlaku di Libya seperti persengketaan, keganasan dan situasi kemanusiaan yang semakin merosot.

"Amat mengecewakan apabila berlaku serangan udara, langkah yang diambil sepatutnya dapat mengurangkan dan bukannya memburukkan lagi situasi rakyat Libya," katanya

Serangan tentera ke atas Libya diketuai kuasa-kuasa barat oleh Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi menguatkuasakan resolusi zon larangan terbang yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan melindungi puak penentang daripada kekejaman tentera Muammar Gaddafi.

Sementara itu, bantahan sama turut disuarakan oleh masyarakat dunia. Di Bangladesh, pertubuhan Islam Khelafat Andolon melaungkan slogan anti perang dan membantah serangan udara ke atas Libya dalam satu protes di Dhaka. Ahli parti berhaluan kiri di Jerman, Die Linke Klaus Ernst juga mengadakan demonstrasi di Berlin yang mengutuk serangan kejam tersebut.

Para aktivis Filipina pula bertindak membakar bendera AS dalam satu tunjuk perasaan di Quezon City, utara Manila. Kemarahan sama turut dirasai di Los Angeles apabila aktivis antiperang mengadakan satu demonstrasi yang menyambut ulang tahun kelapan pencerobohan tentera AS dan sekutunya ke atas Iraq. White House tidak terkecuali daripada menjadi lokasi demonstrasi mengutuk serangan ke atas Libya. Akibatnya, berpuluh-puluh aktivis antiperang telah ditahan polis.

Di Tripoli, selepas hampir 42 tahun di puncak kuasa, Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dikejutkan dengan serangan 112 peluru berpandu Tomahawk pada awal pagi semalam yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq tamat hampir lapan tahun lalu apatah lagi dunia melihatnya sebagai usaha terbaru Barat untuk memaksa Gaddafi berundur. Selain AS, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat dalam serangan itu termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida dengan dibantu sebuah kapal selam Britain, Westminster.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Renung-renunglah, di sini punca kegagalan umat Islam, penyebab umat Islam diratah. Maka benarlah kata Muhammad SAW di zamannya…

Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang kerumuni kamu bagaikan puak-puak lapar kerumuni makanan mereka.”

“Apakah kerana jumlah kami sikit pada hari itu?" Kawan beliau tanya balik.

Jawab Nabi SAW, “Ya! Pada hari itu jumlah kamu ramai sangat, tetapi kamu bagaikan buih di lautan, dan Allah akan cabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan lemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”

“Apa itu al-wahnu, ya Rasulullah?” Tanya sahabatnya pula.

“Cinta dunia dan takut mati!” Jawab Rasullah SAW.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad) (IH)

Sila lihat keseluruhan...

Takut Mati, Punca Umat Islam Diratah…
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails