Tuesday, June 01, 2010

Rombakan Kabinet, Pulihkan Sokongan Kaum Cina?

Datuk Seri Ong Tee Keat

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet dan tempat beliau sebagai menteri pengangkutan digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu pengumuman rombakan kecil Jemaah Menteri yang dibuat lewat petang ini. Kong sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perubahan ini juga menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang sebelum ini memenangi jawatan naib presiden MCA dilantik sebagai menteri penuh iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Turut dilantik ke jawatan timbalan menteri ialah anak kepada presiden MCA, Chua Tee Yong yang juga merupakan ahli parlimen Labis. Beliau menyandang potfolio Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut mengumumkan pelantikan-pelantikan berikut:

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (sebelum ini Timbalan Pertanian dan Industri Asas Tani)

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mampukah rombakan kabinet ini memulihkan sokongan kaum Cina setelah kalah dalam pelihan raya kecil Sibu baru-baru ini?

Kutuk Israel, Lelaki PERKASA Cuba Bunuh Diri.


KL JUN 1, 10: Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.

Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir.

Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan. Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan. Lihat gambar-gambar di atas.

Sementara itu, PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin. Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Manakala memorandum juga dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). Lebih 200 warga prihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Demo kutuk serangan ganas Israel, lelaki berikat kepada 'PERKASA' cuba bunuh diri. Siapa ajar berdemo begitu? Ikut sentimen perasaan bukan ikut kewarasan fikiran? (AK)

Ini Gambar Lucah.. Kreatif Tak Bermanfaat?

JOM KREATIF

http://iwandahnial.files.wordpress.com/2010/05/hari-1.jpg?w=510&h=306

Gambar harimau? Lihat betul-betul...

 Heboh! Tiga Wanita Telanjang Berubah Menjadi Harimau!

(sumber: kaskus.us -3 wanita bogel)

Sila lihat siri Jom Kreatif...

Bantahan Rakyat M'sia: Perlu Tindakan Keras!


KL. JUN 1, 10:Rakyat Malaysia daripada pelbagai sektor hari ini bersatu untuk menyatakan keberangan mereka terhadap tindakan rejim Israel yang menyerang flotila keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza, awal pagi semalam.

Berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat, kira-kira 500 NGO Melayu membakar gambar Presiden Israel, Benjamin Netanyahu sebelum menyerahkan memorandum kepada perwakilan kedutaan itu. Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia itu, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera. Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.


Di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur, lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional membawa sepanduk menyatakan kemarahan mereka. Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Kedua-dua protes berkenaan dipantau oleh sekumpulan polis yang ditugas memastikan ia dijalankan dalam keadaan terkawal.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu tindakan lebih keras dan tegas dikenakan kepada rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, masyarakat dunia perlu memikirkan strategi baru yang lebih serius untuk terus memberikan tekanan kepada rejim tersebut yang nyata sudah tidak lagi menghormati meja rundingan.

"Masyarakat dunia sememangnya memerlukan satu strategi dan tindakan baru yang lebih serius, tegas, dan keras untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis yang sudah terbukti tidak menghormati meja perundingan," katanya.

Malaysia tegasnya perlu mendahului tindakan tersebut dengan mengambil tindakan proaktif dan segera bagi membawa isu ini ke Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan PBB. Serangan ke atas konvoi tersebut katanya, memperlihatkan wajah sebenar kejahatan rejim zionis Israel yang tidak pernah menghiraukan kutukan masyarakat antarabangsa termasuk kecaman keras oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Puluhan resolusi yang dicapai di peringkat antarabangsa juga jelasnya nyata gagal menghalang regim Zionis Israel dari terus bertindak kejam dengan berleluasa. Sehubungan itu, PAS katanya mengutuk keras tindakan tersebut dan mahu Israel segara diberi pengajaran oleh masyarakat dunia. (AK)

Sebelum ini...

Awas, Ayam Tak Sembeleh Berlogo Halal Di TESCO..

PENGGUNA

SEORANG peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu. Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam. - Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau benar, JHEAIPP buat apa? Jangan sampai berulang lagi. Pengguna perlu awas dan buat laporan...

Serang K'siaan: Lenyapnya Israel Sudah Dekat -Iran

Ahmadinejad: Serangan pada Armada Kemanusiaan Awal Kesudahan Israel

Teheran – Infopalestina: Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad mengatakan bahwa serangan biadab Israel terhadap armada bantuan kemanusiaan untuk penduduk Jalur Gaza adalah indikator besar akhir kesudahan entias Zionis.

Nejad mengatakan, Senin (31/5), apa yang terjadi hari ini terhadap armada kebebasan adalah ujian sesungguhnya sejauh mana komitmen Negara-negara yang menyerukan HAM.

Nejad menegaskan akhir kesudahan Zionis Israel sudah dekat. Dia mengatakan, “Hari ini kita menyaksikan bagaimana entitas Zionis yang lalim membunuh para aktivis internasinal yang membawa bantuan internasional untuk penduduk Jalur Gaza dan menculik sejumlah dari mereka. Sebagian pihak memandang ini adalah bukti kekuatan entitas Zionis, namun sesungguhnya itu adalah indikator besar bahwa lenyapnya Israel sudah dekat dan awal kesudahannya.”

Nejad menyerukan kepada Negara-negara yang mendukung entitas Zionis Israel dengan mengatakan, “Jika anda ingin memiliki kedudukan dan kredibilitas di dunia, maka hentikannya dukungan kalian kepada para penjahat Zionis yang mahir melakukan pembunuhan dan kehancuran.”

Nejad mengatakan, “Percayalah abhwa bangsa-bangsa kawasan akan menyumbat jalan di depan anda untuk selama-lamanya dan anda tidak akan kembali.” Dia menamahkan, “Kesabaran masyarakat internasional dan bangsa-bangsa mulai hilang. Masa berlaku entits Zionis yang dipaksakan di kawasan untuk menjamin kepentingan Negara-negara pendukungnya sudah berakhir, di mana Negara-negara ini mengirim militernya untuk menjaga keamanan entitas Zionis ini. Kami katakana kepada mereka bahwa sampai sekarang kami belum menunjukan reaksi serius.”

Nejad kembali memberikan nasehat kepada Negara-negara pendukung penjajah Zionis Israel dan menjauhi mereka. Karena sejarah telah membuktikan bahwa jika mereka tidak mengambil nasehat ini dengan serius maka bangsa-bangsa ini sendiri yang akan memaksa mereka untuk itu. (Pusat Informasi Palestin/AK)

Monday, May 31, 2010

Bangkit Bantah Serangan Ganas Zionis.. -HAMAS

Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh


KL, 31 Mei 10: PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.

Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam. Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan sesuatu yang perlu bagi memastikan kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis Yahudi itu mendapat pembalasan yang setimpal.

Berita dari Istambul melaporkan, lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel hari ini. Menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman, lapan rakyat Malaysia itu terdiri daripada enam sukarelawan dan dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Dr Abd Rani yang kini berada di Instanbul juga mengesahkan bahawa 16 terkorban dan enam dari kapal yang diserang itu kini dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan. Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu. "Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza. Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera. Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan. Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam tentera Israel terhadap kapal-kapal antarabangsa bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin hari ini.

Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya berkata, pihaknya juga meminta masyarakat antarabangsa turut mengecam tindakan terhadap Israel. Selain itu kata beliau, PKR juga menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO.

“Keadilan memanggil seluruh dunia untuk mengutuk dan mengambil tindakan terhadap Israel dan menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, pembunuhan sehingga 15 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa. Kapal-kapal ini juga membawa ahli-ahli Parlimen dari Eropah, seorang pemegang Nobel Peace Prize, wanita, dan beratus-ratus activis keamanan dan kemanusiaan, katanya. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails